Halaman

Rabu, 16 Mac 2011

Nak Rehat La...

Aku bawa ibu_suri ke Klinik Kesihatan Kubang Semang pagi semalam. Mengadu sakit pinggang dan peha serta sakit perut.

"Perut awak tak ada apa-apa. Awak nak saya check urene juga?"

Aku mengiyakan. Bukan sangat aku nak tahu tapi sekadar memuaskan kemahuan ibu_suri yang teruja mahu tapi aku teruja tidak mahu.

Sebaik saja air kencing ibu_suri diperiksa, nurse menulis sesuatu di belakang borang sambil mengecop.

"Nurse, positif ke negatif?"

Nurse cuma tersenyum sambil memberi borang itu untuk dikembalikan kepada doktor untuk pengesahan. Aku nampak bulatan pada tulisan 'negatif'. Aku pun tak pasti apa maknanya itu.

Oh...Tuhan, janganlah di celah-celah kesihatan ibu_suri yang separa normal dan di usia yang petang begini ada pula 'dugaan' baru untukku.

"Kenapa, tak mahu ke?" tanya doktor bila aku beria-ia bertanya dengannya dalam Bahasa Inggeris.

Aku cuma ketawa. 

"Dah letih la doktor. Nak rehat la..."

11 ulasan:

ghost writer berkata...

memahami tentang tuh...meski belum kawen tetap juga faham.hihi

ibundo berkata...

rehat la IM kalau itu boleh menenangkan..

Kakzakie berkata...

Kena berbincang sebab ibu_suri masih perlu pantauan IM sepenuhnya. Kalau ia membebankan kena fikirkanlah juga.....

ibuintan berkata...

"Dah letih la doktor. Nak rehat la...

rasanya memang patut IM jawab macam tu

NzA berkata...

suspen je bunyinya tuIM...bykkan berehat IM...sy tau IM penat dr segi mental n fizikal..

Sham berkata...

ingatkan nak rehat apa tadi...IM bikin suspen jer...tp apa2 pun terpulang pada IM dan ibu suri...yang pasti IM masih steady...he heee...

aLieF si Muncung ManiS berkata...

wahhh...dapat cahaya mata baru ke??wahh...jgn lupa letak kat blog ye..comel!!

Adinda Amy Sensei berkata...

letih dan rehat...

hentian berkata...

alhamdulillah, tak ada apa-apa.

Anonymous berkata...

tahniahlah walaupun ibu Suri kurang sihat, beliau masih mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri

LadyBird berkata...

Tak faham.. sebenarnya ibu suri sakit ape?
yang negatif tu maksudnye x pregnan kan?
ke ape.. teruja nak tahu walaupun xpernah laluinya..