Aku melabuhkan tulang belakang ke kerusi panjang. Balik dari rumah mak di Air Itam sejam lalu selepas selesai menghadiri temuduga dengan doktor pakar di GH untuk permohonan kad OKU untuk ibu_suri.
Mata terpaku ke siling rumah yang sawangnya baru sahaja aku bersihkan semalam. Majlis akad nikah Angah insyaAllah - Ahad: 1 Mei 2011. Kurang lebih 10 hari sahaja lagi. Rumah? Hurrmmm...
Mata terpaku ke siling rumah yang sawangnya baru sahaja aku bersihkan semalam. Majlis akad nikah Angah insyaAllah - Ahad: 1 Mei 2011. Kurang lebih 10 hari sahaja lagi. Rumah? Hurrmmm...
Sebenarnya aku ingin berterima kasih pada sahabat serta adik beradik yang banyak menolong aku. Tak kiralah samada di sudut wang ringgit, tenaga hatta nasihat. Masing-masing begitu prihatin ingin membantu. Walaupun dadaku semakin kuat gelombangnya tapi aku buat biasa sahaja. Senyum dan ketawa hingga ada yang menyangka aku begitu gembira hendak menyambut menantu. Sebenarnya mereka tidak tahu aku sedang menyorok resah di sebalik senyum dan tawaku itu. Pendekata, siapa yang pernah melalui, fahamlah bagaimana perasaan aku di saat-saat kritikal begini.
Aku ambil positif pada setiap yang datang kepadaku bertanya khabar dan mencadangkan pelbagai idea untuk majlis perkahwinan Angah. Ada yang bagi idea A dan yang lain pula bagi idea B untuk hal yang sama. Aku angguk saja. Malah ada yang nampak seperti marah-marah bila kelihatannya aku seperti tidak mempraktikkan saranan mereka.
Wajah Tenang Abdul Rahman Sudais |
Aku harap sangat Along akan balik awal untuk membantu aku touch up mana-mana yang patut di dalam rumah. Sebenarnya, tenaga dan pemikiranku sudah ditahap tepu. Mana tah lagi nak melayani rutin aktiviti ibu_suri yang 100% mesti diipenuhi.
"Abang, pi la mandi. Dah dekat pukul 9 ni. Bawa I pi ronda..."
Walaupun terasa amat berat untuk mengangkat badan, aku capai juga tuala. Aku tiba-tiba teringat pada Abdul Rahman Sudais, Imam Besar Masjidil Haram yang mungkin masih memberi kuliah Maghrib di Institut Ibnu Qayyim. Betapa seronoknya kalau berada di sana sekarang ini.
Apa-apa pun, terima kasih pada blogger JH yang selalu mengingatkan aku pada solat sunat Dhuha!
23 ulasan:
OmOt pun sama, plan nk p jumpa sheikh Imam Masjidil-Haram tu, tp ada peranan lain yg lebih penting..mMm..
Mmg agak pening memikirkan perkara besar yang akan berlaku,,if IM fikir perkara besar sebegini, OmOt juga ada. Nk buat Majlis Kesyukuran puteri sendiri pun dah penin. xpela, moga solat dhuha yg IM praktikkan mmberi impak dalam kehidupan seharian. Ameen..~
Faham sangat situasi yg IM hadapi tika ini..
selagi x slmt majlis tu selagi tu fikiran berkecamuk.....
solat dhuha satu kelebihan hebat..smoga semua berjalan lancar..
Abdul Rahman As Sudais x mai kedah ke IM?
kalau saya di tempat abang IM belum tentu saya mampu hadapi..malah mungkin harus dibuat pembubaran.ternyata semakin lama semakin kita memahami akan segala ujian dari Tuhan..itu baru teruji dengan perasaan..
IM..faham betapa beratnya tugas...
IM ...... moga Allah mempermudahkan segala urusan IM..... rakan2 hanya dapat memberi nasihat dan pandangan......... kerna kita tahu berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.....
IM gamaknya begitu juga dahulu apa yang ayah dan emak kita lalui semasa perkahwinan kita.
