Halaman

Ahad, 17 Julai 2011

Fe'el Berubah-ubah

Fe'el ibu_suri memang selalu berubah-ubah. Yel..lah, bersesuaian dengan nama sindromnya - mood dis-order, kan! Letih juga aku hendak menyesuaikan diri. Perlu ikhlas dan kental sabarnya. 

Pernah aku ditawarkan oleh hospital untuk hadiri kursus penjagaan ibu_suri. Ramai penjaga mudah berputus asa kerana tidak tahan kerenah dan akhirnya tinggalkan mereka terabai.

Sebulan dua ini ibu_suri lebih suka makan di dalam kereta. Justeru kereta aku senantiasa ada pinggan, sudu, air dan tisu. Sudahnya, kereta aku juga ada bermacam-macam bau.

Malam tadi, kami beli nasi di gerai depan LongWan, Kepala Batas. Kami kemudiannya singgah di Petronas dan makan di dalam kereta. Sambil sediakan makanan aku sempat bernyanyi...'Kini kita tinggal berdua.. yaaaahuuu...'

5 ulasan:

NzA berkata...

semoga setiap pngornanan IM mendapat ganjaran drNya...InsyaAllah....

Citarasa Rinduan berkata...

sungguh.........
ayu tabik dengan insan yang bergelar Insan Marhaen...

moga ibu suri gembira dengan IM..

yusri berkata...

memang IM ni seorang yang penyabar dan baik

insan_marhaen berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

insan_marhaen berkata...

NzA,
harapnya begitulah!

CR,
Sesekali bila ibu_suri ucap terima kasih kerana IM menjaga dia, sejuk rasa hati IM.

yusri,
Kalau benar IM ini penyabar, IM rasa ianya hasil didikan mak IM yang juga seorang kental dan penyabar menjaga abah IM yang juga pengidap Schizophrenia semasa hayatnya.