Sabtu, 7 Mei 2011

Selamat Hari Ibu, Mak!

Aku perasan, Hari Ibu disambut lebih meriah berbanding Hari Bapa. Dan aku pun tak kisah kalau keluargaku tidak menyambut Hari Bapa sepertimana mereka menyambut Hari Ibu dengan membelikan kek seperti sebelum ini.

Selalunya bila aku berjumpa atau menalipon mak, aku akan cium tangan mak dan dakap susuk tubuhnya yang semakin kering. Mak seperti selalu akan bertanya; 

Mak ketika masih kuat selalu ambil tempahan jahit baju dan buat kuih tradisional
"Ape kabo kamu?"

Dan jawapan aku pun standard je. Baik masa tengah hujung bulan, baik tengah serabut dengan odit, baik tengan tension dengan hal-hal keluarga maupun ketika sakit yang orang luar tidak nampak; aku akan jawap; 

"Baik khabar, mak?"

Bagi aku mak adalah orang paling akhir untuk aku mengadu susah. Mak adalah orang terakhir untuk aku melampias keluh kesah. Cukuplah untuk aku membebankan perasaan mak sebelum ini. Mak sudah cukup tua untuk memikirkan puah-paih kehidupan anak-anaknya. Berilah peluang untuk mak berihat. Perjalanan meniti hari-hari tuanya ke satu takdir yang cuma Allah yang mengetahui sudah cukup mendebarkan buat mak. Sepatutnya kitalah yang kini selalu memberi khabar gembira kepadanya. Melontarkan kata-kata yang lembut dan baik ke telinganya. Bertanya khabar dan kesihatannya selalu. Dan melemparkan senyuman manis dan ketawa yang hormat kepadanya.

Berilah mak kita peluang untuk menghirup udara yang bersih dan persekitaran yang kondusif. Sesungguhnya sudah puluhan tahun mak bergelumang dengan jerih perih menungkah badai kehidupan. Letih dan lelah mak jelas terlihat di kulit dan gigi mak.

Mak yang tetap akan datang meraikan apa saja majlis kelolaan anak-anaknya walau dimana pun diadakan sekalipun dengan kepayahan berkerusi roda.

Cukuplah setakat itu buat mak. Biarlah hari ini kita berdikari mengharungi erti hidup ini. Ucaplah Selamat Hari Ibu buat mak. Walaupun sekadar ucapan, aku pasti mak sudah pasti gembira seperti juga aku gembira bilamana melihat ibu_suri dan anak-anak ketawa.

Apa-apapun, esok aku akan balik kampung jumpa mak. Secara kebetulan lansung nak pulangkan semula bekas hantaran kepada adik sekaligus mengedarkan kad jemputan kahwin Angah.

Aku cuma ada mak sahaja. Abah sudah tiada. Masa yang tinggal sedikit ini aku akan guna sebaiknya untuk mak. Aku tidak mahu lagi berasa sesal sepertimana kelalaian aku selalu menziarahi abah di kala aku tengah kalut-malut berdepan dengan ketidakbiasaanku berhadapan dengan kondisi ibu_suri yang mengalami bipolar dis-order akibat angin ahmar! Terkesan aku dengan tulisan blogger SUDAIS bila melawatinya di sini tadi.

18 ulasan:

ahmad humairi berkata...

Ibu_suri?
Di rai??
Moga anak-anak juga sedar.

kakcik berkata...

Kakcik hanya ada bapa dan ibu mertua.

Selamat hari ibu buat ibu_suri. :)

norh berkata...

setuju apa yg IM tulis pasal ibu..

zul permatang badak berkata...

diam sebentar....mengingati pengorbanan......

banyak sangat....tak ternilai.....

ibu.......

SELAMAT HARI IBU.....Sedih ni.....

nyanyisunyi berkata...

bila jadi seorg ibu..baru ay tahu betapa letihnya menjadi seorg mak....

hari ibu..anak2 lelaki tak berapa kisah tp anak perempuan ku....?

samalh seperti IM..sebolehnya sy tak mahu bercerita apa saja mslh pada mak..tk snggup nk susahkan hati mak..biar sy yg susah..cukuplah mak menanggung segalanya dulu..

selamat hari ibu buat ibu-suri

ibundo berkata...

aku masih merindui emak. tidak ada lagi tangannya untuk aku salami. tidak ada lagi pipinya untuk aku ciumi. tidak ada lagi tubuhnya untuk aku rangkuli. Kamu masih bertuah kerana mempunyai emak. kasih sayang ibu tiada sempadan....

abu muaz berkata...

berbaktilah sementara dia masih ada.

hentian berkata...

humairi,
harap anak-anak tahu itu.

kak cik,
syukur, masih berpeluang tu.

morh,
itu semua berdasarkan pengalaman.

zul,
sedih, sedih juga. tapi jgn lupa jenguk ibu.

nyanyi,
betul tu. di kg, adik perempuanlah yang selalu ambil tahu pasal mak.

kakpah,
kata hadis, tanda sayang makayah yang telah pergi, ziarah adik beradik atau rakan-rakan mereka.

abu muaz,
itulah yang sedang IM hambat ni.

siti murni berkata...

selamat hari ibu buat bonda IM dan semua ibu-ibu....semoga mereka sentiasa beroleh kesejahteraan...aminn.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Kasihilah ibumu selagi ia masih hidup. Tidak ada kasih dan cinta yang lebih dari segalanya selain kasih dan cinta seorang ibu untuk anaknya. Ibumu akan berbuat apa saja untuk melindungi dan menolong engkau saat dalam bahaya.

hani@debumelukut berkata...

Siapalah kita tanpa Ibu..Adakah/wujud kah kita tanpa ibu..
Ibu dan bapa, keduanya sama saja,disayangi sampai bila2.

Adinda Amy Sensei berkata...

rasa sedikit sayu bila membaca entri IM kali ni..tp ibu ynng membesarkan sy sejak kecik hingga ke besar ni sudah tiada....alfatihah untuknya...

:(

Sham berkata...

adeh saya pulak suka bebenor cerita masalah kat mak...hu hu...

MulutPayau berkata...

Bila baca tulisan IM..teringat pda mak...kdng2 krna ksibukan Mp lupa pada mak..pdhal mak adalah sgala2nya..

Selamat Hari Ibu utk semua ibu....

S..U..D..@..I..S berkata...

waktu yang ada masih berpeluang IM...senyuman ibu tanda kebahagiaannya

ghost writer berkata...

selamat bertemu ibu kamu abang IM...bersyukurlah mereka masih terlalu dekat dengan kita yang kita bisa saja lawati bila-bila masa.

Yunus Badawi berkata...

Salam IM,

Samalah kita. Cuma hanya ada ibu. Ayah dah lama pergi.

Marilah kita menggembirakan hati ibu sementara dia masih ada.

NzA berkata...

blog IM dh brubah la....

Selamat hari ibu utk ibu_suri n semua kaum ibu.