Sabtu, 9 Julai 2011

Potensi Anak Muda

memori semasa hadir di demo GMI dulu.

Aku mengikuti perkembangan terkini dari laman sosial twitter di sini. Terasa ralat kerana tidak dapat ikut serta. Rasa terujanya bila mengenang hebatnya mereka mempertaruhkan keselamatan diri semata-mata ingin melihat keadilan dan kesaksamaan dipertegakkan. Boleh saksikan semangat mereka di sini.

Potensi diri anak-anak muda jika dipupuk, dicanai dan digembeling ke arah kebaikan memang menepati kata-kata oleh Bung Karno ini:

“Berikan aku 1000 orang tua, niscaya akan kucabut semeru dari akarnya, berikan aku 1 pemuda, niscaya akan kuguncangkan dunia”.

Syabas buat anak-anak muda yang kini memahami erti realiti perjuangan yang sebenar. Bukaan sekadar makan di KFC dan berborak tentang keamanan dan keadilan di depan komputer. Biarlah apa orang lain kata apa. Mereka tidak pernah turun merasai denyut nadi jalan raya selain hanya berdebat santai di depan tv cuma.

3 ulasan:

aku HIV positif berkata...

sokong BERSIH!

Yusri berkata...

rasa meremang bulu roma bila tengok ramai yang datang walau banyak block di sana sini...perancangan Allah lebih baik dari segalanya...dan tahniah atas kejayaan mengalahkan polis yang gagal menyekat orang ramai dari datang..puas hati!!!

Sham berkata...

HIDUP RAKYAT...!!!