Halaman

Rabu, 6 Julai 2011

Baqarah, 30

Malam ini Halaqah di adakan di rumah rakan bloggerku Habuna Trading yang tinggal tidak jauh dari sini.. Ini adalah program mingguan yang wajib untuk aku sertai demi memantapkan diriku sebagai individu mukmin.

Kami mengupas surah Al Baqarah ayat 30;





Bermaksud;

" Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. "

Besarnya tanggungjawap kita selaku Khalifah di muka bumi ini. Kita di amanahkan untuk menjaga keamanan dan keharmonian bukan sahaja sesama manusia malah ke atas tumbuhan, haiwan dan gunung ganang. Sedangkan tabi'i kita hanyalah suka bermusuhan dan menumpah darah.

Kau dan aku tergolong dalam kelompok manusia yang bagaimana agaknya, ya?

11 ulasan:

Kakzakie berkata...

Selagi kita hidup ada tanggung-jawab yg kita kena pikul dan lunaskan. Sementara masih dipinjam ini IM kita lakukan apa yang termampu...

aku HIV positif berkata...

IM,
seorang ulama' pernah berkata kepada saya:
apabila kita tarah bukit dan gunung, bukit dan gunung membatu.
apabila kita teroka dan cemari lautan terbentang,
lautan akur walaupun penuh penderitaan,
kita nikmati hasil tumbuh-tumbuhan dan haiwan ternakan, tiada yang memberontak dan tunjuk perasaan.
meluncur ke angkasa tiada siapa yang menghalang.
semuanya kerana kita adalah khalifah.
alam mengakuinya dan akhirnya tangan2cuai dan tidak amanah kita sendiri yang menghancurkan kita.
alangkah kejamnya kita jika sebagai khalifah tanpa iman!

Mario berkata...

yup...betul tu...
errr...tiba2 rasa malu pd diri sendiri dgn soklan tu...

insan_marhaen berkata...

kakzakie,
Ya.. Allah tidak tanya samada kita berjaya atau tidak. Allah hanya bertanya samada kita dah berusaha atau belum.

AHP,
Ya.. Selaku Khalifah kita perlu isi dan perbetul diri kita dahulu dan seiring itu kita berdakwah kepada orang lain. jangan nafsi-nafsi..

Mario,
Malu pada diri sendiri itu menunjukkan jiwa kita halus dan sedia untuk menerima teguran. Tahniah! Bukan semua orang mempunyai jiwa begini.

NzA berkata...

sama2lh kita menuju ke arah kebaikan...

ibuintan berkata...

tangan2 rakus dan tidak amanah inilah yg menyakitkan bumi kita sekarang .... kejamnya

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM,

Dengan kemusnahan dunia sekarang, nampaknya apa yang malaikat risaukan dah mula terjadi sedikit demi sedikit.

izman berkata...

sesungguhnya Allah maha mengetahui akan apa yang diciptaNya.

insan_marhaen berkata...

NzA,
Kita mulakan dari sekarang. Jangan tunggu lagi. Laksanakan dari sudut mana yang kita mahir dan mampu.

ibuintan,
Tugas kita yang sedar inilah untuk memperbetulkannya. Jangan hanya menjadi pemerhati.

Kunang-Kunang,
Allah lebih mengetahui apa yang dilakukannya. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini.

Izman,
Betul tu..

hani@debumelukut berkata...

Kata kata 'aku HIV positif' tu amat bermakna dan dalam maksud nya..setuju sgt2

sahromnasrudin berkata...

semoga diri semua kita segera diBERSIHkan kerana kitalah yang memulakan kekotoran itu dan kita juga yang harus membersihkannya