Seperti selalunya aku akan memeluk ibu_suri sebelum pergi kerja. Memberinya nasihat dan peransang untuk terus sabar dalam hidup. Dan seperti selalu itu jugalah ibu_suri akan merembeskan airmata menyatakan kesunyiannya semenjak Akhmal sudah tiada lagi di rumah ini.
Begitulah kentalnya kasih sayang ibu_suri terhadap anaknya ini. Walau apapun perlakuan ‘onar’nya terhadap kami, ibu_suri tetap menyayangi dan mendoakan kebahagiaannya.
Aku harap, pabila berada di alam dewasa dan bebas terbang seperti merpati, Akhmal tidak akan melupakan jasa dan kasih sayang ibu_suri. Membalas jasa dan kasih sayangnya ini tidak perlu dengan intan permata. Memadai dengan secukup rasa garam dan gula.
Aku teringat kata-kata yang adikku pernah emel beberapa bulan lalu:
13 ulasan:
semoga segala yang diimpikan tercapai, insya-Allah..
baca n3 baru bro diiringi lagu ni...syahdu je..
baru jumpa blog baru
kalau ibusuri dengar lagu tentu dia rasa bangga dan terharu sekali
semoga ibusuri diberi kekuatan & ketabahan
Semoga Akhmal akan kembali mewarnai hati ibu_suri.
Assalamualaikum IM,
Semoga IM dan Ibu Suri sihat.
Sedeh akan baca N3 IM ni. Begitulah IM hati seorang ibu berbanding ayah yang hatinya lebih tabah.
Akak sangat memahami perasaan Ibu Suri. Perasaan inilah yang akak pendam semenjak anak lelaki akak meninggal 4 tahun dulu. 4 tahun tulah air mata ni akan menitik bila teringatkan dia. Bila lalu tempat dia eksiden, dada rasa bagai nak pecah. Tapi takdir Allah kita terima juga.
Semoga Akhmal tidak melupakan Ibu suri dan IM sendiri. InsyaAllah.
itulah kasih ibu...........tetap padu walau rintangan berliku....
kasih ibu tak akan luntur........
AHP,
Harapannya muga Akhmal menjadi manusia berguna pada masyarakat. Muga tercapai, ameen.
Mario,
Ingatkan syahdu sebab n3. Rupanya sebab lagu.
Sud@is,
Dah jumpa, selalulah singgah, ya!
KakCik,
Itu juga harapan IM.
Kunang-Kunang,
Kucing lagi sayangkan anaknya. Inikan kita, manusia.
Zul,
Macam mak IM juga. Lama sikit tak dengar berita, dia akan menalipon IM.
kasih ibu sepanjang hayat....
kasih ibu tidak memilih samada anak-anaknya jahat, buruk, miskin, cacat dsb.. nilai kasih sayangnya tetap sama.
NzA,
Kasih ayah sepanjang jalan..
al-lavendari,
kasih ibu sebening embun.
rindu ibu di Malaysia. :(
kasih ibu ke syurga .. insyaallahh semoga anak2 tidak akan mengecewakan org yg bernama IBU ..
alhamdulillah, walau apa yg berlaku sekali pun, kasihsayang tetap terpelihara....syukur.
Catat Ulasan