Ahad, 10 April 2011

Songkok Tinggi

Aku selalu menemani ibu_suri ke Mesyuarat Agong Koperasi Pelaut Pulau Pinang yang selalunya di adakan di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang. Ramai ahlinya yang datang. Lebih seratus ahli. Kebanyakannya tua-tua belaka. Ada yang bertongkat. Ada yang berjalan terkengkang. Dari jauh pun sanggup datang. Hebat mesyuarat mereka. Terutama ketika agenda belanjawan dibentangkan.

Tadi pagi, aku sendiri hadiri Mesyuarat Agong Bank Persatuan di Institut Kemahiran Belia Negara ( IKBN ). Gitu juga, ramai orang yang datang. 500 lebih. Mak cik tua pun datang. Dengan anak cucu. Gitu juga. Belanjawan adalah agenda utama yang hangat. Mana tak nya... juta-juta RM be...

Tapi tak sama fenomena yang aku sendiri lalui semasa mesyuarat NGO yang aku sendiri menjadi AJK utama satu ketika dulu. Nak dapatkan korum minima 20 orang pun susah. Jenuh keloi!

Namun kenapa situasi begitu berlaku mudah saja jawapannya.....$$$$$....

Di kedua-dua mesyuarat di atas, setiap ahli yang hadir akan dapat wang poket sebaik sahaja mesyuarat tamat. Sebaliknya mesyuarat NGO ini usahkan nak dapat duit poket, kena buat sumbangan lagi ada la...

p/s:...Jika selama ini di dalam blog politik aku selalu terbaca tentang gerombolan songkok tinggi, di mesyuarat Agong Bank Persatuan tadi aku berpeluang terserempak dengan seseorang yang bersongkok tinggi. Senyum sendirian aku mengenangkan ini....

17 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

selamat malam IM
rajinnya IM join mesyuarat...

PS" ingat IM yang pakai songkok tinggi time raya...heheheh

ghost writer berkata...

ada makna di sebalik penggunaan songkok tinggi itu diletakkan pada seorang ahli politik...ia seolah ketuanan melayu.barangkali lar begitu...

ibundo berkata...

tinggi nya songkok.
Songkok ni bila dah lama pakai dia jadi busuk masam. nak basuh tak boleh nanti rosak.
Baik pakai kopiah. Boleh selalu basuh dan ganti ganti pakai. nak simpan pun mudah.

Abd Razak berkata...

Tak pernah pakai songkok melainkan bila pakai baju kebangsaan lengkap..

ahmad humairi berkata...

Kalau tinggi sangat jadi tarbus plak..

NzA berkata...

kalu bab2 duit n makan mmg jrg tolak....

ainnoraini berkata...

tak de songkok mcm tu..
en somi pun pakai kopiah ...kadang2 jer pakai songkok...

Kakzakie berkata...

Kakak malas tengok songkok tinggi ni. Lagilah kalau masa mengoreng bertih, berterabur tapi semuanya keluar dari kuali.....

ibuintan berkata...

tak suka nengok orang pakai songkok tinggi, macam sombong saja

yusri berkata...

suka dengan kopiah putih...nampak tenang dan luhur...

hentian berkata...

CR,
join mesyuarat je. tapi jadi ahli senyap.

GW,
IM pun agak begitu. bukan pakai sesaja.

kakpah,
IM lansung tak suka pakai kopiah apatah lagi songkok.

razak,
IM pun sama. pakai kopiah cuma bila perlu je.

ahmad humairi,
tarbus dicipta untuk hilangkan identiti islam di turki oleh mustafa kamal artartuk.

nza,
lebih kurang gitu le maksud IM dalam n3 ni.

ainoraini,
tapi pakai songkok dengan sut melayu nampak profesional.

kakzakie,
apa kaitan goreng bertih dengan songkok tinggi?

ibu intan,
he..he.. depa ada satu umphh... bila pakai songkok tinggi nih!

yusri,
kopiah putih pun kena jaga la kebersihannya. kalau berkeremot, hati kita pun naik semak memandangnya.

*p/s: pendek kata - majoriti komen di atas tak gemar dengan songkok tinggi. huh!

zul permatang badak berkata...

wah...selalu pergi mesyuarat rupanya.....IM ni....selalunya i/m pakai apa?...songkok ke kupiah.....

mana nak cari songkok tinggi....
saya???......pakai kupiah je...he..he...

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM,

Selalunya mesyuarat kooperasi ni kalau kehadiran diganjarkan dengan duit, InsyaAllah tak adalah masalah koremnya.

Cik SHiNJU berkata...

Biasalah IM...
Kerja sukarela ni x untung sbb
tu xde sambutan..Dorang x sedar ganjaran pahala yg dpt berkali ganda dr untung RM yg x seberapa tu..

Benjy berkata...

Songkok tinggi ... mungkin kebetulan je kot dia nak pakai ... kalau ada maksud ?... saya setuju dengan pendapat Ghost Writer ..

KELI OH KELI berkata...

bila bersongkok tinggi ni teringat pada pejuang bangsa Onn Jaafar..

HARGA GUNI SI IKAN KELI

tehr berkata...

tak pernah pulak pakai songkok tinggi ni
mungkin sebab cita2 tak berapa tinggi
hehe