Halaman

Khamis, 28 Julai 2011

Aku Bin Abdullah

Klik sini untuk sinopsis

Aku sempat tonton cerita ini di Astro kelmarin. Terkesan aku dengan drama ini. Aku tabik kerana temanya berlainan dari drama Melayu biasa yang selalunya aku kurang minat nak tengok.

Watak Mualaf ini mengingatkan aku pada program perkemahan bersama Saudara Kita yang diadakan oleh NGO Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Aku dan ibu-suri adalah antara AJKnya.

Pernah 2 kali keterlibatan kami. Pertama kali kami buat di Gunung Jerai. Kali kedua di Bendang Man, Sik, Kedah.

Harap kita menghormati Saudara Kita. Banyak benar maklumat negatif yang aku dengar dari Saudara Kita tentang sikap orang Islam asal yang memandang rendah kepada mereka. Sebenarnya kita terlupa bahawa mereka, jika jujur memeluk Islam adalah lebih suci dan bersih dari kita yang Islam baka. Malah jika ditakdirkan mereka mati ketika baru mengucap syahadah, mati mareka lebih mulia di sisi Tuhan berbanding kita.

Pada aku, pelakon Black memang berjaya menjiwai watak utama ini. Tapi nak tahu apa komen ibu_suri kelmarin? Aku terfikir juga logiknya walaupun aku tahu drama ini mungkin diskripkan begitu atas alasan tertentu.

"Takkan Tan tu dari kecil duduk kat rumah kebajikan tapi 'Ayah' dia tak islamkan dia. Takkan biarkan dia kafir sampai besar?"

9 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum..

Moga sdra sihat hendaknya..

JIM tu tukar nama kan! Now kalau tak silap IKRAM...

ainnoraini berkata...

saye pun tengok jugak citer tu...

Ann Huda (Ate) berkata...

Ate tak ada Astro so tak berkesempatan lah nak tonton cerita ni.

@ Sdra Abd Razak: Maaf, Ate nak tumpang jawab kat sini. JIM tidak tukar nama. JIM adalah JIM dan Pertubuhan IKRAM adalah Pertubuhan IKRAM. Tidak semua org JIM menjadi IKRAM dan tidak semua org IKRAM menjadi JIM. Apa pun...Ukhuwah Teras Kegemilangan.

Citarasa Rinduan berkata...

mmg betul apa y diluarkan oleh Ibu suri tu

en zalie pun kata serupa..

kenapalah tak diislamkan masa tan kecil2

insan_marhaen berkata...

Abd Razak,
Wah, tau juga pasal JIM dan IKRAM, ya!

ainnoraini,
tengok cerita yang baik-baik aje...

Ate,
Memang betul. JIM dalam perancangan untuk dibubarkan dan kesemua ahlinya digalakkan menyertai IKRAM. IKRAM adalah gabungan beberapa NGO termasuk HALUAN yang aktif dengan program Palestin.

CR,
Kekadang plot drama tidak boleh terlalu ikut logik penonton.

bearcat berkata...

Betul IM, kami pun tertanya-tanya kenapa Tan tu tak diusahakan untuk memeluk agama Islam...nama pun cerita hihi.

insan_marhaen berkata...

bearcat,
Tapi cerita itu tetap memberi kesan pada sesiapa yang mahu berfikir.

NzA berkata...

mesti cerita tu menarik...

Anonymous berkata...

aduhai ustaz,penat sye cari lagu tema aku bin abdullah,,x jumpa2 lg,,kalau ustaz tau,bleh bg tau x,