Halaman

Jumaat, 29 Julai 2011

Menghadapi Audit Tuhan

Aku mula gelisah semula. Isnin ini ada SIRIM audit di tempat kerja. Aku gelisah kerana ujud lompang dalam tugasanku ke arah mematuhi prosedur yang ditetapkan berdasarkan kepada OI (Operating Instruction). Aku pasrah sahaja. Hari-hari yang masih berbaki, aku cuba sedayanya mengambus lompang itu.

Aku terfikir pula. Kalau sekadar untuk menghadapi audit SIRIM ini aku sudah terketar-ketar semata-mata kerana kurang satu dua persediaan, bagaimana pula ketika hendak menghadapi kematian? Katalah kalau esok aku ada temujanji dengan malaikat maut, akan gementar seperti inikah aku? Kemudian aku akan di audit oleh Tuhan, cukupkah persediaanku?

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan sms dari adikku mengatakan Mak Yang, mak saudaraku baru sahaja meninggal dunia setelah nyanyuk yang keterlaluan beberapa tahun. Allahuakbar! Seorang lagi saudaraku mengadap Ilahi.

Bila mengingatkan kisah silam aku bersama dengan saudaraku ini terasa sebenarnya kematian itu dekat dan berada di mana-mana. Kita tidak ada masa untuk berkaraoke dengan ketawa. Cuma menanti masa sahaja ia memberi salam!

10 ulasan:

Kakzakie berkata...

Namun seboleh mungkin berilah kita mempunyai bekalan yg cukup sebelum Izrael memberi salam IM. Moga masih ada peluang utk kita bertemu ramadhan ini.

Selamat menyambut ramadhan IM...

Ann Huda (Ate) berkata...

Sekarang ini apa yang Ate harapkan hanyalah..."Allah sampaikan aku ke Ramadhan."

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM,

Al- Fatihah untuk roh almarhumah mak saudara IM dan takziah kepada IM dan keluarga.

Kita semua akan ke sana.

insan_marhaen berkata...

Kakzakie,
Ya...Muga ramadhan Kareem tahun ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.

Ate,
Ya... sesama kita berdoa muga sempat kita berRamadhan berEidul Fitr. Rindu sesangat pad suasana ini.

Kunang-Kunang,
Harap ke 'sana'nya kita nanti dengan mata yang 'tertutup' rapat!

iBu...gUru berkata...

IM.................Salam Ramadhan.
.bersyukur lah kita jika masih diberi peluang bersama-sama orang tersayang untuk memeriahkannya ................Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir .........tentunya kita tidak akan melupakan mereka yang tersayang......... pastinya kita akan menyeru mereka memeriahkan Ramadhan ..... kita buru ....... kita cari ...... satu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan....

IMANSHAH berkata...

setuju dengan IM..audit Allah sangat adil

nyanyisunyi berkata...

Assalamualaikum IM..
tulisan IM mengingatkan kita tentang kematian yg sntiasa mengintai kita...baru2 ni pun sog x staff ofis sy baru meninggal..dan di kg juga ada saudara meninggal mengejut..mudah2an kita sentiasa dipermudahkan bila diadili kelak.

insan_marhaen berkata...

ibuguru,
muga kita sempat berRamadhan dan berEidul Fitr bersama keluarga.

ImanShah,
Cuma kita, bersediakah sudah?

nyanyisunyi,
Al Fatihah buat mereka. Kita, entah bila!

NzA berkata...

bila audit nak datang, kita masih ada masa untuk melangsaikan yg lopong2 tu IM ttp kalau ajal dah tiba kita tidak diberi tempoh masa lagi untuk mengisi kekurangan amalan kita.....

Al-fatihah utk arwah.

S..U..D..@..I..S berkata...

Betul Im kita memburu keindahan kebahagiaan kemewahan tapi yg memburu kita ialah kematian.....

TQ IM n3 ini sungguh memeberi keinsafan