Selasa, 21 Jun 2011

Tiada Lagi...2

Begitu akrab perhubungan antara gusi dengan anggota tubuh yang lain. Bila ianya diserang bakteria hingga membengkak, kesakitan itu turut dirasai oleh gigi, oleh kepala dan seterusnya seluruh hari adalah hari yang serba tidak selesa oleh insan kamil yang bernama Aku.

Bagusnya kalau keakraban bagitu ujud dalam keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita. Aku cuba bayangkan betapa damai dan harmoninya jika pabila seorang dari kita susah, kita yang lain turut bersimpati dan menumpang rasa susah. Kalau seorang dari kita pula dikurnia senang dan gembira kita juga tumpang ketawa. Bak kata orang; cubit peha kiri peha kanan terasa juga. Hidup bak aur dengan tebing. Saling bahu membahu.

Dr Ameen memberi aku 2 jenis antibiotik dan satu jenis ubat tahan sakit untuk makan bila perlu sahaja. Ini kali ke 2 aku datang dalam masa 3 minggu.

Bak kata kawan sekerjaku Jo, Allah sudah ambil semula nikmat yang dia beri dari kita. Nikmat makan menggunakan gigi geraham tak akan sama dengan nikmat makan menggunakan gigi seri apatah lagi gigi taring. Baru aku terasa akan kehilangan nikmat itu adalah kekal!

4 ulasan:

hrusli61 berkata...

Yalah Abu aku pada hari Sabtu yang lepas jugs sakit gigi. Sapu minyak cap kapak, telah pil painkiller dan kumur dengan ubat kumur.

Aku teringat beberapa tahun dahulu aku sakit gigi sebegini. pergi ke kelinik doktor kata tiada apa kerosakkan mungkin awak ini stress.

Itule Abu kita dah berumur jangan tangkap stress banyak sangat.

Abu Hanifah berkata...

Ye la.. Kena cool selalu walaupun dalam lingkungan tekanan yang tinggi. Senaman boleh membantu kurangkan stress. Minum teh O juga khabarnya begitu, betul ke?

yusri berkata...

wah dah ada blog baru ye..hehehe...

insan marhaen berkata...

yusri,
Nak kata blog baru pun bukan. Cuma nak hidup udara baru je..