Beberapa hari lepas aku bawa ibu_suri makan di Restoran Char Koay Teow, Sungai Dua. Sini memang ramai sungguh pelanggan. Nak dikatakan sedap sangat err... pada perkiraan lidah aku ni, biasa aje. Tapi kawan aku kata nasi lemaknya memang sedap. Aku belum pernah rasa.
Dek larisnya perniagaan ini, dibuka pula satu cawangan di Kulim. Tapi kata kawanku lagi rasanya tak sehebat di sini.
Foto dari sini |
Punya hebatnya Char Koay Teow Sungai Dua ini hingga pernah memasuki berita akhbar. Dan melihat dari pemidang yang digantung, tempat ini juga menjadi lokasi pilihan selebriti yang mahu memakan char koay teow jika ke sini.
"Apa dia 'chef berapi' tu bang?" tanya ibu_suri.
"Ha.... yang tu la.." sambil aku menunjuk ke arah kuali yang diselubungi api sambil chefnya menggodek kuali dengan sudip.
"Boleh ke kita makan char koay teow yang berapi begitu?"
Terdiam pula aku. Tak perasan pula jawapan untuk itu, bagaimana. Aku tiba-tiba teringat sate atau panggang ayam.
"Boleh. Apa pulak tak boleh. Tapi kena disulam dengan timun. Timun boleh menutralkan karbon yang ada dalam koay teow tu," pandai pula aku ni...he..he..
Sewaktu balik, ibu_suri tak henti-henti menyanyi sepanjang jalan. Memang begitulah emosi ibu_suri. Kekadang murung, kekadang gembira tak menentu.
"Happy jer..." usik ku.
"Hmmmm... pasai apa I ni, ya! You tak terfikir ke kenapa I boleh jadi macam ni?"
Alamak, dah nak jadi macam lain ni. Cepat-cepat aku ubah ke topik lain. Perbualan tentang itu kalau diteruskan aku bimbang nanti akan menyebabkan suasana jadi tak menentu!
22 ulasan:
saya mmg gila char kuay teow, tp kat situ belum pernah cuba. may be suatu hari kena cuba.
jika hari2 ibu_suri gembira kan bagus.
selamat pagi IM
syukur... ibu suri semakin sembuh.. boleh bergurau senda.. dan boleh buatkan IM sentiasa happy...
PS: lamanya tak makan kuay teow... rindu nak imbas kenangan lama..
~setuju sangat2 bab bakar nie mmg kena ada penutralnya~
Assalamu'alaikum IM...
baguslah ada perkembangan yang baik buat ibu_suri. Semoga beliau akan bertambah sihat. :)
izman,
gitulah bisik hati IM. ibu_suri gembira lebih baik dari murung tak berpunca.
CR,
tapi tak boleh makan selalu char koat teow ni. tak bagus untuk kesihatan.
kakcik,
alhadulillah. setakat ini ibu_suri ok. mudah IM uruskan dia.
makan char kue tiau pasar malam takde ummph langsung.
semuga ibu suri makin sembuh.
Assalamualaikum IM...
Sahlah masakan kat kedai tu sedap sebab ibu suri gembira jer...:)
Assalamualaikum IM,
Kakak rasa selera ibu_suri malam itu baik sebab itu dia happy... Sedaplah makanannya tu...
saya beberapa kali ke cawangan kulim tu...biasa ja rasanya...maybe vsaya bkn pengemar fanatik char kueteow kut hehe...saya kesana sbb telurnya dibasuh...tak seperti tempat lain...
I/M...saya tertarik dengan....timun boleh menutralkan karbon yg ada dlm char koay teow....wah pandai i/m ni...
....pandai juga mengambil hati ibu suri....
....pandai juga membuat kami tersengeh......sehingga kami ternanti-nanti apakah bingkisan seterusnya..............
Alhamdulillah, IM seorang suami yang sabar dan memahami.
saya pun tak pernah cuba lagi char koay teow sungai dua tu..orang punya la ramai...yang dekat Perda ni pun jarang saya nak pi, mungkin sebab bukan peminat tegar char koay teow.
cawangan yang dekat sg petani pun selalu ramai...
im....dah dekat sgt dah tu dgn ladang saya....")
kak pah,
char koay teow pasar malam tu dibuat atas dasar bisness orientate. sedap bukan agenda mereka.
abd razak,
ibu_suri gembira bukan pasal sedap tapi pasal pusingan hormon dalam badannya begitu.
kak zakie,
selera ibu_suri berbanding masa dia murung dulu memang lebih baik. sebab itu berat badan pun dah naik.
kamsiah,
'telur ayam di basuh' itu memang umpan mereka untuk pancing penggemar makanan..
zul,
timun tu bukan saya kata. pakar makanan yang kata he..he..
kunang-kunang,
yelah... dah saya yang jadi suami dia. mahu tak mahu kena sabar la...
siti murni,
kat perda tu dimana, ya? kat pekan BM pun ada. sebelah Alkaria.
norh,
eh, kat sungai petani pun ada cawangannya? di mana?
keli oh keli,
betul ke? senang-senang nanti saya singgah. tapi sorilah... IM sejak 2 menjak ni kurang gemar makan ikan keli..
tiba2 teringan lak nk rasa....bunyi cam sedap jerrr....
blogwalking
assalam..
sy suka le sesekali layan koay teow ni tp mesti nk yg pedas sket ;)
nza,
tengok resepi juga..
posh76,
keep on blogwalking. i will see you after this.
maiyah,
IM sejak mutakhir ni tak tahan pedas.
teringat char kue tiaw kat ipoh...lupa pulak nama tempatnya...ok lah tu ibu suri dah nak bergumbira...heee
kat sg dua tu kat mana ha??
ahad ni nak pi la..
kensel la nak pi makan mee udang kat juru..heheh
sham,
wa.. kalau balik ipoh, IM suka singgah mee rebus ramli. atau mee kari pak latip kat tepi sungai di kampung IM.
diana,
sg dua kat mana? kalau ikut PLUS, ambil exit sugau dua. ada trafik light ambil kanan. terus ke hadapan dan lihat sebelah kiri. restorannya nya berwarna kuning.
apa khabar IM???
Catat Ulasan