Selasa, 23 Ogos 2011

7 Sunnah Nabi

Aku jarang mengisi blog aku ini dengan tulisan bukan milik sendiri. Namun rasanya tidak mengapa jika sesekali berkongsi ilmu yang baik sebagai tazkirah bersama. Ianya kiriman dari rakan sekerja yang juga menganggotai Jamaah Tabligh. Bila diselidiki artikel ini diperolehi dari melgrup e-ballang.


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi Sjavascript:void(0)AW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda. 

Keenam:
wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

9 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga Allah berikan kita semua kekuatan untuk menjaga ketujuh-tujuh sunnah ini..

NUR berkata...

salam IM..

pernah baca juga.. marilah sama2 cuba mengamalkan.. walaupun tak ke7 sekurang2nya 1 dari 7 itu kan..

Kakzakie berkata...

Jujur kakak IM dari yg tujuh itu satu kakak memang rasanya setahun sekalipun payah buat iaitu subuh di masjid... yg lain alhamdulillah....

Ann Huda (Ate) berkata...

Subuh di masjid tu mmg pasti belum di buat kerana wanita lebih dianjurkan untuk solat di rumah (tapi tidak dilarang).

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM,

Terima kasih berkongsi sesuatu yang baik bersama kita.

Semoga IM sekeluarga sihat.

juanita berkata...

terima kasih kerana sudi berkongsi yer

insan_marhaen berkata...

abd razak,
perlukan kesabaran yang tinggi untuk konsisten melaksanakan.

nur,
benar sangat. kita cuba mana yang mampu. yang pentingnya berterusan.

kak zakie,
usah kata ister, suami pun belum tentu..

insan_marhaen berkata...

ate,
betul tu. bagi wanita lebih afdal solat di rumah.

kunang-kunang,
sama-sama kasih. tapi maaflah aturan ayatnya lintang pukang. copy n paste ni susah juga nak perbetulkan.

juanita,
sama-sama kasih..he..he..

NzA berkata...

semoga kita mampu lakukan sunah nabi itu dgn sempurna dan jadi amalan rutin setiap waktu...InsyaAllah.