Halaman

Jumaat, 29 Julai 2011

Sedap Itu Hanya Di Lidah

Foto ihsan sini
Dah lama ibu_suri minta aku belikan bahan-bahan. Katanya nak memasaknya sebelum datang Ramadhan. Nanti bila dah masak nak sedekah kepada saudara-mara dan jiran.

Sejak hari Selasa, ibu_suri mula persiang bahan-bahan yang dibeli dari kedai Kassim di pekan Bukit Mertajam. Kurma, limau, prun, kismis, biji sawi, bijan, lobak jeruk, bawang dan bla..bla... Kat mana lagi ada bahan-bahan ni kalau tidak di kedai mamak. Selepas di persiang, kena jemur pula supaya benar-benar kering.

Jadi, malam ni adalah malam dimana proses memasak bermula. Kesian tengok ibu_suri berdiri lama, aku tolong dia godek-godek periuk yang tungkunya agak tinggi bagi ibu_suri. Makin lama makin berat godekan.

"Sedap tak, bang?"

"Manalah abang tau. Abang bukannya peminat acar buah!" jawapku jujur.

Kekadang aku terfikir, orang dulu-dulu cukup inovatif mencipta makanan. Macammana boleh terfikir mereka nak cipta acar buah yang begini punya kompleks resipinya. Atau seperti lemang dan rendang yang paling aku minanti bila Hari Raya.

Di Pasar Ramadhan nanti mesti kita kan terjumpa lagi kuih muih atau lauk pauk yang begitu kreatif adunan dan ciptaanNya. Apap-apapun, sedap atau tidaknya itu hanya di lidah dan kerongkong. Dan sedap atau tidaknya dengan keizinanNya jua! Kekadang makan nasi dengan ikan kering pun cukup menyelerakan. Hendaknya di tepi sungai selepas penat menebas kebun seperti masa aku menolong Opah di kampung Ulu Slim semasa kecil dulu.

15 ulasan:

Kakzakie berkata...

Nikmat seseorg benar nyata tak sama IM. Cubalah bagi anak-anak kita sekarang makan ikan masin dgn ubi kayu.... Kalau dulu kita rasa memang amat sedap tapi anak-anak kita tak tahu itu semua...

Rajin ibu_suri walau dlm kepayahan nak bersedekah. Sayu hati kakak...

Khairul Hakimin B. Muhammad berkata...

sungguh, saya setuju. sama sepeti cantik hanya di mata :)

Kunang-Kunang berkata...

Acarbuah, best tu. Pandai ibu suri buat pembuka selera.

Selamat beribadat dalam bulan Ramadhan.

insan_marhaen berkata...

KakZakie,
Anak-anak sekarang kurang makan sayur dan lebih suka fast food.

Khairul,
Dari mata turun ke nafsu..heh..heh..

Kunang-Kunang,
Nak kata pandai tu mungkin keterlaluan tapi dia memang cepat belajar dan bersungguh sungguh dalam sesuatu yang dia mahu buat.

MulutPayau berkata...

Rajinnya ibu_suri. Tentu sedapkan...
IM..mmng betul,kadang makan nasi dgn ikan kering pun cukup mnyelerakan..Tapi bila bulan poso, ramai yg ikutkan nafsu masa mmbeli mkanan...pah tu buang jer sbb tak habis dan tak smpat nak makan..

p/s..Selamat Menyambut Ramadhan....

Temuk berkata...

Seorang doktor berasal dari Kedah baru memasak acar buah dan menghantarkan sebekas besar ke rumah kami. Isteri saya yg juga berasal dari Kedah amat gembira hatilah! Tak payah tunggu 'berbuka puasa pertama'; dah habis hampir sepertiga, sebab seluruh rumah berpakat menikmati kesedapannya! Memang benarlah IM, rasa sedap juga anugerah Tuhan. Anugerah sedemikian adalah nikmat yang tak mungkin kita nafikan.

Untunglah ibu suri & IM buat sendiri acar buah tu. Home made pastilah lebih sedap. Dan seronoknya, dapat mengagih-agihkannya untuk jiran-jiran pula.

Areef Ibn Naim berkata...

salam,

yg penting ianya halal n makan sekadarnya n sentiasa bersyukur atas sgl nikmat kurniaany...

insan_marhaen berkata...

Mp,
Berbuka selalunya IM beli nasi macam makan malam aje. Kuih muih ni tak beli sangat.

Temuk,
Kalau sedap kenapa nak tunggu bulan puaa. Belum tentu pulak kita sempat..

Areef,
Betul lah. yang penting halal. sebab itu kalau pergi pasar IM selalu cuba membeli dari gerai orang kita sendiri..

Tuan Punya Hati berkata...

rajin ibu suri keringkan buah2 tu..mama saya dan jiran2 baru saja buat acar buah ramai2...depa guna buahan kering...^_^

nyanyisunyi berkata...

Salam IM..
terharu melihat ibu suri dlm kepayahan sempat lagi membuat acar buah (kesukaan sya tu) untuk jiran tetangga..muga2 mendapat keberkatan dari Allah jua..
saya sbt jarang membeli di bazar Ramadhan..selalunya tk kena dgn anak tekak..masak sediri lg sedap wlupun simple..

ps selamat menyambut puasa IM..mudah2an segala urusan IM dipermudahkan..

insan_marhaen berkata...

TPH,
ibu_suri keringkan guna kipas angin je...

nyantisunyi,
Selalunya IM le yang jadi tukang ambil itu..cuci ini.. potong sinun..basuh sinin..

Takpa, asal emosinya ok. Itu lebih utama..

hrusli61 berkata...

Saya kenal lama dengan ibu_suri, beliau memang kaki masak dan pakar. Jika kami mampir rumahnya ada saja masakannya. Teringat capati dan roti mustapanya.

Semoga ibu_suri bertambah sihat hari ke hari amiin.

NzA berkata...

saya suka acar buah tu IM...pembuka selera.

Ann Huda (Ate) berkata...

Ohh..acar buah pembuka selera ketika bersahur..

Tak ramai org yg pandai dan sabar membuatnya.

MaMa MoDeN berkata...

salam IM.
acar limau yg paling sedap MM pernah makan adalah buatan Allahyarham mak mertua...