Aku balik kampung semalam. Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh, Perak – tempat aku membesar dengan polis sentri, kondang-kondi, galah panjang, aci nyorok, masak-masak, baling selipar, pangkah gasing, batu seremban, tepuk gambar, biji getah, dam apit, dam aji, guli susu, ikan spilai, ikan guppy dan getah bulat.
Juga tempat aku jual botol untuk belanja sekolah, toreh getah, mendulang bijih, cari pucuk paku, pucuk ubi, timba air dari telaga, mandi sungai Kak Sitah, naik rakit batang pisang ketika bajir, rakit buluh, lemas kerana tak tahu berenang, berkelah dan mandi sungai di bulan Safar, berarak maulud dan bermarhaban.
Tak ketinggalan juga tempat aku mencari setem di tong sapah hospital, curi kacang tanah di kebun Cina tepi landasan keretapi, baling botol kaca di tiang talipon, baling gerabak penumpang keretapi dengan ketul tanah, panjat gunung Mat Sirat, pecah pot getah di kebun Kak Naha dan paling aku tak boleh lupa curi duit syiling dari poket seluar kerja abah.
Aku sempat lihat kereta Hillman, Moris Minor, Mini Cooper dan Volkswagen menjalar di jalanraya, menonotn wayang pacak dengan drama muhibbah Atap Genting Atap Rumbia, turut edar air minuman untuk kempen pilihararaya UMNO, ikut rombongan belia 4B melawat Kampong Ulu Chemor, beli tikam dengan belanja duit sekolah, beli air lamonate dengan beberapa keeping syiling 1 sen, menyambut kedatangan Tun Abdul Razak di lapangan terbang dengan memakai seragam sekolah sambil mengibar bendera Malaysia, menonton perlawanan tinju Muhammad Ali vs Joe Bugner di dewan sekolah, menghantar karya ke Radio Ipoh, majallah Bujal dan Utusan Pelajar serta menghabiskan duit raya di kedai game dekat panggung Cathay dan tonton filem Kati Patang dengan mak saudara.
Aku masih tak lupa akan jam abah jenama Titus dan Titoni. Tak pernah miss menonton cerita hitam putih walaupun tv di rumah jiran seperti Mannix, Voyage To The Bottom Of The Sea, Land Of The Giant, Lost Of the Island, Star Strek, High Chapparal, Flint Stone, CHIPs, Potret Pekerti, The Man From UNCLE dan Planet Of The Apes.
Namun semalam di kampung, aku lebih banyak tidur dari melayani ibu_suri. Entah kenapa badan aku rasa tak selesa dan mengantuk. Hinggakan aku perasan ibu_suri marah bila beberapa kali mak aku mengajak;
Aku masih tak lupa akan jam abah jenama Titus dan Titoni. Tak pernah miss menonton cerita hitam putih walaupun tv di rumah jiran seperti Mannix, Voyage To The Bottom Of The Sea, Land Of The Giant, Lost Of the Island, Star Strek, High Chapparal, Flint Stone, CHIPs, Potret Pekerti, The Man From UNCLE dan Planet Of The Apes.
Namun semalam di kampung, aku lebih banyak tidur dari melayani ibu_suri. Entah kenapa badan aku rasa tak selesa dan mengantuk. Hinggakan aku perasan ibu_suri marah bila beberapa kali mak aku mengajak;
Hidup ini samada YA atau TIDAK sahaja. |
“Makan le. Nasi banyak lagi.”
Dan lagi;
“IM, makan le sebelum balik ni. Lauk banyak lagi tu”
Aku jamah juga makanan walaupun tak terasa lapar. Aku duduk di sisi ibu_suri dan umpan marahnya dengan menyuap nasi tapi ibu_suri masih berkata;
“Tak mau!” …. serius.
Aku tahu, dia marah. Aku cepat-cepat mandi dan kemas beg. Janji aku untuk kerumah adik beradik dan saudara untuk mengedar kad kenduri kahwin Angah perlu disegerakan.
