Sabtu, 16 Julai 2011

Cinta 5 Lupa 5

Semalam, Jumaat. Aku selalunya tunai solat di Masjid Bayan Baru sesama dengan kengkawan menaiki bas sewa khas oleh majikan.

Kerut kening juga bila lihat satu demi satu kereta polis masuk ke ruang parkir masjid. Ushar ahli jamaah yang pakai baju kuning kot, getus hatiku. Ah, takkan sampai ketahap cipan racau mereka nih!

Selesai sunat qabliyyah, Khatib pun mendaki mimbar. Tak sangka, rupanya itu Ust Hussain Yee. Luas mata aku mendengar khutbahnya. Bernas dan segar. Antara isinya yang menjentik hati kehambaanku ialah kupasan sabda Nabi. Aku kongsikan di sini.

'Akan datang waktunya umatku akan mencintai 5 lupa kepada 5:

1. Mereka cinta kepada dunia tetapi lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda tetapi lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk tetapi lupa kepada Pencipta.
4. Mereka cinta kepada dosa tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung mewah tetapi lupa kepada kubur.'

4 ulasan:

Ariff Budiman berkata...

Salam IM. Satu tazkirah yang baik. Saya di solat di Al-Huda. Ustaz Elias Zakaria

NzA berkata...

sangat kagum dgn ustaz hussain yee sejak dibangku SK...

S..U..D..@..I..S berkata...

Dah lama tak tengok dan dengar suara Ustaz Hussin Yee
Tv3 jgn harap la
bagus intipati tq

ku-cit berkata...

info yang berguna...sharing is caring...