Rabu, 6 April 2011

Ampunkan Aku, Tuhan!

Benar-benar terperosok
ke satu sudut
yang aku rasa seperti tidak boleh lagi ke mana-mana
melainkan pasrah dengan nasib hari esok.

Puas sudah aku menadah tangan ke langit
namun seperti pintu langit enggan terbuka
atau mungkin doaku
lansung tidak terangkat ke sisiNya.


Adakah kerana terlalu banyak dosa
hingga menghijap sekalian bomantera
yang akhirnya membuatkan Dia
tidak nampak keresahanku yang melanda dada.

Ini bukan ombak laut biasa
bukan juga ombak samudera
ini ombak tsunami namanya
yang paling hebat melanda dada
selama aku bergelar manusia.

Tuhan,
tiadakah lagi ruang untuk aku bergerak?
menghela nafas yang panjang
memandang harapan yang menguak.

Tuhan,
masih adakah sudi Kau ampunkan aku
berikan kekuatan
untuk bangun merengkuh perjalanan berkabus?

Aku tidak punya sesiapa melainkan Kamu
paling tidak,
izinkan aku menangis dan tertidur di ribaMu!

27 ulasan:

al-lavendari berkata...

salam

jangan berhenti dan kecewa dari berdoa .. sentiasalah bersangka baik denganNya !

dan yakinlah Dia sentiasa hampir dengan orang yang sentiasa menghampirkan diri denganNya.

ibuintan berkata...

insyaallah ... Dia akan menerima juga doa IM suatu hari nanti

teruskan berdoa dan jangan putus harap denganNya, sesungguhnya Dia maha mengetahui semuanya

mungkin ada hikmahnya kenapa doa IM lambat dimakbulkanNya

ahmad humairi berkata...

Ampunkan aku juga tuhan.

Kakzakie berkata...

Puaskanlah tangisan itu selagi mampu
rebahkan tubuh selagi larat
sesungguhnya Dia melihat
Dia jua tahu IM mampu manggalas
segala diberi sebagai ujian

Ariff Budiman berkata...

Cuba IM bangun berdoa diwaktu sepertiga malam. Insyaallah berdoa dan terus lah berdoa. Allah itu maha mendengar. Bila kita berdoa di sepertiga malam terasa benar bahawa Allah berada disisi kita. Saya telah melakukannya dan alhamdullah Allah tetap bersama hambanya yang meminta. Minta kata Allah.

kakcik berkata...

Apa lagi yang dapat kukatakan selain meminta dirimu bersabar terus-terusan. InsyaAllah, Dia sedang mendengar rayuanmu dan akan tiba saatnya akan datang jua bantuan buatmu.

ibundo berkata...

Jangan putus asa kerana DIA sentiasa mendengar.

hentian berkata...

AL LAVENDARI,
memang masih mengharap Dia masih hampir dengan IM.

ibuintan,
hikmahnya itulah yang IM tunggu.

ahmad humairi,
sesama kita memohon keampunan selagi nafas masih ada.

kak zakie,
IM masih mampu dan mesti mampu kerana keluarga hanya mengharapkan IM.

budiman,
IM selalu lakukan solat Dhuha.

kak cik,
kata-kata itu juga sudah cukup buat IM yang sedang terkapai-kapai ini.

kak pah,
IM masih bertahan.

* buat semua - terima kasih atas nasihat yang diberikan. InsyaAllah, IM akan tempuhi semuanya satu persatu.

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM

Allah sentiasa mendengar rintihan hambanya. Tabah dengan ujianNYA. semoga satu hari kesulitan, kesedihan yang dirasa akan berakhir juga.

nyanyisunyi berkata...

Assalamualikum IM..
kita punyai dugaan yg berbeza..namun tetap diduga..hanya kita yg tahu bagaimana rasanya..terkdg bila terlalu kecewa rasa seperti tiada siap yg peduli..namun percayalah..Allah tidak pernah melupakan kita..selagi kita sentiasa berusaha memohon..jgn putus asa IM..

pB berkata...

bersabar dan jangan putus asa

MulutPayau berkata...

