Seorang customer menghantar peralatan Tension Gauge ke ofis aku untuk dikalibrasi. Sambil memasukkan data nama, nombor pekerja dan ID peralatan, dia berkata:
“Apa nak jadi dengan dunia kita ni? Bencana sana sini. Tsunami la.. gempa bumi la… banjir la…”
“Ya…Bagaimana agaknya kalau masa ini di tempat kita bercakap ini berlaku tsunami? Apa agaknya yang kita rasa?”
“Terima aje la…Nak buat macam mana. Kuasa Allah!”
“Ya..la.. Maksud aku, selama ini kita selesa dengan kereta, dengan makan yang banyak, dengan kawan-kawan gelak ketawa; aleh-aleh… datang bencana macam tu. Agaknya barulah kelam kabut sebut nama Allah, kelam kabut berdoa, kelam kabut cari sejadah sebab dah tak ada pada sapa lagi nak mengadu…”
“Ya..la.. Tak apalah IM. Dah register ke?” sambil menguak pintu ofis aku.
“Dah.. esok boleh ambil, ya..”
Sebenarnya bukan sangat kata-kataku tadi aku tujukan pada sesiapa. Ianya lebih sebagai tazkirah buat diriku sendiri yang selama ini terlalu banyak gurausenda dan ketawa daripada menangis….
12 ulasan:
Samalah kita. Kakcik pun sebenarnya bila berbicara di blog, banayk yang kakcik tujukan kepada diri kakcik sendiri.
Betul tu. Sebenarnya apa yang kita lakukan dan tuturkan juga sebagai tazkirah diri kita juga. Moga sedikit sebanyak kita sentiasa sedar siapa kita.
persoalan tuh sudah cukup untuk dijadikan ingatan...
kakcik,
ya..penulis itu sendiri adalah orang pertama yang ditazkirahkan, sebenarnya...
kakzakie,
ya.. kita jangan jadi seperti jari telunjuk..
ghostwriter,
ingat mengingati tanggunjawap kita bersama.
Salam IM,
Tazkirah utk saya juga. Terima kasih.
sesekali kita perlu menangis...
Ingat padaNya ketika senang...
YB,
alhamdulillah kerana IM tumpang dapat pahala..
Amy,
menagis boleh lelahkan tekanan jiwa..
Tanpa Nama,
tu yang kekadang tersasar..
IM, how do u feel..tazkirah itu utk saya jugeekk..tq ya
assalam..
utk sy juga.. kene slalu bringt :)
saling ingat mengingatkan.. itu yg sebaiknya
xnk byg..tkt..
Catat Ulasan