Tatkala menghantar Along ke steyen keretapi Bukit Mertajam, aku tak habis-habis merungut dengan keadaan jalan yang berlubang-lubang di hadapan stesyen.
"Buta ke mata pengurusan KTM? Jalan lain diturap walaupun ada antaranya aku rasa masih elok tapi jalan ini dah bertahun-tahun rosaknya tak diperbaiki. Segugus masa dulu bila masuk parking ni kena bayar. Kemana pergi duit itu?"
Dan bila memandu balik ke rumah pula ibu_suri seakan mahu menangis pula.
"I rasa sunyi la bang. Along dah balik ke KL. Angah pula tidur di rumah mertuanya."
Ya... Aku baru perasan. Hakikat sebenarnya, rumah kami sudah kurang satu penghuni. Dan Along pula dari gerakrasa aku mengatakan bahawa dia lebih berminat untuk kerja dan menetap di KL. Bermakna yang tinggal di rumah kini hanya kami berdua dengan Akhmal. Tiba-tiba terasa sedikit gentar untuk berdepan dengan realiti ini. Realiti tinggal sendirian di rumah yang dulunya terasa kecil kini terasa lapang namun 'kosong'.
Aku dulu memang bercita-cita punyai anak seramai mungkin tetapi rezeki tidak ada, terima sahaja kudratNya. Pun, Tuhan itu Maha Mengetahui. Mungkin sedikit anak itu lebih baik dari ramai tetapi jauh akhlaknya.
Tiba di rumah jam 12, perut terasa lapar. Sambil BW ke blog-blog di sisipan IM, aku minum AliTea kegemaranku sambil mengunyah Cookies Danisa yang tiba-tiba memikat citarasaku. Tin cookies ini adalah antara 17 hantaran balas pihak Ayu (isteri Angah) semalam. Sebaik saja aku terpandang, aku sorok siap-siap ke dalam almari. Cookies ini mengingatkan aku di zaman semasa kecil. Jenama ini masih bertahan hingga kini.
21 ulasan:
Amboi! main sorok2 pulak.. takkan nak berebut dengan ibu_suri, kot. :)
Assalamualaikum...
Kesunyian menerjah erk! Nape lak sorokkan..:)
IM... kakak tersenyum bila IM kata sorok cookies tu tau. Terbayang bekas hantaran hilang satu benda tak tahu FIL dia yg sorok dlm almari. Hehehe.....
He he he sorok?
sy pn suka makan cookies danisa nie...sedap!!!!
hi.hi.hi...kelakar, siap sorok2 lak...skrg dh boleh tayang2 cz dh tinggal brdua jerrr......
hehehe...IM main sorok2 yer...
Mp pun suka Danisa cookies ni..
IM....bukan IM sorok tu....cuma simpan agar lebih teratur dari bersepah.....
segalanya i/m yang lakukan.....terukkan berkemas.....
berblog memang asyik kalau ada makanan ringan.....kalau makan kuaci lagi lah bersepah.......
dah hilang penat berkenduri...
hehe sorok cookies tu yg lucu...igtkan budak2 ja mcm tu...
BIla baca teringin juga biskut Butter cookies ni...tapi tak ada...teringat ada biskut kepala lutut...cicah dengan air teh...hehehe jadilaa lapik perut tengah lapar..
aku jugak masih mengingatinya abang IM.ketika kecil dulu bila saja ayah saya pulang dari kapal pasti tin cookies ini dia akan bawa pulang...
ah,di mana bisa dapatkannya?
dah selamat majlis angah?..baru lega IM
heyy sorok cookies dari ibu_suri ka?
hakikat yang perlu diterima oleh semua ibu bapa
anak2 akan berjauhan bila mereka juga mempunyai keluarga sendiri nanti
saya juga dah mula terasa..
saya boleh rasa kekosongan itu..bila saya tinggalkan mak lepas berkawin
Walaupun KTMB tu telah lama diswastakan namun ternyata masih lembap juga yeeerr ? ... kalau brother IM nak jalan tu elok telefon je Aduan Rakyat TV3 sah minggu depan berturaplah jalan tu ... ada berani ? hehehehe
Kesunyian itu tidak dapat dielak ... nak tak nak kena terima juga ... nak buat cam nerr .... Namun yang pentingnya menyesuaikan diri dengan kesunyian tu ... mungkin kalau sibuk bekerja kesunyian itu mungkin hilang seketika ... ataupun blogwalking laaa lama2 mesti kesunyian itu tidak terasa....
Wahhh! ... peliknya ? apakah sebabnya nak menyorok cokies tu ? adakah takut di makan oleh Ibu Suri,... atau takut di makan oleh Akhmal ? ... atau pun saja sorok sebagai bekalan masa darurat ?.... hahahaha ... apa sekali pun tujuan brother IM, b3njy sokong ... kekekekeke.
kakcik,
bukan sorok dari ibu_suri tetapi sorok daripada anak-anak yang tak reti tutup tudung balik selepas buka.
razak,
kalau tak buat gitu, tak merasa..
kak zakie,
IM cuma sorok cookies saja sebab IM memang suka makan biskut cicah teh tarik.
marina,
nak hidup be!
nza,
memang sedap cookies danisa ni. rapuh.
MP,
tapi harganya mahal.
zul,
IM paling tak suka makan kuaci. renyah!
kamsiah,
walaupun ada hantaran cokelat ferra roshe, tapi cookies juga kegemaran IM.
roslaini,
apa cer... biskut kepala lutut. ketawa besar IM bila baca komen nih!
ghost writer,
err... biskut ni 100% buatan luar negeri ke? IM pun tak selidik habis..
kalau ayu baca blog ni, mesti dia dah tau satu feberet pak mertuanya
bolehlah dia belikan lagi
Bawa mai ke kilang boleh aku rasa sama. Bukan hang sorang yang suka makan biskut tu.
sud@is,
baru lega 50%. ada lagi 50% - kenduri.
tehr,
hakikat ini perlu ditempuhi seperti juga mak dan datuk kita.
yusri,
tak pasti angah teringat ibu dia.
benjy,
betul ke akan terturap jalan tu. atau IM akan di cop kuda tunggangan pembangkang?
ibuintan,
kalau ayu baca, muka IM nak taruh kat mana?
hrusli61,
dah habis dah..he..he..
IM
ayu dapat rasakan apa yang ibu suri rasa..
lagilah rumah yang dulu diangap sempit kini semakin kosong dgn penghuninya..
carikan ibu suri teman yer...
pembantu rumah contohnya
CR,
memang ada rakanmencadangkan sedemikian. tapi IM balas; bahaya ada pembantu rumah. iman IM bukan kuat sangat nih!
Catat Ulasan