Halaman

Sabtu, 9 April 2011

Pagi ini...

Selalunya di pagi hujung minggu aku akan membuat roadtour  ke semua blog yang link  dengan di side bar  IM. Pagi selalunya ibu_suri masih tidur kerana dia hanya rasa mengantuk sekitar 3 atau 4 pagi..

Tapi kali ini aku minta maaflah. Tak larat rasanya nak mengadap komputer terlalu lama. Cuma sempat singgah di sekitar 10 blog terkini. Mata mula terasa letih. Sementelah, kerja pun hampir  70% dari waktunya menghadap komputer juga.

Semalam ibu_suri beria-ia suruh aku belikan ayam dan itu...ini.. Dia minta aku masak paprik.

" I ajar la you  masak. " bila dia perasan aku cuba mengelak. Bukan apa, dah lama tak pergi pasar Penanti. Terasa culas. Ala.. kita pi makan kat kedai kegemaran you di Sekolah Islah, Tikam Batu tu aje lah ye...., begitu nanti aku bagi alasan kalau ibu_suri bangun dan bising-bising kat aku bila dia bangun nanti, agaknya!

Trek kegemaran
Sebenarnya, fikiran aku masih bersimpang-siur dengan persiapan majlis akad nikah Angah yang cuma beberapa minggu sahaja lagi ini. Tak sedar masa berlalu begitu cepat. Rupanya dah setahun lebih Angah bertunang.

Mungkin juga tak larat aku ini kerana kesan pergi exercise  di Tasik Mengkuang, semalam. Semalam aku cuti kerja. Jadi ambil peluang .. bukan jogging  pun. Cuma berjalan cepat di trek kegemaran aku di sana.

Dah berumur macam aku ni, berjalan jauh sikit aje, letihnya berhari-hari. Belum lagi bila bergelar warga emas nih!

26 ulasan:

ibuintan berkata...

sudah nak bermenantu IM ye..

selagi tak selesai majlis, selagi itu kepala bersimpang-siur

moga semua urusan pernikahan Angah dipermudahkan dan berjalan lancar

NzA berkata...

ibu_suri tringin nk makan ayam paprik la tu IM....

semoga segala urusan brjalan lancar..teruskan brdoa dan brdoa mohon ketenangan n kekuatan...Insyallah!!!!

Mutalib attholib berkata...

Terima kasih tour ke blog hamba :)

Moga persiapan perkahwinan Angah tu berjalan lancar. amin

Cantik trek kegemaran tuan tu.. Nampak mendamaikan sj. Apa2pun, jaga kesihatan tuan :)

S..U..D..@..I..S berkata...

blog dilawati tq IM
majlis pertunangan Angah - semoga berjalan lancar

jogging di trek - bagus istiqomah jaga kesihatan

pandai memasak - satu kelebihan

Marina Monroe berkata...

Ha ha ha umur warga emas? InshaAllah..nanti rasa lah sendiri..

nyanyisunyi berkata...

Salam IM
sy pun dah beberapa hari tk jalan2 rumah kwn2 kt maya ni..banyak cerita yg saya terlepas..sebab sibuk mengemas opis..
mudah2 IM sihat begitu juga ibu suri..menjelang majlis anak IM..Insyallah segalanya berjalan lancar..

mamai berkata...

saya pun dah lama tak berjoging nie rasa letih dah badan nie

Temuk berkata...

Assalamu'alaikum IM

Syukur & tahniah! Nak bermenantu rupanya. Semoga segala persiapan & majlis akad nikah Angah itu berlangsung sempurna. Hiba membaca entri "Ampunkan Aku, Tuhan!". Sama-samalah kita bersabar. Ada sebab DIA memberi atau tidak memberi. IM, don't overexert yourself... and take good care of your health. Semoga Allah sentiasa melindungi.

Aida Ali berkata...

Salam singgah IM. Orang kata usia hanya sekadar angka. Tapi sesungguhnya ia datang meragut satu-satu nikmat kita. Semoga kita insaf...

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum:)

sekurang2nya..jogginglah jugak kan..:)
Apa2..berpada2lah ya:)

norh berkata...

tak boleh letih bila mengenangkan org2 yg tersayang kan..

khai berkata...

Salam..lamanya xdapat ziarah IM..sy juga sama cam IM, dihambat waktu..

siti murni berkata...

rajin IM exercise kat Mengkuang Dam...saya pun dah lama tak pi situ...

Citarasa Rinduan berkata...

IM--
tahniah angah nak bergelar suami..

tabahkan hati yer IM..dan ayu doakan IM dapat lakukan apa yang termampu terhadap ibusuri..

PS: ayu pun lama tak jogging...

Mario berkata...

hehe...berjalan laju pu kira ok jugak bro...

hentian berkata...

semua,
tkasih lah atas komen. hu.. tak dapat nak respon satu persatu.. malam makin larut!

IM doakan kalian semua sihat dan selamat membilang hari-hari yang meningkat tua he..he..

MulutPayau berkata...

Baru brksmpatan dtang ke sini...
IM...semoga Allah permudahkan segala urusan...

ummu berkata...

assalamualaikum IM
memang letih sebenarnya kalau nak adakan kenduri kahwin ni.kena jaga kesihatan baik2.
Tasik Mengkuang..kenangan indah semasa remaja saya kerana pernah ke sana seamsa sekolah di utara tanahair.

Omaq oTai berkata...

saLam IM,
bila pernikahan angah insya-Allah dtg mmbantu jk diperlukan.
Moga IM trus tabah+kuat+gembira...

Benjy berkata...

Bertenag bro.. bertenang ... kalau penat perlu berehat ... kang sakit siapa susah ... tentulah isteri ... biasalah senaman baik tu untuk badan .... kalau lama tak bersenam memang efeknya kaw2 sikit ... harap majlis perkahwinan tu berjalan dengan lancar ... dah ada ke mat silat yang nak buat demo kat depan pengantin ? ... gua nak try juga ni nak bersilat .... hait! .. hait! ...hait! ... (silat langkah seribu)

ghost writer berkata...

setiap awal pagi,malah sebelum subuh sudah kelihatan orang2 tua bangsa cina melakukan senaman dengan berjalan sekitar taman tasik...jarang kelihatan orang muda.termasuk aku.

abu muaz berkata...

jagalah kesihatan IM

Kamsiah berkata...

salam
IM ni dok taman guar perahu ke?

Anonymous berkata...

Salam tuan IM,

Dah tua tua ni memang tak boleh ngadap komputer lama. Cepat mengantuk. Bukan tu je macam-macam penyakit dan berpantang dah banyak tentang makan tu.Kemudian badan pun kejap terkehellah, salah urat macam macam..Tapi itulah peringatan yang baik untuk kita sebenarnya.

Mountain Climber

hani@debumelukut berkata...

Tahun ni terima menantu ,tahun depan berpangkat datok lah...InsyaAllah.
Bersyukurlah kita kerana berkesempatan merasai hari tua..Alhamdullilah, suka duka kehidupan sudah kita lalui dan esuk pun akan kita lalui dengan izin Dia.
Semoga kita diberkati Allah sentiasa.

hentian berkata...

kalian,
tkasih kerana komen n3 IM. Tak sempat IM nak jawap.

Kamsiah,
IM memang duduk di Taman Guar Perahu. Tak jauh dari rumah blogger JENDELA HATIKU dan HABUNA TRADING.

No rumah.... rahsia! he..he..