Selasa, 28 Jun 2011

Masih Kepeningan...2

Sekitar tubuh terutama bahagian kanan semakin terasa sengal. Terutama kepala yang berdenyut bak orang demam panas.

Tidak mengapa juga kalau begitu adalah aku. Tapi ibu_suri yang juga mengalaminya lebih aku bimbangi. Sudahlah dia memang separa normal ditambah dengan kesakitan yang sebegini. Dia kerap merasa pilu kerana Kancil yang dia beli melalui titikpeluhnya sebagai guru tadika dan tuisyen dahulu kini remuk. Agaknya seserius mana remuknya kereta itu begitulah remuknya hati ibu_suri. Cuma dia tak bisa meluahkankannya selain dari airmata. Aku membujuknya dengan menyuruhnya bersyukur kerana tubuh badan kami tidak seremuk Kancil itu. Malah masih boleh makan, berjalan dan mandi manda walaupun kekadang melelong juga.

Wira yang aku beli demi keluarga
Trauma kemalangan Ahad lalu membuatkan aku fobia bila memandu kereta Wira yang Angah pinjamkan pada aku. Biarlah Angah bawa motor sementara ni, katanya. Aku menjadi terlalu amat berhati-hati terutama bila melihat motor yang menyelit di celah aku.

Namun sesekali aku bimbang juga kerana isterinya -  Ayu dah mula loya-loya. Selalu aku menasihati supaya hati-hati membawa motor. Kalau tidak kerana ibu_suri yang mahu dibawa bersiar-siar di waktu malam, aku lebih rela duduk di rumah supaya Angah boleh menjemput Ayu pulang dari kerja dengan Wira.

Rapuhnya diri kita ini bak sebiji gelas. Jatuh sahaja ke lantai akan pecah berderai. Kereta kalau rosak ada spare part untuk diganti. Tapi kalau badan kita rosak? Begitu kata-kataku membujuk ibu_suri. Agaknya Tuhan 'masih pandang' pada kita. Justeru itu dia selalu uji kita supaya ingat padaNya!

12 ulasan:

aku HIV positif berkata...

tersentuh,
sabarlah kerana dia yg maha mengetahui atas setiap sesuatu.

Ariff Budiman berkata...

Tak lama lagi IM nak dapat cucu ler. Agak saja

pB berkata...

moga cepat cepat pulih

S..U..D..@..I..S berkata...

sedikit ujian tp syukur masih selamt
1st time sampai blog ni

ibuintan berkata...

badan masih sakit2 tu sebab hentakan ke IM?

mesti ibu-suri terperanjat sangat tu, insyaallah moga cepat kebahnya

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum ...

trime kasih kerana berkunjung, folo dan beri komen di blog saya..

semua kunjungan sdra amat-amat sy hargai...

semoga berkunjung semula dan menjadilan ikatan ukhwah sesama blogger kan semakin erat lagi

MulutPayau berkata...

IM...betulkan...DIA uji kita supaya kita ingat padaNYA.....

Mak Su berkata...

looking forward utk melihat hal-ehwal secara positif. caiyuk caiyuk IM.

IM apa kabar?

insan marhaen berkata...

AHP,
Betul tu. Kita hanya hambaNya.

Budiman,
Tilikan ente memang klas.

pB,
Masih pening-pening. Tapi ronda tetap ronda, kata ibu_suri.

sud@is,
memang IM tunggu sud@is singgah di sini. dah link blog..

ibuintan,
Ya.. IM terhentak ke pintu kana. ibu_suri pula ke cermin depan.

sahromnasrudin,
dah link blog ke sini. muga kana selalu dapat ziarah bila ada n3
terbaru.

MulutPayau,
Harapnya begitu. Bukan diujinya kerana Dia bencikan kita.

MakSu,
looking fwd your comments too..

Areef Ibn Naim berkata...

salam,

alhamdulillah AH n ibu suri tk apa2... bila di jlnry ni, kita mmg hanya mampu bertawakal... yelah, kdg kita dh drive elok jer, tp org lain lak yg menjd punca... mg allah permudahkan sglnya...

NzA berkata...

hati seorg wanita yg penuh dgn sentimental value.....

insan marhaen berkata...

areef,
memang benar kata pepatah; malang itu tidak berbau.

NzA,
benar. malah bila dah berusia begini, kenangan lalu menjadi teman penghibur..