"Bila jangkaan kelahiran anak?" Tanyaku pada Ayu sebaik sahaja masuk ke rumah dan melihat dia di kerusi.
"Lima haribulan dua!"
"Jangan lupa simpan sikit duit untuk buat kenduri Aqiqah. Paling afdal hari ke 7. Bagi nama yang baik-baik. Jangan bagi nama cantum sana cantum sini. Cukur rambutnya"
"Angah cadang nak buat majlis naik buai kat rumah Opah, boleh ayah?" Soal Angah.
"Yang mustahak tunaikan aqiqah. Naik buai ni pengaruh budaya Hindu. Bolehlah buat kalau niatnya cuma untuk meraikan hati Opah dan keluarga ayah."
Banyak lagi perkara yang perlu aku beri faham dan memperbetulkan silap faham antara budaya, adat dan tuntutan agama kepada anak menantuku ini. Yalah, mereka pun lahir di tengah-tengah masyarakat Melayu yang masih celaru antara adat dan tuntutan agama. Tak salahkan mereka juga!
13 ulasan:
selamat pagi Im..
rasanya ayu bakal menjadi menantu mithali...
dapat mertua mcm IM.. rasanya menantu takkan terpesong akhlak...
PS: agak2 bila ayu nak ke citarasa rinduan..
Kita terlalu terikat dengan adat sampai adakalanya terlupa pada hukum hakam.
walau apapun, agama kita utamakan adat kita junjung
CR,
Dari Utara nak ke Selatan... Jauh tuu..
kakcik,
Tu yang IM nak cuba pecahkan. Contohnya macam bersanding di majlis perkahwinan Angah dan Ayu IM tak buat walaupun mak IM beria-ia suruh buat. IM diam je..
sahromnasrudin,
Adat yang baik kita junjung. jangan adat yang merapu. Yang kekadang boleh memesongkan aqidah macam tanam uri guna tempurung jantan dan paku.
salam
anak pB yang last ni , pun pB belum buat aqiqahnya
insyaallah , kalau ada reseki lebih , ingin pB buat pada raya puasa nie
biasa sekor kambing jer. kali ni , alhamdulillah , dua ekor kambing
Bila sudah cukur ranbut bayi itu ditimbang dan nilai beratnya dikira dengan berat emas dan disunatkan sedekah nilai berat emas tersebut.
Assalamu'alaikum IM
Semoga IM sekeluarga sentiasa di dalam peliharaan Allah. Tahniah bakal mendapat cucu. Semoga yang selalu diharap dan didoakan dimakbulkan oleh-Nya.
Pb,
itu maknanya rezeki anak. bertambah anak, bertambah kemampuan mengorban lebih kambing.
hrusli61,
tkasih atas peringatan. hampir terlupa IM bab timbang tu.
Temuk,
hi, lama tak dapat komen dari Temuk. Berbesar hati ranya. 'Malu' rasanya bila ada orang panggil IM, tok. 'Malu' pada diri sendiri...
Alhamdulillah di kelantan masih lagi meneruskan amalan mengadakan majlis bercukur n akikah pd hari ke 7 kelahiran...
Tahniah bakal mejadi atuk...
oooo... abg IM da tuka blog,patutla... sori la abg im, lately bz sbb menikah n tugas rasmi, baru ada kesempatan nak menjengah ke blog abg im... tahniah abg IM
Bagusnya ada yang sentiasa mengingatkan seperti tuan IM ni..
terima kasih: http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/maksud-makna-marhaen.html
salam,
hidup berlandaskan syariat, in sya allah akan berkat selamanya... :)
Catat Ulasan