Tak lupa untuk menghantar semangkuk acar pada jiran belakang rumah. Wah, rupanya blogger JH sedang ralit menggantung lampu lip-lap. Gembira menyambut kehadiran Ramadhan. Isterinya sibuk melayan pelanggan yang memesan laksa. Laksanya memang sedap. Maklumlah, air tangan adik kepada taukeh Laksa Pokok Janggus yang terkenal di Balik Pulau itu.
Malam ini masjid dan surau mulai dilimpahi dengan jamaah. Persis solat Jumaat suasananya. Aku teringat akan kata-kata penulis Lutfi Othman bahawa umat Islam akan berjaya jika jamaah solat Subuh seperti jamaah solat Jumaat ramainya. Entah bila kebenaran kata-kata itu menjadi kenyataan.
Aku masih ingat. Ramadhan yang jatuh pada bulan Ogos ini sama dengan Ramadhan ketika ibu_suri mula di serang angin ahmar di Hospital Pakar Bukit Mertajam kira-kira 4 tahun lalu. Apabila aku membawa ibu_suri balik ke rumah setelah agak lama berada di rumah mak mertua di Lorong Buah Pala, sendirian akulah yang menjaga ibu_suri yang ketika itu masih belum menemui ubat yang sesuai dengannya. Emosi ibu_suri masih terumbang ambing. Naik darahnya begitu cepat. Tengking dan maki adalah lumrah.
Antara yang susah aku nak jaga ialah apabila anak-anak jiran bermain mercun. Tau sajalah. Tengah malam meletupkan mercun di lorong-lorong belakang rumah. Bunyinya memang boleh gugur jantung dibuatnya. Tak terkecuali ibu_suri. Ketika itu bergantang marahnya dan akulah yang menjadi punching bag.
Malam ini sekali aku bimbang. Solat Terawih malam pertama belum pun berkumandang dari masjid, bunyi dentuman mercun sudah bermula. Tuhan... Muga selamat adanya!
10 ulasan:
Itu baru nk ramadhan dah bunyi mercun.. Kalau nk raya.. Laagi la kan.. Semoga sama2 mndapatkan ramadan yg berkat..
budaya bakar mercun payah nak kontrol bg anak2 muda.....
moga kisah lama tidak berulang pada ibu suri
Besar prngorbanan insan yang memelihara insan tersayang, lagilah yang kurang sihat..
sama situasi kita... sebenarnya. tahun lepas..1 ramadhan ayu adalah di hospital... namun, terus bermakna apabila en zalie semakin sembuh..
amin
salam ramadhan utk Im dan ibusuri, jua utk anak2 dan menantu IM
NUR,
Mendapat keberkatan Ramadhan kena jagalah pantang larangnya.
sud@is,
Betul tu. Ianya berterusan dari generasi ke generasi.
CR,
Sebagai insan yang bertanggungjawap, akan laksananya.
Terima kasih daun keladi
Kalau ada nak lagi
Selamat menyambut Ramadhan IM
salam IM,
mg Ramadan kali lbh bermakna buat IM sefamily :)
salam Ramadan al-Mubaraq...
selamat berpuasa IM
moga Ramadhan ini ibu-suri makin sihat
Alhamdulillah.......bertambah murah rezeki....
sama la ditempat saya...mercun mula berkumandang...terkadang budak2 ni pergi masjid bukan utk solat tetapi berkumpul untuk main mercun....
hrusli61,
gimana bisnes laksa kat bazaar ramadhan taman guar perahu?
abu muaz,
muga puasa kita diberkati Allah.
areef,
ramadhan kali ini IM ada menantu yang boleh tolong masak dan hidang.
nza,
agaknya macam kita masa kecil dulu..
Catat Ulasan