Halaman

Ahad, 10 Julai 2011

Gulai Taucu

Beria-ia ibu_suri mahukan menantunya - Ayu, memasak gulai Taucu ikan, esok. Ah, sekilas ikan di air. Aku dapat merasakan masih terlalu banyak yang dia perlu pelajari sebagai seorang isteri.

"I boleh ajar dia masak. Tak usah risau." Hmm... Yelah tu!

Aku pun ke pasar basah Penanti. Dah lama aku tak ke sini. Semakin ramai orang yang berniaga makan di gerai tepi parkir. Ramai juga yang berniaga baju dan barangan plastik. 

Ya... Aku perasan, semakin ramai orang berniaga sekarang. Kalau setakat nak makan di kawasan Penanti ini, boleh dikatakan 24 jam tak perlu jauh-jauh mencari. Ini adalah indikator yang menunjukkan bahawa pembiayaan untuk terus hidup semakin meningkat. Makanya, usaha tambahan mencari pendapatan perlu digandakan.

Aku belek-belek akhbar Harakah. Ah, tidak ada pula berita-berita terkini tentang BERSIH semalam. Aku sebenarnya semakin kurang berselera membeli Harakah. Beritanya selalu out dated. Kemudian, hampir 75% muka suratnya mencecer tentang isu yang sama.

Teringat akhbar Sinar Harian yang lebih nuteral pemberitaannya. Huish... Hampir 4 kedai yang aku singgah kehabisan stok walaupun jam belum pun 12 tenghari. Akhbar Metro, Kosmo apatah lagi Mingguan Malaysia masih menimbun!

15 ulasan:

NzA berkata...

sy dulu pn belajar memasak masakan Jawa dr arwah bapa mertua.....

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum

Macamana nak dapatkan berita yang 'up to date'kalau harakah hanya dibenarkan diterbitkan 2 kali sebulah?

P/S:Sebelum ini hanya 'pembaca senyap' :)

al-lavendari berkata...

memang kos sara hidup semakit tinggi sekarang .. nampaknya kena tanam sayur belakang rumah utk kurangkan belanja dapur !

siti murni berkata...

Ada jugak baca Sinar Harian.

Pekan Penanti tu banyak jugak kedai best2...cuma saya ni tak berapa arif kat situ..jarang lalu..

aku HIV positif berkata...

sedap ikan masak taucu tu. takpelah, biarlah dia pelan2 blajar.
stuju pendapat IM psl harakah tu. nak tak nak kita terpaksa bgantung kpd media alternatif seperti CNN, aljazeera dan websites tertentu.
itu kita, yg tak ada kemudahan macamana? silap2 boleh hanyut sama dlm longkang

insan_marhaen berkata...

NzA,
Ibu_suri pun belajar masak nasi tomato berskala besar dari Mak Cik Normah yang pernah menjaga anak-anak kami semasa ibu_suri masih kerja.

Ros Illiyyuum,
Memang, itulah antara kekangan media alternatif yang terpaksa diharungi.

Al Lavendari,
Belakang rumah IM adalah 'lorong tikus'. Depan rumah IM je ibu_suri sempat tanam pokok bunga dan pokok herba yang IM sendiri tak tahu namanya.

siti murni,
Pekan Penanti dah ada kedai-kedai baru. Tak lama lagi kedai lama tu kena reban la.. Beberapa kedai di situ di monopoli oleh satu taukeh saja...

AHP,
Masuk dalam longkang tak pe lagi. Jangan masuk dalam 'lubang biawak' dah la..

MulutPayau berkata...

saya pun tak pernah masak dan makan gulai taucu ikan...tentu sedapkan..

p/s...suka ngan Sinar Harian..

ibuintan berkata...

suami hari2 beli Sinar Harian saja, tiada yg lain... yg lain2 baca online

saya suka ikan tenggiri goreng taucu

ibuintan berkata...

IM... wah, hari2 ke tukar header?

insan_marhaen berkata...

MulutPayau,
Erkss.. Macam tak caya pulak. Kan gulai Taucu itu masakan biasa rakyat Malaysia. Rugila..

ibuintan,
Hik..Hik.. dah kata dah. Mesti ada blogger yang tegur dengan header IM nih!

Ntahlah, IM ni cepat jeles dengan template blog orang lain yang cun tapi tidak pulak dengan blog IM..

sahromnasrudin berkata...

saya suka sinar harian..mmg betul2 neutral la..terbaek sinar harian nie

Ariff Budiman berkata...

Salam. Ibu suri teringin lah tu nak makan masakan menantu. selalunya kerap IM yang tolong masak. kali ini dia nak ubah selera

insan_marhaen berkata...

sahromnasrudin,
Sebab itu jualannya meningkat. Harga pun murah je..

Budiman,
IM relaks sikitlah. Ada meanantu boleh tolong-tolong.

Citarasa Rinduan berkata...

IM--
harap ayu lama2 pandai memasak ya
(sama dgn namaku rupanya menantu IM)
heheheh

ayu nak kata ni...lagu dlm blog IM.. adalah lagu kegemaran ayu..
dan.. still tukar header baru lagi ya..
hehehhehe

hani@debumelukut berkata...

Saya banyak belajar dari ibu mertua.sekarang saya pun bergelar ibu mertua dan sentiasa menjadi rujukan menantu..tak rugi ilmu yg di manafaatkan.