Halaman

Jumaat, 8 Julai 2011

Nasi Lemak Kukus

Aku selalu bawa ibu_suri makan di JOM PEKENA NASI LEMAK KUKUS, tak jauh dari Restoran BIB, Kulim. Sambalnya memang sedap. Selalunya ibu_suri akan ambil kerang dan sardin. Aku pula apa-apa pun ok, tak kose nak banyak ragam.

Tapi semalam kami diberitahu restoran ini akan berpindah ke Jalan Putra, di belakang Bank Muamalat. Yang best di sini ialah layanan mesra pengurus kedai dan pelayannya. Manis senyum mereka membuatkan aku tidak kekok bila membawa ibu_suri. Maklumlah, ibu_suri ini agak banyak serongeh. Tanya nak minum air apa, agak seminit dua juga baru terpacul dari mulutnya... milo ais. Itupun, kekadang aku heh..heh..heh.. juga bila dia persoalkan semula tatkala milo ais dah sampai ke meja;

"I bukan mintak teh ais?"

Aku akui akan tulisan oleh AHP di sini. Hanya mereka yang melaluinya dengan sabar sahaja akan mengerti hakikat perlunya insan instimewa seperti ibu_suri ini dihargai dan dijagai sebaiknya. Ini adalah amanah Allah yang tinggi maharnya!


kamus:
serongeh - ragam;  tak kose - tak mahu

9 ulasan:

kakcik berkata...

Hanya mereka yang melalui apa yang IM tempuhi ini yang akan mengerti - pahit manis serta getir geruhnya hati seorang suami.

Kakzakie berkata...

Kuat sungguh semangat IM sebagaimana AHP. Kakak juga mengikuti perjalanan hidupnya yg gigih dlm melayari hidup. Dari sini IM dapat bandingkan betapa IM di uji ada insan lain lagi hebat ujiannya...

aku HIV positif berkata...

teringat satu kisah di court.
hakim tanya, kenapa kamu nak kahwin lagi sorang sdgkan isteri masih sihat dan mampu menunaikan keperluan kamu?

sy jawab, sebab itu halal dan saya mampu. sbb dia sihatlah sy nak kahwin lagi satu. kalau dia sakit, takkan sy nak kawin lain!

hakim diam!

alhamdulillah kerana tercabar utk mbuktikan bahawa poligami adalah satu sunnah yg indah, kami (bukan saya seorang) bjaya melayarinya dgn indah tanpa bermegah2 atau gundah gelana.

insan_marhaen berkata...

kakcik,
Doakan IM agar terus tabah, ya!

kakzakie,
Memang rupanya ada insan lain yang lebih berat ujiannya dari IM.

AHP,
Ehem...ehem...

ibuintan berkata...

ujian Allah datang dalam berbagai bentuk dan cara... dan IM di uji dengan kesihatan ibu-suri

memang benar tinggi maharnya tu

AHP juga diuji dengan ujian yg tak kurang beratnya.. kalian berdua insan hebat

NzA berkata...

blog IM makin berseri2 la..

Bertuah ibu suri memiliki seorg suami yg penyabar...Allah Maha mengetahui krn menguji IM sebegini krn IM mmg seorg suami yg penyabar.....

MulutPayau berkata...

semoga IM terus tabah dan sabar....

insan_marhaen berkata...

ibuintan,
Kita semua insan hebat. Cuma yang mana lebih hebat di sisi Tuhan, terpulang pada amal kita..

NzA,
Muga-muga kesabaran ini berpanjangan dan memberi inspirasi kepada lain orang.

MulutPayau,
Sabar lah ni..hu..hu..

Citarasa Rinduan berkata...

selamat tengahari Im
lama ayu tak singgah,..
maka dah lama tak ikut perkembangan ibusuri..

syukur... begitu tabah hati seorang lelaki yang bernama IM.. TAHNIAH