Sabtu, 30 Julai 2011

Pancit

Angah nak balik kampung dengan Ayu hari ini, tengok Opah. Aku pula perlu pergi kerja untuk sempurnakan dokumentasi di ofis lewat audit SIRIM Isnin ini. Kereta cuma ada satu.

Pagi tadi, diam-diam aku naik motor Angah untuk pergi kerja walaupun dia dan ibu_suri sebenarnya tak bagi. Dah terlalu lama tak naik motor memang rasa cukup gayat. Mujur hari Sabtu. Jalan raya tak sesibuk hari Isnin. Aku ambil keputusan untuk menaiki feri berbanding jambatan. Aku faham benar, jambatan bukan laluan bagi penunggang yang tak biasa dan cekap dengan terjahan angin laut dan angin lori kontena yang menerjah.

Barulah aku dapat rasakan sebenarnya perasaan dan 'sengsara' mereka yang menunggang motor saban hari ke tempat kerja. Nak ikut bahu jalan penuh dengan lubang dan batu-batu kecil. Ke tengah sikit hon kereta dan lori akan menluruhkan jantung.

Balik pun aku naik feri. Terasa di lebuhraya Dr Lim Chong Eu, angin memukul mukaku hingga pedih mata. Dan entah apa malangnya, sebaik keluar dari feri, tayar belakang motor aku pancit!

7 ulasan:

hrusli61 berkata...

Beralah untuk anak dan menantu. Ini pengurbanan namanya.

Kesian motor pancit pula.

Semoga IM selamat sampai ke rumah.

Hari Isnin tumpang saya saja.

S..U..D..@..I..S berkata...

smoga anak sentiasa ingat pengorbanan ayah.
ada lg ujian dgn motor dan harap tak hujan IM

NzA berkata...

org dh biasa naik moto agaknya tak rasa apa kot IM....kita yang tak biasa ni rasa agak janggal..

Ariff Budiman berkata...

Salam. Itulah yang saya hadapi setiap kali menaiki motosikal. Paling takut ialah ketika merempuh angin air pasang. Terpaksa lajukan motor. Kalau tidak angin akan menolak ketengah. Tayar pancit sudah berapa kali namun itulah. Terasa nikmatnya bila berada di dalam kereta. air con,lagu-lagu dan tempat duduk yg selesa.

insan_marhaen berkata...

hrusli61,
Esok tak kot. Tak tahu lagi rentak auditor SIRIM ni. Khabarnya, malam-malam pun depa audit kita.

sud@is,
Mujur mendung sahaja sempat IM sampai ke tempat kerja baru hujan.

NzA,
Kekadang ibu_suri minta IM bawanya naik motor. IM kata, nanti nampak macam Sudirman carry Yusni Jaafar.

Budiman,
Begitulah nikmat yang Tuhan bagi kepada orang-orang yang Dia sayangi!

Citarasa Rinduan berkata...

Salam ramadhan utk IM sklrg...

Im...
itulah kan, bila sesekali kita di tempat mereka, kita baru tahu dan rasa

MaMa MoDeN berkata...

salam IM,
sejak menggunakan motor sebagai kenderaan utama sekarang, Alhamdulillah MM semakin cekap menunggang motor.. senang menyelit kesana kesini, ulang alik ke penang tengok anak, mlalui jambatan atau feri dah jd kebiasaan....