IM....Ada Hikmah disebalik setiap ujian dan dugaan....
Bersabarlah......Semoga setiap kesulitan yg dialami berjaya dileraikan...
Allah sntiasa ada bersama kita...

hentian berkata...

kunang-kunang,
memang benar, Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

nyanyi sunyi,
semua kita tak terlepas dari dugaan mengikut kemapuan masing-masing. IM tahu itu...

pB,
IM bersabar....masih!

mulutpayau,
memang...yang ada pada IM hanya sabar...

*sekali lagi, tk buat semua yang menyiram nasihat di hati kecil IM!

Benjy berkata...

Aisehman aku macam sedih pula dengar cerita mu IM ,.. izinkan aku menangis "...wahhh !... wahhh !...wahhh ! ..." air mata pun bercucuran ke lantai ... laaa... kenapalah aku menangis kan dah kena lap air mata tu ...

S..U..D..@..I..S berkata...

kita hanya mampu menadah dan berdoa mohon diberi kekuatan, hanya kekuatan yg dpt memberi kita semangat dan harapan..

ghost writer berkata...

teruslah berdoa dan berusaha bro IM..
Tuhan masih mendengarmu...

semoga ianya dikabulkan-NYA..

hentian berkata...

benjy,
mak IM pesan, kalau sedih jangan sampai menangis. kalau gembira jangan hingga terlalu ketawa.

sud@is,
memang kita perlu meminta daripadaNya semata.

ghost writer,
IM akan berdoa hingga akhir hayat.

tehr berkata...

rasanya tidak salah kalau menangis kerana memohon keampunanNYA

NzA berkata...

berdoa dan terus berdoa...Allah ttp mendengar doa2 kita cuma belum masanya Dia memperkenankan doa2 itu..jgn cpt brputus asa..Insyallah, Allah sntiasa disisi hambanNya....

Adinda Amy Sensei berkata...

semoga ALLAH ampunkan kita..

hentian berkata...

tehr,
tangis yang itu ok. maksud IM kalau menangis kerana meratap kesedihan yang di hadapi.

NzA,
doa selepas usaha. itulah tawakkal ertinya..

Mutiara Bernilai berkata...

*menangis*

terima kasih..

!_____!

moga Allah redho.

aLieF si Muncung ManiS berkata...

bro,,berdoalah selagi nyawa masih ada..jjgn putus asa...k..:P

Kamsiah berkata...

salam
lega..baru boleh masuk ke sini..

Sedangkan Nabi memohon keampunan ALLAH..setiap masa,setiap ketika..apatah lg kita yg seringkali terlupa,terleka dek keindahan dunia...percayalah..DIA MAHA PENGAMPUN..MAHA PENGASIH...sebesar mana kasih sayangNYA? JIKA KITA MELIHAT KASIH IBU TERHADAP ANAK..KASIHnya terhadap makhluknya lbh besar dari kasih siibu..

Citarasa Rinduan berkata...

selamat pagi IM

jangan berhenti berdoa pada yang esa..tiap yang berlaku bukan dosa silam......

tapi, ianya satu ujian dariNYa menguji keimanan dan ketakwaan kita sebagai hambaNYA

teruskan, selagi kudratmu ada..selagi tangan/jarimu masih ada...
pelbayakkan bersyukur..

PS: bukan kan, yang terpilih itu lebih mulia di sisiNYa??

hentian berkata...

amy,
ya.. muga Allah ampunkan kita semua.

mutiara bernilai,
jangan nagis. sedih, ok.

alief,
ya.. berdoa hatta nyawa di kerongkong!

kamsiah,
tk kerana masih terpikat denagn tulisan IM yang tak seberapa ini.

CR,
insyaAllah, IM masih sabar dan berusaha..

ummu berkata...

assalamualaikum
semoga kita terus tabah
menjadi hambaNya.
faham situasi saudara
kerana saya melalui situasi ibu_suri
cuma bezanya,anak2 saya masih kecil lagi,dan baru tamat tempoh penyusuan susu ibu...