Halaman

Rabu, 13 Julai 2011

Kebersihan Di Hati


Selalunya, sebaik sahaja aku masuk ofis, perkara pertama yang aku buat ialah mengelap permukaan meja dan rak kabinet, pintu dan dinding cermin. Begitulah tiap-tiap pagi. Tidak hairanlah kalau pelanggan aku yang datang selalu memuji;

"Wah, you punya bilik kemas dan bersih lah. Tak macam dulu. Lagi, wangi pulak tu!"

Tapi mutakhir ini aku dah mula ngelat. Lalu makin lama aku mula merasa tidak selesa. Seperti habuk melekat di lubang hidung bila disetiap kali bernafas.

Semalam, aku mula mendisiplinkan diri mengelap meja dan rak kabinet seperti sebelum ini. Pewangi pun nampaknya sudah mula hambar tandanya perlu diganti baru.

Halaqah mingguanku sebentar tadi membincangkan tentang hidayah yang hanya akan turun ke hati yang bersih dan tulus. Aku teringat hubungkaitnya dengan aktiviti mengelap meja dan rak kabinetku setiap pagi. 

"Kalau pinggan kotor kita cuci dengan sabun, hati kita pula perlu dicuci dengan zikir dan Quran. Jadi saya harap mulai dari hari ini kita berpuasa sekurang-kurangnya sebulan sekali, baca Quran setiap hari, solat sunat ba'diyah dan qabliyah setiap waktu dan berusaha untuk bersolat jamaah."

Untuk melaksanakan kesemua itu secara konsisten tentunya tidak semudah mengelap meja dan rak kabinetku setiap pagi. Akan tetapi tidak guna juga kalau ofis bersih tetapi hati tuan kepada ofis tidak sebersih ofis, kan?

10 ulasan:

kakcik berkata...

Kebersihan bermula dari hati dan jiwa serta diri kita sendiri. :)

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM,

Hatilah yang membentuk kita hiam atau putih. Sama-samalah kita berhijrah kejalan kebaikan.

aku HIV positif berkata...

sebab tu kena sokong BERSIH. hehehe...
BERSIH hati, jiwa dan minda.
Buang segala kekotoran.

p/s- ngeri sy tengok segala macam peralatan kat ofis IM tu.

Kakzakie berkata...

Bila rutin sekeliling pun bersih secara sendiri hati pun akan dibersihkan juga...

insan_marhaen berkata...

kakcik,
Betul tu. Kalau hati bersih, otomatik akan tampak di wajah akan kebersihan itu.

Kunang-Kunang,
Kita sebenarnya perlu sentiasa mencari jalan untuk berHIJRAH.

AHP,
Bila BERSIH balik, Dewan Bandaraya kena bersihkan sampah sarap pula..

KakZakie,
Ofis IM bersih tapi rumah IM tak selalu bersih la pulak!

Citarasa Rinduan berkata...

Agak2 IM kerja sure kena bersih selalu..

kemas dan teratur jer..
masti Im jaga ibu suri dgn sebaiknya....

ibuintan berkata...

kemasnya meja IM banding dengan meja kerja saya yang sesak dengan buku2 dan fail2...

hrusli61 berkata...

Kita cuci benda-benda yang kotor untuk dijadikan BERSIH. Ini amal yang baik.

Tetapi mengapa masih ada orang yang tidak menyukai aktiviti KEBERSIHAN ini?

insan_marhaen berkata...

CR,
Memang tanggungjawap IM jaga ibu_suri. Jaga zahir dan batin..

ibuintan,
Kemas sebab nak ambil gambar bubuh dalam blog..he..he..

hrusli61,
Bukan tidak suka tapi min alif lam sin..

NzA berkata...

bila bilik kemas + wangi, nk buat kerja pn brsemangat...