Hari ini dan seminggu hadapan JH masih di RSK.
Doa kami sentiasa di sisi. Barakallah.
memang penatla kan nak buat majlis kahwin ni...tapi takpe...dah settle nanti mesti senyum sokmo...semoga semenya akan berjalan seperti yg dirancangkan...
Assalamu'alaikum IM,
Memberi nasihat memang mudah IM, tapi hendak melaksanakan sesuatu tidak semudah seperti yg dirancang.
Kakak doakan moga segalanya berjalan sebagaimana yg di rancang dan selamat...
omot,
tak mengapa. hari esok mungkin masih ada.
sud@is,
khabarnya abdul rahman sudais bercuti di langkawi selama 5 hari.
ghost writer,
mampu atau tidak semuanya perlu dihadapi.
kamsiah,
mungkin tak seberat ujian mereka yang berjuang di jalan Allah.
ibu guru,
nasihat itu lebih baik dari berkata di belakang.
hrusli61,
jalankan tugas dengan baik di sana. jagalah imej supaya dihormati. mungkin akan bertapak di sana terus.. muga-muga!
mario,
dah habis kenduri, urusan lain menanti!
kakzakie,
tapi memberi nasihat itu tetap menjadi tugas kita sesama manusia.
Salam IM,
Saya doakan agar semuanya berjalan lancar utk majlis itu.
Assalamualaikum IM...
Berat mata memandang...berat lagi bahu memikul bebanan...Semoga semuanya berjalan dgn lancar..InsyaAllah...
makin dekat harinya.... tentunya makin sesak dada rasanya kan
moga Along juga dapat membantu dengan sebaiknya
as-salam IM,
10 hari dah tak lama tu.
Apa2 pun harap IM bertenang..dan dahulukan mana yang patut...insyaallah..:
supaya dipermudahkan semua urusan IM ya...
YB,
itu baru majlis akad nikah. kendurinya sebulan lagi..
mulut payau,
harapnya begitu. jangan pitam, dah la..
ibuintan,
along pun tengah exam ni..
siti murni,
2 tahun pertunangan pun rasa sekejap. inikan pula lagi 10 hari..
Yang pastinya Allah sntiasa memberi yg terbaik utk hambanya.....
YA ALLAH, berikanlah kelapangan dada n fikiran pada sahabatku ini..amin..amin..amin...
Sukar b3njy nak imagen IM sebab masih terlalu muda memikirkan semua itu lagipun anak sulung b3njy baru je darjah 1 ... namun luahan perasaan IM dalam entri ni seakan-akan menarik b3njy duduk bersebelahan dengan IM,..b3njy harapkan majlis ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar ... kalau b3njy tersesat ke situ , b3njy tebalkan muka juga duduk sambil menikmati majlismu IM .. (ehellahhh ... b3njy ni tak tahu malu betullah ... sorry) ... harap2 semua berjalan dengan baik dan kami rakan2 seblogger sekalian mengharapkan sebuah entri gembira daripad IM selepas selesai majlis tersebut ... Sekian terima kasih.
nak berkenduri besar ker? untuk anak sulung?
kalau plan baik2 tak jadi serabut sgt nanti. take one day at a time..enjoy setiap hari2 sibuk menguruskan kerja kawin tu..Nanti semua tu akan jadi kenangan yg manis.
nza,
tkasih atas doa.
benjy,
IM ok jer... tawakkal atas apa yang akan berlaku.
maksu,
kenduri kahwin anak no 2. anak no 1 masih studi di KLMU.
hani,
IM memang selalu cuba untuk enjoy dengan hari-hari yang berlalu.
selamat malam IM
rasanya walau ayu lama tak BW.. tapi ayu ingat ttg angah nak bernikah...
walau IM banyak tangungjawab namun, ayu tau... IM kuat semangat.........!!!
sama-sama.
kasih diterima . . .
uncle im.. lady x paham.. uncle im resah sebab anak uncle nak kawin ke sebab keadaan ibu suri? sorry yer uncle.. lady belum menjadi seorang bapa/ ibu tuk memahami..
Catat Ulasan