Dalam kereta, ibu_suri lebih banyak diam. Aku perasan sehari-dua ini aku sedikit lalai dalam memberinya makan ubat mengikut jadual. Dan beberapa kali kemahuannya aku bantah. Semacam ada kejemuan dan rasa tidak bebas di dalam diri.
Entahlah, kekadang aku ini pun satu juga. Mana boleh ada perkataan malas dalam kamus hidup. Hidup mesti sentiasa komited dan sabar! Uuuuuuu…..
13 ulasan:
As-salam..IM
kadang-kadang bila kita terlalu terikat dengan jadual dan rutin, memang akan rasa jemu dan terasa nak bebas sekejap dari jadual tu kan..mcm nak waktu senggang untuk diri sendiri. dimaafkan tuu..tapi tak boleh dibuat selalu..orang sakit memang perasaan nya sensitif...
Kita hanya manusia biasa. Perasaan marah, malas dan yang sewaktu dengannya tidak akan lepas dari mengiringi perjalanan hidup. Cuma, bagaimana cara kita mengawalnya - itu yang penting. :)
saye pun mcm kakcik jugak...
manusia mmg tak boleh lari mempunyai perasaan mcm tu...
kadang2 kite mau lari dari membuat perkara yg sama telah menjadi rutin hidup kite ni..
cume kite perlu sabarrr...
Kakak faham lumrah kehidupan IM. Sama saja selagi kita bergelar manusia ada masa kita malas, rajin dsb.
Kena sabarlah sikit dgn ibu_suri itu....
banyaknya kenangan lama yang masih segar di ingatan IM...
kenangan indah di zaman kita tak perlu memikirkan apa-apa kesan dan akibatnya kan... kita bebas bebuat apa saja, zaman berseronok yang tak mungkin berulang kembali
saya juga rindu kenangan itu
nostalgia betul permainan waktu dulu..tambah lagi satu 'sole' pernah main game ni IM
Nostalgia tu IM...rupanya IM masih ingat memori tu satu prsatu ye....
sbgai manusia biasa mood kita sntiasa brubah2..itu prkara normal...
siti murni,
doakan Allah beri kesabaran yang berkekalan pada IM.
kak cik,
hmmm... IM cuba semua formula itu.
ainoraini,
kekadang sahaja. tapi selalunya IM cuba menjadi insan yang ok.
kak zakie,
macam ombak di laut, ya!
ibuintan,
ada banyak lagi tapi tak tertuliskan.
sud@is,
rugi kerana anak-anak kita tak dapat merasai permainan alam semulajadi ini.
semoga terus sabar dan istiqamah
semoga IM sentiasa kuat dan positif ya.. boleh sy tumpang pada kesabaran IM..
aduh kenapa lar ingatan saya tidak sekuta ingatan abang IM mengenai zaman kanak-kanak di kampung..sungguh saya sudah terlalu banyak terlupa akan kenangan itu.bila balik kampung saya selalu diingatkan semula oleh kawan-kawan...banyak kali.sedih....saya terlalu muda untuk lupa.
Wah header dah bertambah cun tu ... nampaknya IM juga dah mula keratif ni ... i like it ...
Kenangan IM main game tu mengingatkan b3njy zaman kanak2 yang suka main game di kedai ... belanjasekolah kumpul hanya untuk main game pakai baju sekolah .... hahahaha
Kini b3njy rasa macam dapat follow je kesabaran IM pada Ibu-Suri ... sejak kebelakangan ni b3njy banyak bersabar ngan isteri yang suka je membebel ... hahahaha ... rasanya dah terikut rentak IM sikit2 ni .. Terima kasih IM kerana entri2 mu b3njy rasakan sebagai nasihat kepada b3njy agar bersabar kepada isteri ...
Ada satu cerita yang kakpah suka tengok selain man from uncle... The saint dan mission impossible.
Zaman kakpah msih jauh terdahulu dari zaman kamu ye IM.
Catat Ulasan