Khamis, 4 Ogos 2011

Tangguh

Sewaktu aku solat Dhuha di surau tempat kerja tadi, beberapa kali Angah menalipon. Dia tidak biasa ke mahkamah. Tak tahu nak mula dari mana untuk mencari di mana Akhmal dibicarakan. Aku tak dapat pergi kerana standby untuk audit SIRIM di ofis aku.

"Setahu ayah di Mahkamah II. Cuba tanya kat kaunter sebelah kanan. Di sebelah kiri kaunter bayaran ikat jamin"

Tak lama kemudian talipon aku berbunyi dari nombor tak bernama.

"Ayah! Ayah kat mana?" itu suara Akhmal.

"Tempat kerja!"

"Aaa... Ayah tak payah mai la. Kes Angah tangguh sampai 25hb."

"Ada kat mana ni?"

"Dalam sel bawah Mahkamah II."

Rupanya laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada mahkamah belum siap. Mereka cuba hendak menolong Akhmal dalam kes ini.

Sesekali aku terfikir. Tindakan aku mendaftarkan Akhmal kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat sejurus sahaja aku mendapat pengesahan dari Pusat Didikan Disleksia Taman Titiwangsa agak tepat. Banyak kes yang berlaku terhadap Akhmal ditolong oleh Jabatan Kebajikan. Tapi sampai bila? Nasib tidak selalunya akan baik.

Aku menghadapi ujian seperti ini sejak sudah lama. Jadinya, aku sudah dapat meyerap keresahan dan kebimbangan ini. Dan boleh bersikap tenang hingga tiada sesiapa pun di surau itu tahu sebenarnya aku sedang memikirkan tentang Akhmal yang sepatutnya menghadapi pertuduhan dan hukuman.

Nampaknya Akhmal terpaksalah melalui hari-hari Ramadhan di sana semula.

10 ulasan:

kakcik berkata...

Harapnya Akhmal akan berubah juga. InsyaAllah.

S..U..D..@..I..S berkata...

mungkin ada keinsafan disana, mudah2an

ku-cit berkata...

apanya salah yg akhmal da buat smpai ada kes kat mahkamah???

insan_marhaen berkata...

kakcik,
entahlah...letih dah IM menasihati dia.

sud@is,
harapnya begitulah..

ku-cit,
kes melupuskan motor

Mario berkata...

sian kat akhmal...moga2 dia dpt beraya dgn keluarga...

NzA berkata...

Sabarlah IM dan kita doakan di bln mulia ni agar satu hr nnti akhmal brubah..InsyaAllah.

maiyah berkata...

assalam..

kekadang di sana dia dpt menimba lebih ketakwaan dlm ramadhan ini

insan_marhaen berkata...

mario,
ntahlah...

nza,
doanya gitulah!

maiyah,
semuga...

IMANSHAH berkata...

moga ramadhan ini akan menyatukan kalian semua

abu muaz berkata...

beratnya bebanan yang tuan tanggung... moga tuan tabah.