Halaman

Rabu, 29 Jun 2011

Hati Oh Hati!

Mungkin menipu orang lain itu kita boleh. Yang ditipu mungkin tidak tahu dia tertipu. Tapi bolehkah hati kita menipu diri kita sendiri?

Aku selalu mengatakan pada anak maupun rakan-rakan bahawa hati besar boleh menipu dirinya tetapi tidak kepada hati kecil. Hati kecil selalunya akan membisikkan kata-kata yang benar kepada diri kita. Cumanya, keEGOan yang tebal menyebabkan diri kita tak mahu mengaku kebenaran kata-kata dari hati kecil. Hati besar kita mengatakan bahawa kita seorang yang open minded. Sedia ditegur dan menerima teguran. Akan tetapi apabila kita benar-benar di tegur, kita cuba menangkis setiap teguran itu dengan pelbagai nas. Sedangkan sebenarnya jauh di lubuk, hati kecil kita tidak menafikan teguran sahabat kita itu adalah benar.

Sejak Jun 12, blog baruku Hentian… siap dibina. Kononnya ingin keluar dari imej sedih-sedih kepada imej gembira. Ingin membuang perspektif  pembaca yang aku kira agak negatif terhadap aku di insan marhaen. Hati besar aku selalu rasa gembira dan berusaha keras mengelokkan profail blog Hentian... Akan tetapi…..ahhh!

Bila sendirian memandu, bila sendirian di ‘bilik termenung’ aku seperti dipanggil-panggil oleh blog lamaku insan marhaen. Aku seperti kehilangan rakan-rakan maya, seperti kehilangan catatan kenangan, seperti bersikap kacang melupakan kulit. Blog insan marhaen adalah tempat aku mencurahkan seluruh isihati bila di dalam kekecamukan dan keresahan. Namun bila keadaan sudah agak cerah dengan sinar matahari pagi, aku cuba meninggalkan ia begitu sahaja.

Rupanya aku lebih senang dengan blog insan marhaen. Dengan konsep penulisan aku sendiri. Tanpa ada hipokrasi dan egoistik. Aku harap rakan followerku yang dahulu akan datang follow blogku kembali disamping mendapat follower yang baru. Blog insan marhaen ini masih mempunyai konsep yang lama cuma alamat linknya sahaja yang baru untuk mengelakkan dari setiap entrinya terpapar di facebook aku yang membuatkan semua orang boleh membaca tanpa batas.

18 ulasan:

aku HIV positif berkata...

jujur pada diri sendiri adalah yg terbaik namun bertindak tpaksa mengikut priority.
mengundur bkn bmakna mengalah,
ketawa bkn bererti bergembira,
menangis tidak semestinya bduka.

sy jge tpaksa abaikan sebuah blog lama w/pun di hati amat rindukan kemeriahan teman2 lama yg sgt setia. sy simpan segala kenangan manis sbaik2nya demi sebuah perjuangan.

ibuintan berkata...

tiada apa yg negetif tentang blog lama tu, sayang juga IM telah menutupnya

kita boleh mengubah semula setting di fb supaya entri diblog kita tidak terpapar di fb, saya pernah buat dulu... saya jga tdk suka entri diblog saya terpapar di fb

Ariff Budiman berkata...

Salam IM
Sebenarnya dalam dunia yang sementara ini kita tidak dapat lari dari perasaan sedih dan gembira. Ada ketikanya ianya berubah-ubah. Teruskan menulis mengikut gerak rasa kita. Jangan kita melarikan diri dari kesedihan. Kita kena hadapi dan dengan cara penulisan dan bukan untuk membuka pekung kita sendiri. Semoga IM terus istiqamah. Sahabatmu WN

ibundo berkata...

salam IM,
kakpah suka baca kedua-duanya. Mempunyai cara penceritaan yang tersendiri.

Mario berkata...

ye betul tu bro...menulis mengikut rasa sendiri lbh puas...

insan marhaen berkata...

AHP,
kekadang kita terpaksa tinggalkan yang disayangi bukan kerana benci tapi kerana ada yang lebih utama perlu di dahului.

ibuintan,
kalau perasan, semua artikel dari blog lama IM pindahkan ke blog baru. IM dapat belajar sesuatu dari perpindahan ini.

Budiman,
kita memang penulis berdasarkan pengalaman sebenar. kita tak pandai nak berimiginasi untuk sebuh novel.

kakpah,
realitinya ke2-2 konsep penulisan IM sama. IM tidak boleh lari dari kenyataan ini.

Mario,
betul tu. menulis untuk kepuasan diri. kemudian barulah untuk perkongsian kepada orang lain.

NzA berkata...

knapa kita perlu lari dr realiti....yg pnting apa yg trtulis adalah luahan hati kita..sekurg2nya jadi tmpt brkongsi pngalaman dgn rakan2...

hani@debumelukut berkata...

IM, be yourself.

IMANSHAH berkata...

XPERASAN LAH im ADA BLOG BARU..SAYA FOLLOW

yusri berkata...

blog kita cara kita..catatan ini adalah harta yang bernilai pada suatu masa nanti...

Citarasa Rinduan berkata...

IM..
MASA Im singgah ke blog ayu... tak silap sabtu lepas.. ayu terus promote kat kawan2.....

moga blog baru nie. kekal sperti dahulu.. dgn cerita ibu suri yang sebati dgn kehidupan IM

insan marhaen berkata...

NzA,
Begitulah harapan IM muga tulisan dari insan marhaen ini dapat menjadi tauladan.

hani,
be myself tetapi kekadang terikut otherself..

imanshah,
tengkiu sebab masih sudi follow..

yusri,
ya tu. muga anak cucu IM akan baca bila IM dah tiada.

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum...

semoga sdra terus berkarya lagi di alam maya nie..saya takl berkesempatan kenal blog yang lama trus je kenal blog yang baru ini

Kakzakie berkata...

Entah mengapa kakak nekad klik blog Insan Marhaen dgn tujuan nak tanya mengapa sunyi sepi. Baru kakak tahu kakak yg tertinggal IM dah buat blog baru.

Alhamdulillah masih boleh bertemu di alam maya lagilah kita. Moga partner IM ibu_suri pun diberikan kekuatan dan kesihatan yg terbaik.

Areef Ibn Naim berkata...

salam IM aka AH,

bg sy, sepatutnya IM terus menulis di IM... w/pun setiap butir yg IM tulis tu kbykannya bisa memanah hati n perasaan bg IM, tp hakikatnya ia byk memberi pengajaran kpd mrk yg lain...

insan marhaen berkata...

sahromnasrudin,
insyaAllah, menulis adalah kegemaran IM sejak remaja.

Kakzakie,
itulah yang IM cuma jagai - kesihatan ibu_suri.

Areef,
Memang IM harap tulisan IM memberi impak positif pada yang membaca.

ku-cit berkata...

sy baru je follow blog IM ni...blog lama sy xsempat nak kenal...sy mmg suka baca blog ni sbb byk panduan & pedoman dr cerita IM yg bole sy dpt...

S..U..D..@..I..S berkata...

patutlah sllu ketinggalan n3 IM
cuma boleh layari bila ada link petak komen kawan2