Malam tadi ibu_suri mahu sangat makan capati. Aku bawa ke gerai DIL RUBA di Pasar Awam, Jalan Tuna, Seberang Jaya. Aku pernah makan di sini. Kata ibu_suri, capatinya sedap bila dimakan bersama rendang daging. Ada hirisan daun limau purut dan daun kunyit. Yang tebar roti pun Mami.
Sambil makan itu aku mencuri dengar perbualan Mami dengan pelanggannya tentang Diabetes. Mmmm... saiz badan mami yang XXXL pun memang ciri-cirinya.
Di gerai depan, ibu_suri order teh ais sedang aku cuma air suam. Taukehnya Mamak. Badannya gabai. Aku lihat sedari aku sampai hinggalah aku membayar, dia hanya duduk di kerusi kira duit. Pekerjanya sahaja yang membuat dan menghantar minuman.
Aku teringat akan artikel tentang duduk yang terlalu lama akan mempercepatkan mati di sini. Sejak aku terbaca artikel ini aku berusaha untuk ubah gaya bekerjaku. Aku selang seli menulis berdiri dari selalu duduk. Atau berjalan-jalan keluar jika merasakan punggung dah kebas. Sejak bertugas di bahagian kalibrasi ini aku perasan jantung aku bergerak perlahan.
18 ulasan:
bersyukur juga jadi guru krn sentiasa berdiri , bercakap, mendaki tangga...3-4X sehari.....
Tuntutan kerja kakak lagilah banyak duduk dari berdiri/jalan. Kalau hari kerja boleh katakan masa solat saja yg kakak tidak duduk. Hm... kena ikut cara IM, menulis sambil berdiri....
Assalamu'alaikum IM
Kalau berjumpa doktor, antara nasihatnya untuk saya mestilah mengenai pentingnya bersenam... exercise, exercise... termasuk berjalan kaki. Walaupun amat saya fahami bagusnya pergerakan badan melalui aktiviti itu, tapi hati ini amat berat untuk melakukannya. Masalah hati, kata doktor, kenalah si warga emas ini ubati sendiri. Aduhai!
satu kelemahan yg nyata ialah disiplin
Mungkin juga sebab tak bergerak langsung.
Akak masa kerja dulu pun macam tu juga, Kadang2 tu bangun masa nak ke tandas dan makan tengahari dan sholat jer.
Sekarang ni pun doktor suruh buat eksesais untuk kuatkan lutut, sesekali jer buat.
NzA,
Nak jadi guru kena tanam minat. Kalau IM, huu... boleh dapat darah tinggi.
Kalau di bahagian production tempat kerja IM, operator bekerja dan tidak boleh duduk. menulis report pun berdiri. teori majikan ialah dapat jimat masa.
temuk,
masalah jasmani kena banyak bergerak, masalah hati kena banyak zikir dan ingati mati.
sud@is,
satu 'kelemahan' dunia perubatan sekarang ialah tiada ubat untuk mengubat penyakit malas.
kunang-kunang,
tu la... sebelum semuanya terlambat kita kena usahakan untuk bergerak..
laa..tak tau IM dah bertukar "sini"
kat tempat keje saya tu...kadang2 byk jugak berjln sebab kalau nk gi setiap department tu jauh la sikit..
nak gi kat tempat kete pun jauh jugak adalah 10 minit..
oh .. baru tau .. saya cuti ni , duk golek golek atas katil jr .. harus berubah sekarang ...
Jarang dapat duduk...sama ngan NzA...sentiasa berdiri..pulak tu hari2 kena pnjat tngga naik tingkat 4.paling kurang 3X shari...kalau ikutkan...lutut ni dah bergoyang.....
nasib baik kerja saya banyak berdiri, berjalan dan turun naik tangga dari duduk saja
namun sebab takut dgn penyakit ini sanggup lagi setiap petang jalan turun naik bukit sejauh lebih kurang 4km.... bab makan susah pulak nak disiplin, ni bahaya jugak ni
salam,
betullah IM... :) ni nak bangunlah, asyik dok mengadap internet, hahaha...
ainnoraini,
ada sebab IM tukar ke alamat baru. keraplah jejalan ke sini, ya!
Syed,
Cuti gini tak join NGO ke buat program amal? Rugila masa muda dan luang di biar begitu saja.
Mp,
Patutlah badan slim.
ibuintan,
takpa. makan dan senaman jika seiring itu sebaiknya.
Areef,
bangun dari mengadap internet, duduk kat meja makan pula ya..he..he.. wal hasil balik asal!
syukur ayu niaga makanan tapi semua kerja ayu lakukan..
ayu cari bahan mentah
ayu siang bahan
ayu memasak
ayu ambil order
ayu susun pinggan
semua ayu!!!
PS" IM, jaga kesihatan ya, kegemukkan mmg faktor penyakit
oh yer ke duduk cepat mati?
hmm...kalau mati itu lebih baik buat saya, saya redha...dah nak cakap cam na lagi kan...
salam, semua nya saya doakan selamat dari penyakit merbahaya
CR,
Kira, semua kerja Ayu borong semuanya, ya.
hani,
Maaflah. Saya taklah berniat hingga ke situ. Bagi yang tak mampu.. buat setakat mana yang boleh untuk meminimakan. Mak IM, walaupun lumpuh sebelah badan tetapi mandi, pakai baju, seluar semua dia mahu buat sendiri walaupun anak-anak ramai nak tolong.
imanshah,
ya..doa kita semua agar kita dijauhkan dari penyakit yang kronik!
Salam IM..
at least buat exercise 3x seminggu pun oke kot.. Tapi alasan utama sure: tak cukup masa..
alamak , habislah . uh sempat lh nk ubah cara dan gaya ni
Catat Ulasan