Halaman

Jumaat, 5 Ogos 2011

Gear 3

Aku beli 2 jenis lauk sahaja di kafetaria tempat kerja. Angah balik lewat kerana OT. Rancangku sampai di rumah sekitar 7, masih sempat untuk tanak nasi, hidang dan berbuka ber2 dengan ibu_suri.

Tapi hari Jumaat memang standard dah. Trafik di jambatan Pulau Pinang kalau hari biasapun jem teruk. Tambah lagilah di bulan puasa kerana pekerja balik serentak untuk berbuka.

"Huu.. Terasa jemu dan lambatlah balik hari ni!" getus aku pada blogger JH yang banyak kali terpaksa menekan brek.

Tup!tup!.. dah masuk hari ke5 puasa kita. Cepat sungguh jarum jam berputar. Minggu depan akan berakhir 1/3 Ramadhan yakni fasa Rahmat. Gear amalan sepatutnya hampir memasuki gear 3. Berbahagialah bagi mereka yang konsisten dengan Terawih, Tadarus, Tahajjud dan Sedekah. Tapi bukanlah noktah bagi mereka yang masih merangkak.

"Kenapa you lambat balik. Dah nak berbuka ni.." tegur ibu_suri. Aku bergegas mencapai periuk dan menuang 3 pot beras ke dalam periuk. Aku bilas 3 kali barulah menyukat air lebih sedikit dan menanak. 10 minit lagi masaklah tu, bisik hatiku.

Dalam masa menyediakan pinggan, mangkuk dan gelas air, aku berfikir pula untuk lauk sahur nanti.

Aku teringat perbualan aku dengan kawanku yang mengalami ketumbuhan lemak dalam jantung. Setiap insan itu diuji Allah berdasarkan kemampuan masing-masing. Aku diuji dengan masalah kesihatan ibu_suri. Itupun aku kira lebih bernasib baik berbanding dia yang diuji Allah hatta untuk berjalan beberapa meter pun sudah tercungap.

10 ulasan:

IMANSHAH berkata...

salam

dah bersahur ke

NzA berkata...

Sahur dgn apa pg ni IM.....selamat brsahur.

Kakzakie berkata...

Selagi kita hidup memang akan sentiasa diuji IM...

abu muaz berkata...

banyakkan berdoa di bulan penuh kerahmatan ini.

insan_marhaen berkata...

imanshah,
dah. seperti yang dirancang. bangun jam 5. selesai makan just nice sebelum masuk subuh.

nza,
sahur dengan nasi, ikan bakar dan telur masin, beli kat gerai di Permatang Kucing.

kakzakie,
ya..benar. ujian akan mematangkan pemikiran dan sikap kita.

S..U..D..@..I..S berkata...

setiap orang dengan ujian masing2 ..terima dan redha shj lah ...semoga ada kkekuatan

Ann Huda (Ate) berkata...

Bila Allah uji tanda Allah sayang.

ainnoraini berkata...

setiap org ade dugaan hidup IM...cume kite sebagai manusia perlu bersabar..

Areef Ibn Naim berkata...

salam,

tulah bila kita rasa terlalu berat ujian yg diberikan allah, ada insan lain yg maha berat ujian yg diberikan kpdnya... moga im tabah mengharungi dugaan ni... slmt meneruskan ibadah pose...

Citarasa Rinduan berkata...

assalam..
mmg amat kagum dgn insan yang bergelar IM