Seperti selalunya aku, bila terasa amat tertekan dan resah begini aku akan lebih banyak tidur dengan harapan pabila bangun, resahku akan reda dan boleh berfikir secara rasional semula.
Tuhan, tolong hambamu ini. Aku amat menagih simpati walaupun sedikit. Aku amat mengharapkan cahayaMu walaupun sedetik.
Maafkan aku, Tuhan! Tunjukkanlah aku jalanMu.....!
Memang.....diri ini terasa amat sepi dan kesaorangan walaupun di dalam ruang yang penuh dan sesibuk ini...
17 ulasan:
salam
'isi'kesepian hati dan jiwa dgn zikrullah....
hanya pada Allah kite berserah...dan hanya pada Allah tempat kite mengadu...agar memberi kite petunjuk jln yg benar...
InsyaAllah..Dia akan menunjukkan IM jalannya...
IM....BANYAK BERSABAR..ALLAH SELALU BERSAMAMU..
Assalamu'alaikum IM,
Redhalah atas ujianNya. Bila IM pasrah sebenarnya Dia mendengar. Ingat sifat Allah SAMAK- Alah maha mendengar....
Salam...saya pernah lalui waktu-waktu begini..buntu dan putus harap...
amalkan lepas sembahyang maghrib dan suboh 21 x alfatihah...dan minta Allah berikan jalan..insyaallah..
semoga Dia membuka jalan dan memberi kemudahan atas hidup abang IM.
Salam IM,
Semoga dimakbulkan doa IM tu dah diberikan kekuatan menghadapi hari2 mendatang.
nasib baiknya IM masih boleh tidur walau hati dalam resah dan runsing,kalau saya langsung tak boleh lelap
semoga Allah akan memperkenankan doa IM
zakir suka pic loneliness turrr... mintak copy paste
wahai teman
carilah taulan
yang benar ikhlas kerana tuhan
bukan sekadar halal haram jadi taruhan
carilah hamba nan santun
ke mana saja kaki di hayun
semata-mata kerana ikhsan....
hendakku tingalkan ulasan, terasa kelu. Susah payah yang ditanggung IM saja yang tahu. Semuga Allah memberi lorong...
Sepi permainan abid di malam hari tetapi bila tiba siang dia pasti sibuk bertukar menjadi pejuang dan akhir hayatnya ingin dan mahu menjadi syuhadah.
Bingkas bangun banyak kerja perlu ditangani, untuk diri, keluarga, kerjaya, dan masyarakat.
Insyallah Allah sntiasa brsama kita setiap saat n ketika....terus brdoa n brdoa.....
Sepi adalah rencah hidup - agar hati dapat beristirehat sambil bermuhasabah diri. Semoga IM bertemu sesuatu yang berharga di hujung kesepian itu...
IM--
subhaallah...berat mata yang memandang berat lagi yang menanggung..
hanya ayu pinta..IM bersabar dan berserah.
ayu doakan yang baik2 sahaja untuk IM sklrg
Insyaallah akan ada jalan penyelesaian dan ketenangan....
kawan2 sentisa memberi sokongan beserta doa, ini saja yang mampu IM
tkasih atas pandangan. IM masih mengharapkan petunjuk dari Yang Maha Esa...
Catat Ulasan