Sabtu, 21 Mei 2011

Inferiority Complex

Sekarang ini aku sedang giat mengedar kad kenduri kahwin Angah. Aku tidak edar kepada ramai orang. Aku pilih-pilih sahaja kerana saiz kenduri yang aku mampu buat adalah kecil. Jadi maaflah kalau kalian semua mungkin ada yang tidak aku jemput. Kalau aku jemput juga mau berpeluh dan pitam aku dek nasi minyak yang pasti tak cukup!

Semalam singgah untuk bagi kad kepada seorang kawan karib ibu_suri. Memang sudah lama tidak berjumpa pun. 

"Ah, kecilnya badan you ni..," yang dimaksudkan ibu_suri ialah tubuh kawannya itu semakin meyusut.

Bila bertanya khabar anak-anaknya maka tahulah aku bahawa salah seorang anaknya kini bermasalah dan itulah ujian getir yang kini sedang mereka hadapi.

kredit buat insyahira
" Sabarlah. Hidup ini kita kena tabah menghadapi. Pengalaman IM menjaga ibu_suri dan anak ketiga IM cukup untuk mengajar IM bahawa apapun masalah kehidupan kita, tempuhilah satu demi satu dengan sabar dan doa. Boleh mengharap kawan. Boleh meminta pertolongan adik beradik. Namun yang perlu lebih kuat ialah diri kita sendiri. Orang lain hanya boleh berkata sabar namun yang nak kena sabar itu, kitalah bukan mereka. Hendaknya, ada  pulak segelintir  pandangan negatif masyarakat kepada kita dan itu menambah perit beban yang kita tanggung. Sabar jugalah azimatnya. Usahakanlah untuk mengubati dia. Doktor biasa IM fikir bukan lagi rujukannya. Cuba  jumpa  pakar jiwa atau macam Dr Haron Din. Dia masih muda dan tidak tahu apa-apa. Kita bertanggungjawap untuk membetulkannya."

Sedari awal lagi aku sudah mula dapat mengagak, anaknya yang satu ini pasti akan bermasaalah. Aku tahu, dia mengalami sindrom kurang ketahan diri akibat inferiority complex.

"IM semasa remaja dulu mengalami masalah macam ni. Tapi IM lawan. IM banyak mengambil jalan agama untuk mengatasinya. Alhamdulillah, sampai sekarang walaupun masih ada perasaan itu IM cuba bolayan. Anak begini selalunya tak ramai kawan. Lebih suka memerap di rumah. Mereka ini tidak tahan dengan cabaran hidup. Cepat rasa putus asa. Dari sinilah ujudnya perasaan rendah diri yang memusnahkan kehidupannya."

Panjang lebar nasihatku pada kawan ibu_suri itu. Aku sentuh bahu suaminya beberapa kali. Tampak sungguh kesugulan di wajah mereka walaupun perbualan kami cuma di pintu padar rumahnya sahaja. Kalau masuk ke rumah nanti, ikut adat Melayunya kena minum. Hem, panjang cerita...

"You sembang apa lama sungguh dengan depa tadi?"

"Tak ada apa. Sembang pasal anak-anaknya tu lah. Hik, nak pi makan di mana kita ni?"

13 ulasan:

NzA berkata...

ujian n dugaan menjadikan kita makin kuat dan tabah.....itu tandanya Allah sygkan kita...

Kakzakie berkata...

Mengedar kad jemputan kahwin selalunya memang ambil masa lama IM. Menagih kesabaran lagi IM kena bawa ibu_suri lagi. Allah......

S..U..D..@..I..S berkata...

setiap dari kita diuji dengan berbagai bagai ujian, hanya kekuatan dalaman mampu memberi sedikit ketenangn

slmt pengantin baru untuk pasangan pengantin semoga berbahagia keakhirnya..

Kamsiah berkata...

ada bakat sbg pakar motivasi ni

petai jeruk berkata...

Tak ramai manusia faham ujian anak2 itu tanda kasih sayang Allah pada hambanya...ianya mengambil masa utk faham dan redha..moga dimudahkan Allah segala urusan mereka.

zul permatang badak berkata...

mmemerap,tak ramai kawan,suka menyendiri....takut pada cabaran,tak yakin pada keupayaan diri sendiri........
saya juga terkejut dulu dia memang riang,bertegur sapa,suka bersembang,....tiba2 jadi pendiam..suka memerap.......apa bezanya berhalusinasi......dengan inferiority complex??.....

I/M.........Bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan beliau agar......dia kembali berminat untuk....menghidupkan situasi seperti sediakala.....

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM,

Dalam membesarkan anak macam-macam masalah yang kita tempoh. Semoga kawan IM tu tabah dengan masaalah anaknya.

a.samad jaafar berkata...

eh.. mane a. ramlie.. tido ye..??

saudara, ada yg mengaitkan sindrom inferiority complex ni dgn sikap kita yg tidak mahu bersyukur.. rasa2nya mcm betul jgk.. apa kata saudara ?

diana berkata...

ibu bapa ni kalau masalah lain dia boleh tersenyum lagi..
tapi bila bab anak2 boleh hilang selera makan..
kesian..

ummu berkata...

salam IM
kasih sayang ibubapa sanagat mendalam terhadap anak-anak,
namun kasih sayang Ilahi lebih dalam lagi pada kita semua, kan IM.

dulu masa sekolah menengah tiba2 saya menjadi seorang infeority compleks, tak tahu nape.sedangkan sekolah rendah saya aktif debat, pidato dan sukan.

syukur bila masuk univeristi,ia kembali pulih.

Citarasa Rinduan berkata...

setandang pisang, sure ada 1 yang busuk,

begitu juga anak2 kita..
syukur sahabat lama ibu suri kerana Im sudi memberi kata2 yang terbaik utk suaminya..


teringin juga nak sembang dgn IM, penuh ilmu dan pengalaman didada

hentian berkata...

NzA,
Betul tu. Macam mak kita sayangkan anak-anak kita jugalah, ya!

kakzakie,
memang kena sabar dan well plan. kalau tak lagi la letih.

sud@is,
bukan setakat kekuatan fizikal, dan mental. Kekuatan RM pun kena kuat juga he..he..

kamsiah,
belajar sikit sikit dari ibu_suri dan blogger JH. mereka berdua dulu pernah anggotai Unit Kaunseling Islah.

petai jeruk,
IM rasa mereka faham. cumanya mereka risau. biasalah, perasaan ibu bapa.

zul,
halusinasi tak sama dengan inferiority complex. cara nak mengatasinya kena perlahan-lahan menasihati dan meniup semula semangat ke dalam dirinya. nak buka kan mindanya pada dunia lebih luas.

hentian berkata...

a samad jaafar,
nanti IM letak semula lagu a ramlie, he..he..

tak tepat untuk mengatakan IC terjadi kerana tidak mahu bersyukur. Ianya lebih kepada pembinaan sikap kita sedari awal.

kunang-kunang,
IM pun tak berkesempatan nak peduli masalah mereka. IM amat bersimpati.

Diana,
betul tu. kekadang terasa makanan tersangkut kat tenggorok bila melihat mereka bermasaalah.

ummu,
mungkin boleh share pengalaman itu dalam blog.

CR,
IM ni pemalu sebenarnya dengan orang yang IM tak biasa jumpa. itu juga tanda-tanda bekas pengalami IC satu ketika dulu.