Jumaat, 24 Jun 2011

C.A.T

Sambil memandu balik dari bawa ibu_suri makan tadi terbayang-bayang pula pada surat yang aku terima di petangnya. Bukan sangat kepala surat bercopkan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Tengah itu puncanya. Akan tetapi moto di kaki surat itu yang tertulis;

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS

Setahu aku motto Cekap, Akauntabiliti, Telus atau CAT itu adalah motto Kerajaan Negeri sekarang. Kepala surat pula tertera jata Kerajaan Persekutuan. Senang hati pula aku melihat fenomena ini.

Apa-apa pun, isi surat itu yang lebih menggembirakan kerana permohonan ibu_suri untuk mendapat kad OKU telah berjaya walaupun mulanya aku agak ragu-ragu kerana temuduga yang dilakukan oleh doktor pakar terhadap ibu_suri beberapa bulan lalu seperti sebaliknya. 

Mudahlah nanti ibu_suri menggunakan kemudahan parkir dan bilik air OKU di  Hentian lebuhraya, hospital atau di mana-mana yang sepatutnya. Layak untuk terima kemudahan, kenapa ego untuk tidak merebutnya!

7 ulasan:

ku-cit berkata...

Sory bertanya...ibu suri tu saper ehh??

insan marhaen berkata...

ku-cit,
ibu_suri isteri IM. Dia mengalami minor stroke pada 2007 lansung memberi kesan kepada emosinya yang dikenali sebagai mood dis-order.

hani@debumelukut berkata...

Alhamdullilah. Rezeki lah tu..Semoga IM dan ibu suri sentiasa di rahmati Allah.

Itu Aku berkata...

alhmdllh.
smg sentiasa dirahmati IM dan ibu suri serta keluarga,,,

ibuintan berkata...

syukur... ini akan memberi banyak kemudahan pada ibu-suri

moga IM dan ibu-suri sihat serta ceria di sana

IMANSHAH berkata...

Salam, tahniah ye IM..

insan marhaen berkata...

hani,
Hmm.. Harap rezeki ini dapat diguna seikhlasnya..

IA,
Muga ini adalah Rahmat..bukan ujian!

ibuintan,
Kemudahan yang diharapkan akan memberi kesan baik pada ibu_suri.

IS,
Tkasih...