Aku diajak masuk oleh En Zulkifli ke bilik pejabatnya di dalam. Dapatlah aku merasa melalui ruang-ruang bilik yang selama ini hanya boleh dimasuki oleh mereka yang mempunyai kad keselamatan JKM.
Ada bilik untuk anak-anak kecil siap dengan barang permainan. Ada bilik kaunseling. Cumanya, suasana di situ sunyi hening. Tidak seperti bilik ofisku yang hinggar dengan suara pekerja, mesin dan lagu latar.
3 jam aku berbual bersama En Zulkifli. Yang sebenarnya mahu memberi gambaran bahawa tujuan aku dipanggil adalah untuk melihat sendiri yang bernama waris kepada Akhmal, mendengar sendiri dari mulut aku tentang Akhmal dan mendapat maklumat kenapa dan bagaimana anak-anak remaja seperti Akhmal boleh terjebak sejauh ini.
Aku banyak berterus terang. Malah aku hampir memilih supaya pihak JKM, dalam penyediaan laporannya kepada pihak mahkamah nanti menyarankan supaya Akhmal dilanjutkan tahanannya di sana.
"Tapi kalau dia terus ditahan di sana, rekod namanya kurang baik. Kalau encik sanggup menerimanya balik 'dengan perintah', dia cuma akan dikenakan pemantauan dari JKM dan wajib mengikut program-program tajaan JKM bila diberi arahan."
Memandang jauh ke masa depan Akhmal, akhirnya aku bersetuju agar pihak JKM membuat saranan kepada pihak mahkamah di 25hb ini supaya Akhmal di lepaskan dengan jaminan dan berHari Raya bersama keluarganya di rumah.
Aku pasrah kepada Tuhan. Bukanlah mustahil untuk dia bertukar untuk menjadi anak yang baik jika dia benar-benar mahu berubah, insyaAllah!
12 ulasan:
selamat malam IM--
moga akhmal menjadi anak yang lebih ke arah kebaikkan....
lega pula bila akhmal dapat jua beraya bersama2
Assalamualaikum
Saya pernah menjalani praktikal di Sekolah Henry Gurney (SHG). Menurut kebanyakan penghuni, mereka di situ bertambah jadi jahat. Saya akui, ianya mungkin disebabkan oleh pergaulan dengan rakan 'seaktiviti'.
Saya juga dapati pihak penjara (termasuk SHG) lebih banyak menekankan disiplin berbanding nilai-nilai murni/akhlak Islam.
Tiada yang mustahil jika hati memang mahu berubah.
Di bulan yang sgt baik ini, saya doakan agar Akhmal akan berubah juga satu hari nanti.Ameen.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
...opps...maaf kalau perkataan 'jahat' agak kasar di pendengaran. Saya gunakan supaya mudah difahami.
CR,
belum tentu dia akan dilepaskan. Bergantung kepada keputusan Hakim 25hb ini.
ros illiyuun,
sebab itu IM memilih dia dihantar ke Tunas Bakti di Taiping pada walaupun asalnya Hakim mau menghantarnya ke Henry Gurney.
SHG bukan adik beradik dengan Tunas Bakti ke?...kalau under Jabatan Penjara sama aje perjalanan pengurusannya.
Masih blur dg masalah Akhmal, tapi mendoakan yang terbaik buat dia.
Semoga Ramadan kali ini membawa PERUBAHAN pada Akhmal....Segalanya mungkin...
semoga dia akan berubah...insya Allah... dapatla dia beraya dgn IM ek...
semoga terbuka pintu hati akhmal untuk berubah......insyaAllah.....
semoga Aidilfitri membawa perubahan buat Akmal dan keluarga IM
selamt hari raya
Didoakan yang terbaik buat keluarga IM..
Catat Ulasan