Halaman

Isnin, 13 Jun 2011

Corat-Coret Majlis Walimah Firdaus & Ayu

Semalam itu letih? Ya! Puas? Juga Ya! Ada juga yang bertanya: Perasaan? Yang ini aku jawap..... Bercampur-baur!

Ramai tetamu yang datang mengucap tahniah kerana mendapat menantu. Majlis juga nampak lancar, selesa dan teratur. 

Entahlah, aku pun rasa heran kerana boleh mengurus majlis walimah sebesar 1500 jemputan ini selancar ini sedangkan ini kali pertama. Apatah lagi majlis ini adalah jointventure dengan besanku sendiri. Pendekata -  2 in 1.

Kepada tetamu yang tertentu aku menjawap: ada 5 prinsip yang aku pegang kemas semasa merancang majlis ini;

1. Hadapi dengan tenang terhadap apa juga permasaalahan yang datang. Percayalah bahawa ini hanya ujian dari Allah yang ingin melihat sejauhmana kesabaran hambaNya.

2. Berfikir dan bertindak dengan realistik tindakan apa yang perlu dibuat untuk mengatasi permasalahan itu. Tindakan kena cepat dan tepat. Sebaiknya delegate tugasan kepada yang pakar dan ngam dengan kita. Beri kepercayaan kepada mereka dan jangan banyak komplen.

3. Berlapang dada terhadap semua komentar yang datang dan kepada sikap orang yang berurusan dengan kita. Jangan cepat melatah. Amalkan sikap CUSTOMER ALWAYS COMES FIRST kepada mereka yang membantu kita dan kepada tetamu yang hadir.

4. Berdoa dan pasrahlah kepada Allah. Pohon dariNya agar majlis berjalan dengan sempurna dan jika ada ujian yang mendatang hendaknya biarlah yang mampu untuk kita pikuli.

5. Selepas selesai majlis, ucap penghargaan kepada semua yang telah menolong kita. Pujilah hasil kerja mereka dan tunjukkanlah wajah yang manis walaupun mungkin ada diantara kata-kata mereka itu yang mengguris perasaan.

Alhamdulillah, majlis selesai juga dengan elok. Aku adalah yang paling awal tiba di dewan, juga yang paling akhir meninggalkan dewan. Aku beritahu kepada anakku Firdaus, KENDURI dah selesai. Kita tutup buku apa sahaja cerita negatif yang timbul semasa majlis berjalan. Kita buka buku baru yang perlu dilunaskan yakni.....KENDARA!

8 ulasan:

Omaq oTai berkata...

ya betull..
5 prinsip yang semestinya dipegang oleh setiap mereka yg menjalani kehidupan di dunia dengan sehabis baik..
OmOt juga hadir bersama keluarga..Mmg cantik susun-atur majlis..1500 orang ya??ramai juga tu..tapi hasil profesional dari semua pihak, ianya berakhir dengan kepuasan..
Moga usaha KENDARA selepas ni terus dimudahkan oleh Allah SWT..Ameen~

Lawa tngok bunga telur kemarin.....~

abuhanifah berkata...

terima kasih kerana sudi datang. Tak sangka juga walaupun kita sebenarnya baru sangat menjadi sahabat.

Muga di hari-hari mendatang kita akan terus akrab tak kira di alam maya maupun di alam nyata.

Ariff Budiman berkata...

Abu
Sorry tak dapat hadir sebab terpaksa kena standby 24 jam. Tak ada ruang langsung untuk kesana. namur syukur saya ucapkan sebab semuanya berjaya dilaksana. Mungkin ini saya next

Areef Ibn Naim berkata...

salam,

tahniah! tak lama lgi boleh jd atuk ler, hehehe...

sesungguhnya allah mengurniakan kepada kita nikmat utk menguji sejauhmana kita bersyukur n allah menimpakan musibah utk menguji sejauhmana kita bersabar...

abuhanifah berkata...

Ariff Budiman,
Tu la... WN dok tanya jugak semalam. Nak berpasangan untuk jadi deejay.


Areef,
Betul tu. Harap AH telah lulus ujian itu untuk kali ini dan seterusnya juga..ameen..

kakpah berkata...

alhamdulillah.. selesai sudah. Semuga ikatan perkahwinan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

abuhanifah berkata...

Memang begitulah yang AH harapkan. Muga kekal dengan anak yang ramai...

iBu...gUru berkata...

tahniah dah dapat menantu ....... taun depan dpt cucu plak