Halaman

Khamis, 30 Jun 2011

Masih Kepeningan...3

Sekiranya Allah hendak renggut nikmat yang kita miliki selama ini hanya dalam masa sedetik sahaja. Tidak susah bagi Dia. Cuma hanya dengan kata-kata - Kun, maka jadilah seperti kehendakNya.

Hari Sabtu lalu aku menghantar Kancilku ke Perodua untuk simple servicing. Itupun memakan kos RM160. Kemudian aku hantar pula ke kedai tayar Asia di Penanti. Perlu gantikan tayar hadapan yang sudah botak dan membuat penjajaran. Itu pula memakan RM240. Bermakna kesemua itu berjumlah RM500.

Ahad pagi aku pulang ke kampung bersama ibu_suri dengan hasrat menziarahi emak. Aku dapat rasakan memang mak menanti kepulangan kami berdua sejak majlis walimah Angah. Aku cuba untuk duduk lama dengan mak dan balik hanya selepas Maghrib ditunaikan.

Manalah tahu. Hanya tidak sampai 10km sahaja lagi untuk sampai ke rumah, tiba-tiba kemalangan. RM500 yang dikeluarkan untuk penyelenggaraan kereta itu sebelum itu lesap dalam masa kurang 48 jam. Digantikan pula dengan kos baikpulih akibat kemalangan yang mungkin mencecah RM10 ribu. Itupun jika pihak insuran Maybank ETIQA tidak mengisytiharkannya sebagai total loss.

Aku sepatutnya bersyukur. Kecederaan teruk hanya pada kereta yang boleh dibaikpulih. Kejadian ini juga membuatkan aku tersedar. Kembali membuat penjajaran terhadap laluan perjalanan hidup. Aku tahu, aku masih banyak dosa dengan Tuhan!

( Kalau pergi ke Perodua di Auto City, boleh lihat Kancil ibu_suri - PHF 1407 di parkir, sebelah kanan pintu masuk. Masih dalam proses kelulusan insuran. )

12 ulasan:

ku-cit berkata...

tiap apa yg berlaku tu ada hikmahnya...cuma cepat atau lambat aje kt baru tau kan...

zul permatang badak berkata...

Bersabar.....hadapi setiap dugaan...
susah senang adalah ujian.....

bearcat berkata...

Kesian IM.....harap terus bersabar dengan dugaan yang mendatang.

Allah memang sayangkan IM. Sentiasa diduganya dalam apa jua keadaan.

sahromnasrudin berkata...

setiap kejadian itu banyak hikmah yang kita tidak sedari...

aku HIV positif berkata...

"Kembali membuat penjajaran terhadap laluan perjalanan hidup. Aku tahu, aku masih banyak dosa dengan Tuhan!"

mahal harga ayat ni.

Bapak berkata...

ya Allah..alhamdulillah semua nyawa terselamat..

insan marhaen berkata...

ku-cit,
Hikmahnya ialah kita sedar kita ini rapuh..

zul,
Memang insiden ini menguji kesabaran IM yang baru je senang bernafas.

bearcat,
harap-harap Allah masih sudi pandang wajah IM

sahrom,
kata-kata itulah yang membujuk hati IM.

AHP,
Itu yang sebenarnya IM rasai ketika kejadian itu.

Bapak,
Memang. Ramai orang berkata begitu. IM dan ibu_suri sebenarnya masih bernasib baik!

yusri berkata...

itulah dugaan hidup yang tak di sangka dari sekecil kecil dugaan hingga paling besar..

S..U..D..@..I..S berkata...

boleh layari n3 Im bila ada link di referral

insan marhaen berkata...

yusri,
ya.. dugaan ini kalau nak dikira masih kecil berbanding dugaan yang dihadapi oleh AHP, kan!

sud@is,
hmm....

NzA berkata...

MPV sy pn buat hal sejak2 sy brura2 nk tukar yg lain...merajuk agaknya.....

insan marhaen berkata...

Nza,
Wira IM still ok walaupun dah lebih 10 tahun..