Ahad, 24 Julai 2011

Lemak Cili Padi

Hari ini ibu_suri sekali lagi beria-ia menyuruh aku ke pasar. Hari Selasa Ayu cuti. Dia nak ajak dan ajar Ayu masak gulai Lemak Cili Padi.

"Takkan Ayu tak tahu masak Lemak Cili Padi?" Aku sesaja test Angah ni. Dia cuma sengih sambil memicit-micit lutut ibu_suri.
Foto ihsan sini

"Biasalah kalau dah bekerja dari muda. Tak sempat nak belajar memasak. Macam ibu juga dulu. Tapi ibu cepat belajar. Salah satu gurunya..tu..Mak Cik Normah yang jaga kamu masa kecil." ujar aku mengimbau kenangan.

"You ajar dia cukup-cukup. Biar dia expert memasak macam Along. Jangan dia pengsan dah lah. Kawan tu bukan sihat sangat." ujarku merujuk kepada Ayu yang dah mula alah..

Tiba di pasar pun jam dah 11. Malas benar aku. Dah lama tak ke sini. Lama sejak ibu_suri di serang Ahmar 4 tahun dulu.

Senarai panjang yang aku pegang aku teliti satu-satu. Sebetulnya, duit aku pun bukan ada sangat. Bertahan hingga 25hb. Tapi ibu_suri tidak tahu. Memang aku tak beritahu. Aku tak mahu dia rasa kecewa. Aku buat-buat macam ada duit bila dia juga minta belikan daging untuk dimasak ala-ala Paprik.

12 ulasan:

hrusli61 berkata...

Samale kite weh !
Due puluh lime baru gaji yop.

Elokle tu ibu ajo Ayu masak.
Esok yop senang numpang ajele!

NUR berkata...

ada sedikit rasa terharu..
nak nangis baca entry ni..
emosional plak..

Citarasa Rinduan berkata...

IM..
moga ayu cepat belajar ya..

sungguh.. entry last tu, buatkan ayu sangat2 sedih dgn kehidupan IM..
MOGA im tabah ya,,,,,,,,,,,,,,,,,,

dan ayu mendoakan agar IM ditempatkan orang2 y beriman dan terpilih..

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Best ni boleh test menantu masak.

Baguslahkan, kita sebagai mertua nakkan menantu pandai masak kita ajarlah.

Sekarang Ibu suri dah ada kawan.

hani@debumelukut berkata...

esuk gaji...yahoooo!!!!

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum

Firman Allah (S.W.T)

"Sesungguhnya beserta dengan kesusahan itu adalah kesenangan"

NzA berkata...

InsyaAllah, moga ayu cpt belajar..sy pn belajar masak dari arwah bapa mertua....krn masakan kelantan tak sama dgn masakan orang Jawa..Alhamdulillah, setiap kali masak mesti saya rindukan arwah....

ibuintan berkata...

moga Ayu ada minat untuk belajar memasak agar tidak menghampakan ibu-suri

Kakzakie berkata...

Bagus juga buat Ayu belajar masak. Sekurang-kurangnya ibu_suri masih boleh bagi tunjuk-ajar.

Hari ini gajikan IM... Kakak lagi kena tunggu akhir bulan betul...

nyanyisunyi berkata...

kdg2 kita terpaksa menangis dlm hati utk menjaga hati2 insan yg kita syg..

S..U..D..@..I..S berkata...

haha..untung ayu.ibusuri pandai memasak dan mau mengajar.

MaMa MoDeN berkata...

salam IM,
orang johor malu mengaku orang johor kalau tak umpphhhh masak masak lemak cili api...