Selasa, 2 Ogos 2011

Ramadhan...2

Sebenarnyalah, gear 1 Ramadhanku kali ini sedikit hambar. Walaupun di hari pertama dan hari kedua ini aku tidak terasa letih,namun seperti merasakan serabut dan perlahan sahaja perjalanan ke hadapan. Tidak lancar.

Aku rindu hendak berterawih di masjid tapi keadaan ibu_suri membuatkan aku benamkan saja hasrat itu. Bila aku beritahu yang Khamis ini aku tidak boleh nak hadir ke mahkamah untuk mengikuti perkembangan kes Akhmal, airmata ibu_suri sudah berjurai.

"Takpa. Angah nanti ambil cuti tengok dia." Angah cuba memujuk.

"Ibu rindu kat dia.." dan menangis teresak...

Aku pun terasa amat rindu kepada mak. Namun tidak nampak ruang untuk balik. Balik Angah ke kampung Ahad lepas memberitahu bahawa Adik aku di Shah Alam ada balik. Mereka yang lain juga ramai yang pulang bila dapat tahu Mak Yang aku meninggal 2 minggu lalu. Cuma aku sahaja yang tidak sampai.

Aku masih mengharapkan agar sempat melihat, memeluk dan mendengar suara mak yang begitu besar pengorbanannya mengasuh kami adik beradik terutama ketika abah dengan tiba-tiba mengidap skizofrenia.

Ramadhan ini mengingatkan aku pada kampunglaman. Lebih-lebih lagi bila terdengar lagu-lagu NadMurni di corong Sinar FM sewaktu balik dari kerja bersama blogger JH.

12 ulasan:

MulutPayau berkata...

Pastinya suatu hari nnti, ada ruang dan ksmpatan utk IM pulang ke kampung berjumpa bonda tercinta. Semoga Allah permudahkan segala urusan IM...InsyaAllah..

NzA berkata...

InsyaAllah, jika ada ruang dan kesempatan...sy juga sarat dgn kerinduan pd kedua org tua tetapi bertahan demi tugas dan keluarga di sini....

nur berkata...

Insha Allah IM.. moga dipermudahkan segala hajat murni itu..

ku-cit berkata...

mak IM umur berapa skrg???

hrusli61 berkata...

Tak apa, cuba rancang yang terbaik Allah akan tentukannya.

Rindu aku pun rindu juga kepada emak dan anak-anak yang diperantauan.

Kita tidak dapat penuhi yang terbaik. Namun apa yang terdaya itulah yang terbaik.

Ariff Budiman berkata...

Salam
Semoga Allah membuak ruang untuk IM bertemu ibu

insan_marhaen berkata...

MP,
Harapnya begitulah.

NzA,
Im selalu sangat berdoa muga tugasan dunia tidak menyebabkan IM dipersoal di akhirat kenapa gagal menggembirakan hati mak.

nur,
Doa IM begitu selalu.

ku-cit,
Hampir 70 agaknya. Tapi yang lebih menyayukan ialah mak IM lumpuh sebelah kiri dan sendirian di rumah kerana anak-anaknya semua sudah berkeluarga.

hrusli61,
ya.. IM pun rindu nak ziarah rumahmu di Lubuk Katak.

Budiman,
Muga Allah perkenan doamu untukku itu.

Ann Huda (Ate) berkata...

Moga hajat IM bertemu ibu di permudahkan dan diperkenankan Allah.

Tentang keletihan sdgkan masih di awal puasa, Ate pun terasa pada tahun ni. Mungkin (Ate) tak cukup persediaan pada bulan Rajab dan Sya'ban yang lalu. Sedih juga...Moga Allah beri kita semua kesihatan dan kekuatan tuk terus beribadah sampai ke hujung Ramadhan.

ibuintan berkata...

saya pun amat rindu pada mak yg telah kembali kepadaNya... setiap kali Ramadhan rindu itu makin kuat rasanya

moga Allah lapangkan urusan IM untuk balik ke kg menjenguk mak IM

tak mahu ke emak IM tinggal bersama anak2nya tambahan dlm keadaannya kurang sihat tu

Kunang-Kunang berkata...

Selamat menyambut Ramdhan IM.

Untung orang masih ada mak. Kak Ani rindu saat2 bersama mak. Dah 11 tahun mak dah meninggalkan kami.

insan_marhaen berkata...

ate,
muga allah permudahkan puasa kita.

ibuintan,
prinsip mak IM mahu anak-anaknya hidup berdikarai. dan dia juga berdikari dalam mengurus hidupnya.

kunang-kunang,
giliran anak-anak pula merindukan kita sebagai mak dan bapa mereka.

MaMa MoDeN berkata...

salam IM,
demi menjadi isteri yg patuh & taat pd suami, MM terasa terlalu mengabaikan mak abah sendiri.. sakit pening mereka tak dapat MM ziarahi atas pelbagai sebab & alasan... Alhamdulillah mak ayah mertua dapat MM jaga berak kencing sakit pening mereka tapi sakit demam mak abah kandung tak dapat MM rawati lantaran hukum & tanggungjawab..

tapi kini, banyak hikmahnya yg MM nampak & dapat dari sebalik derita & sengsara... sejak oktober tahun lepas hinggan jun tahun ini sudah 5 kali MM dapat pulang ke johor ziarahi mak abah & keluarga.. berbanding selama 21 tahun ni nak balik 3 tahun sekali pun susah...

bukan mengungkit tapi itulah harga yg harus MM bayar utk mendapat "bahagia" yang hanya seketika, tiada phujungnya apa yg dinamakan pengorbanan...

nasihat MM yg serba kerdil ini, ziarahilah mak IM selagi boleh, sedaya yg boleh, sekerap yg boleh sementara mak IM masih boleh kita dengar suaranya...

maaf MM cakap, suami isteri mana2, bila2, boleh btukar ganti, tapi mak... itulah satu2nya mak kita dunia akhirat, walau siapapun mak kita...

pengalaman mmgajar MM banyak pkara...