Rabu, 22 Jun 2011

Sepatutnya Aku, Bukan Mak!

Selesai sudah sibuk dan tension dalam menyempurnakan tanggungjawap terakhirku sebagai bapa mengahwinkan anakku – Firdaus. Kemudian, perhatianku di fokuskan pula kepada audit dalaman (IQA) di tempat kerja.

Ditakdirkan Tuhan, kedua-dua ujian ini datang di masa yang hampir serentak. Nasib baik juga aku bijak menggunakan switch board di dalam otak aku ni. Bila di ofis, aku buka suis ofis dan tutup suis rumah. Bila di rumah pula, aku buka suis rumah dan tutup suis ofis. Jika tidak bijak begitu mau sawan aku dibuatnya dek tekanan yang bukan kepalang.

Sesambil itu aku sibuk pula mengemas rumah dan menghantar semula perlatan yang aku pinjam dari rakan dan saudara mara. Sibuk juga membayar saki baki bayaran sewaan dan barang belian serta upahan pada mereka yang berkenaan.

Tiba-tiba semalam, talipon aku bergetar. Terpandang sahaja nama emak aku terpapar di skrin talipon aku menggetus; Arghh… Terlupa pulak nak talipon mak!

Aku menekan punat warna hijau itu dengan penuh rasa bersalah.

“Apa kabo kamu?”

“Sihat mak?”

“Mak bukan apa. Saja je nalipon kamu. Kalau kamu sihat, tak pe le. Itu aje le ye. Assalamualaikum!”





Pendek aje cakap-cakap mak. Aku pun terkapa-kapa dalam rasa bersalahan. Sepatutnya aku menalipon mak dan bukan sebaliknya.

10 ulasan:

Ariff Budiman berkata...

Itulah emak. sentiasa merindui akan anak-anaknya

hani@debumelukut berkata...

Hati ibu...kadang kadang kita ni cuba sembunyikan gundah gulana dari pengetahuan mak, tapi yer lah naluri keibuan tu yg menyebabkan dia mcm boleh hidu...bila dgr suara anak cakap tak apa2 tu terubat lah sikit resah tapi percayalah, dia tetap tau dan turut merasakan.

insan marhaen berkata...

Budiman,
Ayah pun sama jugak. Cuma Ayah tak mau menunjuk. Ego sikit agaknya!

hani,
Tapi IM kekadang dapat merasakan gerak hati mak IM. Mungkin kerana IM anak paling tua. Paling lama susah senang dengan mak IM.

Citarasa Rinduan berkata...

Selamat pagi IM
patutlah lama tak nampak, pindah rumah baru rupanya..

IM...
seumur hidup ayu, ibu ayu tak pernah call ayu.. mungkin dah jelak sbb setiap hari, 3 kali ayu call dia..hehehe

insan marhaen berkata...

Rumah lama. Angkat dan letak ke alamat baru je...

ibuintan berkata...

assalamualaikum IM,

laa tak perasan pulak im dah ada rumah baru, patut la blog lama tak muncul entri baru..

moga blog baru memberi keceriaan baru kpd IM


moga ibu IM juga sihat

maiyah berkata...

assalam..

mcmna pun mak mesti lebih bik tahu biar mcmna pun anknya

insan marhaen berkata...

ibuintan,
uh.. mak IM seorang yang kuat semangat walaupun terpaksa mengesot ke bilik air.

maiyah,
firasat dan gerakhati mak terhadap anaknya adalah tajam.

izman berkata...

itulah, dlm mengurus diri dan keluarga, kadang2 kita tertinggal bahagian yg penting iaitu ibubapa. saya pun selalu begitu. bila mereka menelefon, terasa begitu malu pada diri sendiri.

nur aqilah berkata...

aku kadang2 pown same camtu gak..ade jer hal len..