Aku perlu menerima hakikat bahawa satu hari nanti aku akan kehilangan penguasaan terhadap anak-anakku sendiri. Mereka akan sibuk mengemudi bahtera hidup mereka sendiri dan aku tidak layak untuk campur tangan.
Bila aku memandang wajah mak tatkala balik ke kampung bebaru ini barulah aku mengerti akan kesepian hidup sebagai orang tua. Hendaknya pula kesepian itu terpaksa mak aku tanggung seorang diri kerana abah sudah lama pergi.
Aku masih beruntung rupanya. Pasangan hidupku masih ada di sisiku sebagai teman berbicara dan bergurau senda walaupun serinya seakan-akan hilang tanpa suara nakal anak-anak.
Aku masih beruntung kerana punya kengkawan di tempat kerja atau kengkawan bila melibatkan diri dengan usrah dan program amal IKRAM. Tapi ibu_suri? Yang sejak menghidap sindrom mood dis-order ini asyik terperap di rumah menanti aku balik kerja di setiap hujung hari.
Namun setidak-tidaknya ibu_suri masih perlu bersyukur juga kerana masih ada aku yang setakat hari ini masih ikhlas menjaga dan ambil peduli tentang makanpakai dan keluhkesahnya. Masih belum ada niat walau setitik pun untuk meninggalkan dia begitu sahaja.
20 ulasan:
Alhamdulillah...cuma kita saja kadang-kadang terleka....gemar membandingkan manusia yang lebih segalanya dengan diri yang kurang itu ini.
Walhal nikmat yang Allah kurniakan terlalu banyak....kita saja selalu terlepas pandang.
baru bangun ke tak tidur lagi ni...
IM, jgn duk fikir byk sangat..let time decides..
Semoga IM terus tabah mnghadapi segalanya....BERSYUKUR krna kita masih punya kawan dan orang skliling yg menyayangi dan mngmbil berat tntang kita...
salam IM,
yer, hidup ini indah jika sentiasa berteman... terasa sepi bila keseorangan...
moga IM dan ibu suri tabah selalu. pengorbanan IM adalah tanda kasih syg sejati. yg xlapuk dek hari. moga berlipat kali ganda ganjaran di sisiNya.
bearcat,
Ya.. nikmat Allah umpama air hujan yang turun tanpa henti.
hani,
Ha..Ha.. Masa menulis n3 tersebut memang IM masih belum tidur.
MulutPayau,
Lantaran itu IM selalu nasihat Angah supaya menghargai mereka yang berada di sekeliling kita kerana mereka itu amat diperlukan kita.
Areef,
Justreu itu carilah teman yang terbaik untuk mengisi kehidupan kita. Ehem...
AHP,
Muga kita sesama diganjari Allah.
hidup umpama roda n keadaan itu yg tlh dilalui oleh ibu bapa kita.......yg pnting kasih syg yg terus mekar dihati anak2....
yela bro IM...kadang2 rasa mcm cepat je kan anak2 membesar...
harap Bro terus tabah..
Assalamualaikum IM,
Semoga IM dan ibu suri sihat.
Kita suami isteri ibarat aur dengan tebing. Saling perlu memerlukan. Hidup berkasih sayang.
NzA,
Seperti emak IM juga kini yang IM pasti dia kesepian. Khabarnya dia selalu menangis setiap kali berdoa pada Tuhan lepas sembahyang.
Mario,
Memang terasa cepat sungguh mereka besar dan hidup sendiri.
Kunang-Kunang,
Hakikat hidup di dunia beginilah.
Itulah hakikat kehidupan, susah senang silih berganti. Kekadang kemarau kekadang hujan. Yang penting kita masih boleh bersyukur diberi izin menumpang seketika cuma.
Semoga Allah mempermudahkan dikau dan aku mengharunginya.
Kunjungilah blog baruku
http://warnanostalgia.blogspot.com/
assalam..
itulah cerita kita dlm kehidupan.. biar mcmnapun Allah ttp beri kelebihan dr sudut lain.. wlau kita berseorangan pun kita hrus berfikir yg positif.. life must go on (ececeh :D speaking lak)
hrusli,
syukur, memang tersangat syukur.
Budiman,
tahniah. jangan bimbang. mesti berkunjung jika bermasa.
maiyah,
life goes on. macam moto air mineral Cactus pulak!
bykla pengalaman idup IM ni...
IM ni umo berapa eh???
lumrah kehidupan IM, kekadang ada sepuluh anak pun, bila tua kita bersendirian juga sebab anak2 pun ada kehidupan masing2
moga ibu-suri sihat
Salam IM. Lama tak jenguk tuan rumah. Moga sihat selalu hendaknya...
ku-cit,
IM dah letakkan profail IM. Boleh lihat-lihat nanti.
ibuintan,
ibu_suri sihat. cuma selalu mengeluh kerana kesunyian. nak buat camna?
Aida Ali,
Tkasih kerana sudi juga cari rumah baru IM>
sesungguhnya pasangan kita adalah pelengkap bagi kehidupan kita..melengkapi apa yang telah terlerai
sahromnasrudin,
Itulah nikmat yang Tuhan berikan buat kita di dunia ini.
Catat Ulasan