Halaman

Sabtu, 28 Mei 2011

Alangkah Indahnya Zaman Itu!

Entah kenapa hatiku berdebar-debar sejak semalam. Hendak menulis pun persis dipaksa-paksa. Memang begitu selalunya aku ini. Sesekali, permasaalahan yang datang adalah sekaligus dan terasa seperti timpa-menimpa. Ada yang perlu aku selesaikan segera. Ada yang aku kira masa juga yang akan menentukannya.

Aku tahu bahawa tenang, sabar dan doa adalah kata kunci untuk menempuhinya. Terasa diri amat kesaorang ketika ini. Ufffsss......

Semalam aku menerima emel dari adikku di Shah Alam. Tiba-tiba teringat abah, katanya. Aku minta izin untuk rakamkan tulisannya itu ke blog SRI MERSING, blog yang khusus aku buatkan untuk keluargaku. SRI MERSING adalah nama yang aku ambil sempena lagu kegemaran abah. Abah selalu menyanyikan lagu ini jika ada jemputan di majlis kenduri kahwin. Dulu, kalau kenduri takada kugiran, tak sempoi la. Kalau tak salah, populariti kumpulan The Zurah juga berasal dari aktiviti di majlis kenduri kahwin begini.

foto sekeluaarga sekitar 70an..
Abah aku memang seorang yang biasa sahaja. Kerja dengan Majlis Bandaran Ipoh. Bila petang, dia mencari duit tambah dengan memesin rumput di rumah Cina di sekitar Taman Ipoh atau Taman Canning. Pada dia, kalau duit tinggal RM50 dalam kocek, kira dah tak ada duit lah tu. Mesti cepat-cepat cari duit tambahan lain. Dengan kerja yang begitulah dia boleh menyara kami 9 beradik. Tidak seperti aku, anaknya yang sulong ini. Duit dalam kocek tinggal habuk pun boleh rileks lagi.

Betapa indahnya jika dapat kembali hidup di zaman itu. Zaman mandi di sungai, menoreh getah dan mendulang bijih timah!

12 ulasan:

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Lagi sedih sebab tak merasa pun zaman tu ...

diana berkata...

betoi la..
dulu zaman kecik2 dulu kalau kenduri wajib la ada kugiran.kalau tak memang hampa kecewa la orang kampung nak berjoget lambak..
hehheh

zul permatang badak berkata...

Lama saya renung foto....keluarga bahagia......dapat saya bayangkan kasih sayang berpadu erat.....

IMANSHAH berkata...

zaman tanam tembakau

hentian berkata...

azrina,
tak apa. hargailah zaman ini...

diana,
IM tak pernah rasa joget lambak. masa tu IM berhingus lagi..

zul,
masa itu abah saya masih sihat sebelum disahkan menghidap schizophrenia.

ainnoraini berkata...

saye tak merasa zaman tu...
abang2 saye merasa zaman susah senang mak n abah dulu2...
masa saye lahir semua kemudahan dah sedia ade...

Abd Razak berkata...

Tak hairan kalau orang cari duit dengan titik peluhnya ianya jadi rezeki yang berkah...

S..U..D..@..I..S berkata...

dimanakan kucari ganti..
sedih aku tengok gambar tu ..
sbb aku kehilangan gambar keluarga.

ghost writer berkata...

ada antara persamaan yang kita boleh dapat dari kebiasaan orang tua kita ada yang langsung tidak menyamainya...tetapi dengan mengingati kesungguhan mereka mencari suatu yang baik untuk keluarga menjadikan ia sebagai satu inspirasi kepada kita.

hentian berkata...

ainnoraini,
rugi ler. sebab zaman tu kami selalu bermain dengan alam yang masih bersih..

abd razak,
IM akui kata-katamu. rezeki dari titik peluh sendiri!

sud@is,
IM pun cuma tinggal gambar tu, satu. tu pun nasib baik abah IM usaha perelokkan dan warnakan semula di kedai apek..

ghost writer,
abah dan mak IM adalah inspirasi IM dalam melalui hari-hari petang ini..

hani@debumelukut berkata...

Setiap org ada sejarah diri..ada yg boleh buat kita tersenyum dan ada yg buat gugur air mata...

NzA berkata...

nostalgia indah tu.....