Halaman

Sabtu, 6 Ogos 2011

Terkanja!

Terkanja juga aku bila pergi ke sini aku diberitahu bahawa Akhmal tidak ada. Dia berkemungkinan masih berada di sana kerana urusannya belum selesai.

"Lain kali talipon tanya dulu, encik. Kan menyusahkan bila begini." ulas pegawai wanita yang menjaga kaunter.

"Manalah saya tau prosedur begini, cik. Sepatutnya pihak cik lah yang beritahu saya, orang awam. Takpalah! Terima kasih banyak-banyak. cik!"

Aku tak mahu panjangkan cerita. Aku bimbang ibu_suri akan buat kecoh. Jadinya, aku beredar cepat-cepat. Agak kecewa juga aku. Sejam perjalanan dengan kos tol dan minyak serta berasak-asak dengan trafik, aleh-aleh gagal mempertemukan Akhmal dengan ibu_suri yang saban hari menangis rindukan Akhmal.

Aku pun menalipon pihak di sana. Memang Akhmal masih di'simpan' sementara proses pemulangannya selesai.

"Encik jangan bimbang. Dia selamat di sini. Kami sentiasa menjaganya dengan baik. Encik jangan ragu-ragu dengan perkhidmatan kami."

Pelik juga aku dengan jawapan panjang lebar pegawai polis yang bertugas menjaga sel. Aku cuma bertanya samada Akhmal berada di sana sahaja. Tidak terniat pun untuk mempertikaikan kredibiliti mereka dalam menjaga kebajikan tahanan. Aku tersenyum sendirian!

9 ulasan:

NzA berkata...

kasihan ibu suri..rindu seorg ibu pada anak..

semoga mereka kota seperti yang dikata....

nyanyisunyi berkata...

assalam IM..
naluri seorg ibu...siapapun dia..apapun dia, bagaimanapun dia....dia tetap anak..saya doakan IM dan Ibu Suri diberi kekuatan menghadapi segalanya...doa buat sy juga sebenarnya...muga urusan kita dipermudahkan oleh Allah yg Maha mengetahui...dan mudah2an Akhmal sentiasa di bawah lindungan Allah.

IMANSHAH berkata...

banyak sabar IM dan Ibu Suri

insan_marhaen berkata...

NzA,
Ya.. IM juga kesian walaupun adakalanya malas nak fikir.

nyanyisunyi,
Doakan agar IM mudah menjaga kebajikannya juga, ya!

IMANSHAH,
Alhamdulillah, setakat hari ini, IM tetap teguh dengan sabar.

Ann Huda (Ate) berkata...

Kerana baru follow IM, banyak yg Ate tak mengerti mengapa Akhmal berada 'di sini' dan 'di sana'. Apa pun Ate doakan Akhmal senantiasa di dalam lindungan Allah swt dan ibu suri pula di berikan kesabaran dan ketabahan dalam menanggung kerinduan kepada Akhmal.

Mario berkata...

oooww...dorg risau kot klu2 kita anggap mcm kes kat bangunan sprm tu...

insan_marhaen berkata...

Ate,
Yelah...Banyak perkara kalau nak diceritakan pasal Akhmal. Apa pun, IM masih mengharapkan dia berubah menjadi ahli masyarakat yang berguna satu hari nanti.

Mario,
IM agak pun macam tu juga. Mereka pun tahu masyarakat memandang sinis kepada imej mereka.

hrusli61 berkata...

Allah menguji mengikut kadaran yang tertanggung oleh hambaNya.

Semoga keluarga IM akan kembali ceria pada hari-hari yang mengdatang.

Semoga ibu_suri tabah macam IM juga dan cepat pulih dari segala permasalahan.

Aida Ali berkata...

Semoga dugaan ini mendewasakan kita