Rabu, 15 Jun 2011

Corat-Coret Majlis Walimah Firdaus & Ayu...2



RM10 itu masih lagi terdampar di meja tepi katil ibu_suri. Tak berpeluang untuk memasukkannya ke dalam tabung masjid demi memanjangkan sedekah. InsyaAllah, Jumaat ini harapnya.

Tatkala kenduri berlansung ada seorang lelaki berketayap putih dan banyak giginya sudah tiada. Bila aku bertanya umurnya dia jawap:…. lebih seratus tahun! Aku mengangkat kening.

"Wah, kalau gitu awak ni lelaki paling tua di Malaysia!” balasku bersahaja. Firdaus beritahu kebanyakan orang memanggil lelaki ini Mat Salam. Mana tidaknya, kerja dia kalau berjumpa dengan orang asyik bersalam. Kemudian akan bertanya; tinggal di mana? Ooo… Saya kenal dengan si Anu tu… pernah tolong dia buat kerja.

Dia memang selalu berlegar di dewan Kondo Mutiara ini kalau mengikut kata guard. Bila saja ada kenduri dia akan tumpang makan dan tolong buat kerja.

Makannya bukan sekali. Sepanjang yang aku perasan, kenduri walimah Firdaus ini dah 3 kali. Tak kisahlah hatta 10 kali pun. Takkan luak sangat nasi kenduri Firadus ni. Cumanya aku kaget juga, badan sekurus ini boleh diisi dengan 3 pinggan penuh nasi!

Sedari kenduri bermula hinggalah ke saat akhir meja makan pengantin ditanggal dan dimuatkan ke lori, dia begitu rajin buat kerja.

“Saya buat kerja ini kerana Allah, bang!” Beberapa kali ayat itu diulang-ulanginya kepada aku.

"Tu, bungkus telor tu sapa bagi?” Tanyaku bila ternampak beg plastik merah yang dipegangnya.

"Tak tahu bang. Bebudak kat belakang tu bagi.”

Aku agak ini mesti geng katering Habuna Trading yang bagi sebab khabarnya dia rajin menolong mereka membasuh pinggan.

"Ada duit di dalam tu. Jaga elok-elok.” Pesanku sebagai peringatan.

Tanpa aku duga; ….Bang, saya sedekah duit ni kat abang!

"Eh, tak apalah. Kamu ambil duit ni buat beli ayaq. Orang bagi kat kamu.”

"Tak pa, bang. Saya sedekah kat abang.” Berkali-kali dia menyua duit itu dan berkali-kali pula aku cuba menolak. Namun akhirnya aku mengalah bila dia memasukkan duit itu sendiri ke dalam kocek baju batik kuning keemasan aku.

Esok paginya di rumah, Firdaus beritahu;...Ayah tahu tak. Duit RM10 semalam tu Mat Salam bagi kat abah Ayu!

"Laaa… Duit tu dia bagi kat ayah semalam. Duit mana pulak yang dia bagi pada bapa mertua Angah tu?”

6 ulasan:

Ariff Budiman berkata...

Salam
Masyaallah Abu. Meremang bulu roma saya membaca coretan ini. Sungguh ikhlas dia. Bertuah Allah pilih orang macam tu mai kenduri hang.

abuhanifah berkata...

Tau, AH bagitau Firdaus. Bukan musthail kalau Mat Salam ini dimasukkan ke Syurga bulat-bulat kerana keikhlasannya itu.

hrusli61 berkata...

percubaan ke 6

Areef Ibn Naim berkata...

salam,

in sya allah klu kita selalu ikhlas, org pun akan ikhlas kpd kita...

abuhanifah berkata...

rusli,
Akhirnya berjaya juga.

Areef,
Memang seharusnya kita ikhlas pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan pada sesiapa sahaja.

Omaq oTai berkata...

fuh, saudara ariff budiman...
anda kata meremang, dan2 rasa meremang aih..Allah dah hantar org yg
terbaik di tempat yg terbaik buatnya.
Saya rasa saya perasan pakcik ni. Dia ada tolong sua air tatkala saya
tgh mndukung baby smbil pegang nasi. Pabila diucap terima kasih,
berseri2 mukanya. Masya-Allah..
Moga ada saja rezekinya di mana-mana..