Halaman

Selasa, 16 Ogos 2011

Lahir Tak Cukup Bulan




Along
Anak saudara aku, Fatin, baru sahaja melahirkan anak pertama setelah mengandung 7 bulan. Kecil sahaja bayinya.

Ini mengingatkan aku pada Along. Dia pun tak sabar nak tunggu cukup 9 bulan, 7 bulan sahaja dah keluar untuk melihat dunia. Air ketumban ibu_suri pecah semasa aku tiada di rumah kerana bekerja. Nasib baik adik dan adik ipar aku ada di rumah menemani. Merekalah yang uruskan.

Kerana tak cukup bulan, Along dimasukkan ke dalam ikubator. Dia pula mengalami kuning. Badannya kecil sahaja. Saiz dan beratnya setengah dari saiz dan berat Angah. Kalaulah Along lahir di bulan begini tentu aku namakan dia Ramadhan mengambil sempena bulan yang mulia dan juga nama ulama tersohor Ramadhan Al Buthi.

Namun sekarang badannya kurr... semangat. Nak belikan seluarnya di pasaraya biasa memang susah nak dapat.

Kata orang, lahir pada usia kandungan 7 bulan lebih selamat berbanding 8 bulan. Aku tak pasti pula yang itu!

15 ulasan:

IMANSHAH berkata...

lahi tak cukup bulan takpa, asal cukup sifatnya, asal betul didikannya, asal betul tindak susulnya..selamat bersahur

NzA berkata...

anak no 2 sy pn lahir xcukup bln...skrg tinggi lampai...

biasanya lahir 7 bln bayi selamat ttp kalau 8 bln, jrg yg hidup cz masa 8 bln prtumbuhan bayi dlm proses melengkapkan ke 9 bln..masa tu bayi lembik semula.....

Citarasa Rinduan berkata...

setuju apa y IM tulis yang last sekali..
en zalie pun lahir 7 bulan.. syukur.. saiz badannya pun ala2 along.......

asal sihat, kita dh tak bimbang

ibuintan berkata...

betul kata Nza tu... biasanya yang lahir 8 bulan meninggal kalau 7 bulan akan sihat membesar walaupun masa lahirnya sangat kecil..


syukur semua anak saya lahir cukup 9 bulan

kakcik berkata...

Kakcik pun biasa dengar orang kata lahir 7 bulan lebih selamat dari 8 bulan, sejauh mana benarnya, kakcik pun tak pasti. :)

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bertambah lagi keluarga saudara..

Kakzakie berkata...

Kalau lahir tak cukup bulan biasanya memang kena masuk incubator. Kesihan kalau lihat baby dlm incubator kan sebab kecik sangat. Urat pun masih nampak....

Tahniah IM dapat anak saudara baru...:)

insan_marhaen berkata...

IMANSHAH,
betul sesangat tu. nak bagi cukup pendidikan dunia dan akhirat tu yang lebih mencabar.

NzA,
Hmm... satu pengetahuan baru hari ini buat IM.

CR,
untung dapat abang lahir 7 bulan. satu dalam seratus, mungkin...

ibuintan,
didoakan muga semua anak-anak kita yang lahir selamat walaupun tak cukup 'haul' di dalam perut.

kakcik,
kena tanya pada yang pakar.

abd Razak,
Alhamdulillah. terasa semakin tua la pulak..

kakzakie,
yang tu cucu saudara baru...

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM,

Tahniah dapat cucu saudara.

Saya ada juga dengar orang kata 8 bulan tak boleh survive. 7 bulan ok. Tak taulah juga kebenarannya.

sahromnasrudin berkata...

alhamdulillah..beliau menjadi anak yang soleh yang membanggakan tuan sekeluarga

Ann Huda (Ate) berkata...

Wallahu alam... Ank sedara Ate (Smile) lahir 8 bulan, Alhamdulillah sehat jer, skrg dah 5 tahun.

Ank2 sedara Ate (selain dari yg tak cukup bln tu) semua lahir lebih dari 3 kg. Ada yg sampai 4kg. Tapi bila masuk umur 5 tahun jer, mula 'kering'.. kurus mcm org tak cukup makan, mkg aktif dan lasak sgt. Masuk U ok lah.. tak gemok tak kurus :).

Raya ni ank2 IM kumpul semua di rumah?

al-lavendari berkata...

lahir 7, 8 atau 9 bulan bergantung kepada rencana dana ketentuanNya.

tentu ayah along hensem macam along semasa dia sebaya dengan along.

Zaujah Encik Mamat berkata...

6 month pun insyaAllah dah sempurna untuk lahir.. tp kecil sgt.. tu yg ramai risau kan :) ..

insan_marhaen berkata...

kunang-kunang,
hmm.. terbalik kot pula. tapi dah 2 kali IM lihat kelahiran 8 bulan, ok!

sahromnasrudin,
doaku, begitulah!

Ate,
Macam Along, dulu kurus; sekarang double X!

al lavendari,
heh..heh.. you niii...

zauyah encik mamat,
6 month? Hm.. ni first time dengar. Allahuakbar!

tk kerana sudi singgah blog IM.

NUR berkata...

setuju dgn al lavendari..