Respon kepada Nur ( blogger All In One ):
Tak tahu pun. Bila dia tinggalkan nota di kotak cit-cat blog, baru aku teraba-raba dagu. Maaflah AIO. Memang aku tak perasan kerana bukan senantiasa aku dapat buka blog.
Aku pun mencari-cari tulisan AIO tentang aku di sini. Senyum sendirian aku. Dan baca lagi di sini. Hah.. tambah lebor senyum aku. Besar hati. Insan se marhaen ini mendapat pos istimewa walaupun bukan di muka depan akhbar Utusan Malaysia tetapi di blog AIO sudah cukup untuk rasa macam nak terbang ke langit.
Sebenarnya selain AIO, sebelum ini ada beberapa blogger yang sudi menulis tentang aku. Sayangnya aku dah lupa tapi antaranya seperti di blog Bearcat dan Jendela Hati.
Tentang kenapa aku memilih nama Marhaen ialah kesesuaian dengan peribadi aku. Seorang lelaki yang biasa-biasa sahaja. Tak pandai berdebat. Tak pandai dalam apa-apa pun. Hanya ada sikit-sikit bakat menulis. Tapi nak tau, ada antara kawan-kawanku yang beria-ia minta aku tukar nama Marhaen itu. Kata mereka aku terlalu merendah diri. Well.... Itu pandangan mereka. Aku hormati!
15 ulasan:
tak payah tukar nama lagi... dah cantik tu, IM senang ditulis..
Apapun maknanya, tidak menjadi masalah untuk kakcik terus datang berkunjung ke sini. :)
betul kata kakcik dan ibuintan..
terimakasih penerangan..
Dapat satu ilmu kat sini harini..
jadi bila orang tanya maksud ni takdela teraba-raba lagi..
TERIMA KASIH juga untuk entry ini...
Satu cubaan atau perubahan yang telah memberi jawapan sementara untuk meneruskan karya-karya ikhlas, benar, bermutu dan bermanfaat.
Cuma JH tidak berani menungkah perubahan walaupun seorang guru silat. JH masih meneruskan format yang asal. Mungkin untuk mencuba menukarnya kemungkinan yang amat tipis.
ibuintan,
Yelah.. IM pun dah sebati. Rasa kesal pula sebab blog IM yang pertama dulu IM DELETE terus. Blog itu banyak memaparkan kisah-kisah pahit masa ibu_suri baru jatuh sakit.
kakcik,
terima kasih kerana menjadi antara follower awal IM yanh masih kekal hingga hari ini.
NUR,
TK juga kerana menjadi silent reader IM selama ini. La, tak silent lah yer..
hrusli61,
Potensi kita ini memang berbeza-beza. Itu hakikat. jadi kalau ada orang yang tak sekapal dengan kita jangan ingat dia tidak sama matlamat. Kapal dia sahaja mungkin berbeza.
Marhaen punya banyak maksud untuk dihuraikan.....
makin mantap la penulisan abg IM,makin seronok nak baca, all the best bang...
nama IM tue sangat unik sifatnya..saya suka menyebutnya sbg i am
NzA,
Banyak maksud. Ambil yang baik-baik saja.
AlongXP,
Terima kasih jika rajin baca dan rajin komen. Kongsi pengalaman yang mempunyai iktibar sebenarnya.
sahromnasrudin,
Pandai aje mike. Teman pun tak terpikio pula ke situ. Aje bebenor...
Ya Insan Marhaen dah famous, tulisan santai bersahaja, suka duka kongsi bersama...awat delete blog lama...
assalam..
sy suka nma IM.. mkna yg mmg kene ;)
sud@is,
Blog lama mengandungi kisah hidup yang terlalu pahit. Tapi terasa kesal juga meng'delete'kannya.
maiyah,
Tengkiu sebab tak jemu-jemu ziarah IM walaupun IM jarang ziarah maiyah.
Nama saya memang Marhaen. Tapi saya wanita.Benar ke dikhabarkan perkataan Marhaen ini berasal dpd rumpun bahasa Arab?
dah lama saya cari erti marhaen, baru hari ni jumpa di sini. semalam saya hadiri ceramah tentang cinta sebenar antara suami isteri seperti yg diajar islam dan satu contoh yg diberi penceramah, adakah kamu akan maseh cinta isteri bila dia ditimpa sakit dan anda perlu menjaganya sepanjang hidupnya. lalu terus ingatan saya pada tuan, tak semua yg diberkati dengan mengenali cinta sejati yg sangat dalam ertinya.
marhaen,
hurmm... tak pasti pula. tapi memang bahasa melayu banyaknya dipengaruhi oleh bahasa arab. cuma akhir-akhir ni saja banyak dipengaruhi bahasa inggeris.
Tanpa nama,
IM pernah bertemu dengan seorang hamba Allah semasa membuat program sumbangan Ramadhan. yang sanggup mengahwini saudaranya yang sudah tua dan uzur semata-mata kerana mahu menjaganya.
IM rasa itu lagi hebat!
Catat Ulasan