Halaman

Isnin, 18 Julai 2011

Gunting Rambut

Rengeknya supaya aku menggunting rambutnya yang dah mula panjang itu, lama dah! Cuma aku sahaja yang taici. Aku mana biasa gunting rambut orang. Hatta rambut anak-anak aku sendiri aku suruh orang lain cukur semasa berumur 7 hari dulu.

Mahu tidak mahu aku ambil gunting serbaguna di dapur. Itu saja yang ada. Aku gunting rambutnya, berhati-hati. Bimbang tergunting pula telinganya, mana tau! Tak apalah kalaupun herot petot, fikirku. Dia pakai tudung, orang lain takkan nampak.

"Macam mana rambut you? Ok" tanyaku semasa aku bawa dia bersiar.

"Ok!" sambil senyum. Senyum yang isinya lansung tiada prasangka negatif terhadap aku. Alahai isteriku..... Muga Tuhan berkati masa-masa yang masih berbaki di penghujung usia kita ini!

12 ulasan:

kakcik berkata...

Biarpun keadaannya tidak sama, InsyaAllah bahagia itu tetap ada. :)

NUR berkata...

sweet je..

Bapak berkata...

mula2 bereksperimen, lama2 pandaila IM gunting rambut tu...

ku-cit berkata...

so sweet...takkan gunting rambut je bang??? ehehehe

insan_marhaen berkata...

kakcik,
ha..ha.. kebahagian itu kekadang datang tak disangka.

nur,
sweet belum tentu sugar..

bapak,
gunting untuk isteri je..

ku-cit,
hu..hu.. jangan kona!

Ariff Budiman berkata...

Dulu semasa arwah isteri WN masih hidup. WN merupakan tukang gunting ranmbutnya. WN buat macam lady Diana

hrusli61 berkata...

Isteri aku, aku suruh gunting di kedai sahaja. Jika aku yang gunting takut yang bengkok akan jadi lurus pula.

Citarasa Rinduan berkata...

romatiknya Im dan ibu suri..........

hani@debumelukut berkata...

you r made for each other.God bless both of you.

insan_marhaen berkata...

budiman,
IM pula gunting rambut ibu_suri macam Dady Diana.

hrusli61,
Ha..ha.. Tangan biasa pegang wire cutter tak sama dengan tangan pegang gunting.

CR,
Dah tua-tua baru romantik. Dulu asyik gaduh jer...

hani,
Gitulah resam hidup suami isteri. perlu saling faham memahami, bertolak ansur dan menerima seadanya kelemahan diri pasangan masing masing.

NzA berkata...

rambut sy pn suami yg guntingkan sejak kawin smpai skrg...w.pn tdk secantik mana fesyennya tetapi suamilah tukang gunting terbaik dimata isteri....

S..U..D..@..I..S berkata...

romantiknya , selagi tiada prasangka
semua kelemahan akan dpat diatasi