Sabtu, 25 Jun 2011

Beri Laluan

Udah lah kelmarin aku terlewat setengah jam sampai ke lokasi kerja kerana senak perut sebelum sempat mandi. Semalam pula aku bangun lewat lagi dari sepatutnya. Mujur ibu_suri tidak meminta untuk memandikan dia. Agaknya dia faham yang aku akan bertambah kelewatan jika  permintaannya ditunaikan.

Lewat keluar dari rumah walaupun 5 minit akan menyebabkan aku terpaksa mengharungi kesesakan trafik yang bukan sedikit di pekan Penanti dan Jambatan Pulau Pinang. Dek bimbang akan lewat lagi untuk kali ke 2, aku memecut Kancilku di celah-celah ruang-ruang kosong di antara puluhan kenderaan.

Sebelum ini  aku selalunya akan memperleceh motor-motor kapcai yang sering menyelit di celah-celah kereta di depanku. Tak sayang nyawa, getus hatiku. Gunalah lorong kiri. Nanti kalau kena langgar kan naya!

Tapi rupanya paku dulang paku serpih. Pagi ini giliran aku pula sekejap memotong ke kiri dan kanan kerana mengejar jarum jam yang terus berputar menghampiri waktu

Sebaik saja melepasi Plaza Tol dan mula memasuki jambatan tiba-tiba minda aku terketuk. Ah, rupanya aku pun 2X5 dengan mereka yang menaiki kapcai itu.

Bukankah indah kalau kita berhemah, bersabar dan berlapang dada memberi ruang kepada yang memerlukan laluan? Kalau pun sampai awal cuma mungkin 5 atau 10 minit sahaja!

Foto Hiasan

8 ulasan:

aku HIV positif berkata...

kerana ada ketikanya lalailah kita perlukan Dia menegur kita. kerana ada ketikanya alpa kita perlukan sabahat2 mengingatkan kita. didikan hati dan iman dlm pelbagai cara.

semoga sahabat sentiasa tabah dan diberkati segala urusan.

Areef Ibn Naim berkata...

salam,

sy pun pagi selalu kelam-kabut, selalu gak dh sibuk2 nak pegi keja, time tulah sakit perutlah, itulah inilah, hehehehe...

izman berkata...

saya dah lama tak fikir pasal lewat sebab tinggal sgt dekat dgn opis, dan ada flexibility masa.

cilok2pun merah juga ke punch card?

insan marhaen berkata...

AHP,
Betul lah. Dialah yang telah mengetuk hati IM supaya kembali ke sikap yang sebenar.

Areef,
Ingatkan IM sorang je..he..he..

Izman,
Dulu rumah sewa IM memang dekat dengan ofis tapi beli rumah kat Penang mana mampu. Akhirnya beli kat tanah seberang. Bertahun-tahun memandu, jauh dah rasa dekat.

ku-cit berkata...

tape len kali IM naek motor jela...bole cilok2 jugak...

NzA berkata...

trkdg ada hari2 trtentu kita kelewatan...demi mengejar masa, kita lupa org2 sekeliling....

insan marhaen berkata...

ku-cit,
IM dah bertahun-tahun tak naik motor.

NzA,
Masa itu kita juga terlupa keselamatan kita.

Ali ridha berkata...

Hampir setiap hari bangun lambat je...rasa malu pun ada.harap urusan dunia dapat diselesaikan.