Halaman

Selasa, 15 Mac 2011

Jarum Jam Tetap Berputar

Semalam, tak sedar airmata bertakung di kolam mata. Walaupun rakan yang selalunya menumpang aku balik kerja becok bercerita tentang hal-hal kerja, aku cuma dengar tanpa perhatian yang penuh. Fikiran aku melayang ke dunia yang kosong dan tak bertepi.

Aku sempat singgah ke klinik ofisku seusai saja solat Asar bersama blogger JH sebelum balik. Aku tahu stress yang aku alami telah memberi kesan pada fizikalku pabila otot-otot di dadaku sakit seperti dicucuk-cucuk. Nurse memberikan aku panadol dan minyak panas walaupun sebenarnya aku mahukan lebih dari itu.

Aku cuba menahan airmata itu dari tumpah ke pipi. Aku tidak pernah menangis selama aku berdepan dengan pelbagai masalah sebelum ini tetapi tidak hari ini. Jarum jam yang tetap berputar tanpa belas kasihan pada doaku menyebabkan hari yang ada semakin pendek. Petang tadi Angah bertanya lagi tentang perkahwinannya dan aku cuba menjawap setenang mungkin bahawa ayah sedang memikirkannya.

Di rumah, aku tahu aku tidak dapat berihat. Rengekan ibu_suri pastinya menagih perhatianku. Sudah beberapa hari dia mengadu sakit di bahagian peha dan belakang. Aku tahu dia minta aku berbuat sesuatu. Apalagi yang aku tahu selain merujuknya ke klinik?

Aku berdoa muga aku tidak tumbang. Kalau itu berlaku siapalah yang akan menguruskan kehidupan keluagaku terutama ibu_suri!

13 ulasan:

kakcik berkata...

Ya Allah...

bantulah hambamu yang tidak berdaya ini. Tiada tempat yang lebih baik untuk mengadu selain kepadaMu. Hanya Engkaulah tempat bergantung kami. Limpahkan rahmat dan kasihMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

ibundo berkata...

berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Ya Allah, ringankanlah beban hambaMu ini. Hanya padaMu tempatnya mengadu.

ibuintan berkata...

apalah yang dapat dibantu, selain doa dan harapan agar segala kekusutan yang sedang IM hadapi dapat dilerai dengan baik

Y Allah berilah IM kekuatan dan ringankanlah beban yang sedang dihadapinya

Mila@Rimbun berkata...

Moga IM terus tabah menghadapi hari2 mendatang...

Anonymous berkata...

Doa dari saya juga.. kepada Dialah kita bergantung harapan..

hentian berkata...

terima kasih pada semua atas doa. Hari ini dapat sedikit kekuatan dan sedang merancang sesuatu.

roslaini saad berkata...

Insan marhaen..menangislah kalau itu yang boleh melegakan...jeritlaa sekuat hati kalau itu yang boleh membuat hati tenang... kadang-kadang kita tak boleh menyimpannya sendirian dan membiar ia pasrah..kerana akhirnya akan memakan diri....
Insyaallah...Allah akan memberi jalan kepada hambaNya yang sabar...

CgMas berkata...

En IM, ini cgmas. Skrg x de blog. Agak sebok menguruskan keluarga, cuti mcm ni baru ada kelapangan baca2 blog kengkawan. Anak yg disleksic tu sedang diajar sendiri membaca n menulis dengan 5 orang kawannya. Oooo.. mengajar anak sendiri ni... kerenah dia memang menduga! Dia yg emo, x dengar arahan, lambat2 buat keje, buat2 x dengar, main banyak.. geram n letih dibuatnya.. tp anak adalah rahmat yg Allah beri supaya cgmas sentiasa belajar hidup.. ada masa nanti cgmas akan singgah n komen lagi, walaupun kali ni x tau nak komen apa.

Adinda Amy Sensei berkata...

doa saya..moga IM mampu bertahan...dan terus bertahan...

Anonymous berkata...

akum IM,
setiap masalah akan ader jln keluarnya..mohon selalu pd ALLAH.jgn mudah berputus asa.
ttg perkahwinan angah,buat ler seringkas mungkin,bersederhana.kenduri doa selamat ajer sudah ler.

baru2 ni kakak sy duduk di sg petani buat majlis kenduri kawin doa selamat anak lelakinya ,berhabisan dlm rm 1500 jer(katering masakan kampung).rombongan pengantin perempuan dr melaka telah diberitahu hajat mereka utk buat majlis sederhana dgn buget yg mereka mampu aja.

pisau dan mentimun ada di tangan IM..buat ler pilihan berdasar kan AKAL.bukan NAFSU.

ghost writer berkata...

tak sangka dalam kemeriahan blogging ada blogger yang tengah merintih..

harap kawalan hati dan minda selaras dengan iman...

semoga semuanya baik-baik saja Abang IM,InshaAllah...

hentian berkata...

tkasih buat yang komen. memang ramai yang minta IM buat majlis ala kadar. tapi IM dah lajak perhau di air. IM kena kayuh juga nampaknya.

IM dah cut banyak budget dengan membuat kenduri bersekali dengan keluarga pengantin perempuan, tanpa pelamin, buat di dewan, recycle pembungkusan hantaran, cuma bagi bunga teloe tanpa ada beg cenderahti dan banyak lagi.

S..U..D..@..I..S berkata...

apa lagi yg harus aku katakan ...
teruskan mengikut keperluan dan kemampuan Im harap semuanya selamt