Halaman

Isnin, 15 Ogos 2011

Kad Raya




kad Raya kiriman Rabbani beberapa tahun lalu

Sudah masuk Ramadhan ke 15. Begitu cepat jarum jam berputar. Bloggers sudah mula menulis tentang persiapan Hari Raya. Shopping langsir dan baju Raya. Tetiba ibu_suri malam tadi bertanya tentang kad Raya.

"You rileks je. Tahun ni tak hantar kad Raya ke?"

Ntahlah. Aku dah kurang mood untuk menghantar kad Raya seperti masa aku di awal-awal 40an dulu. Lagipun saudaramara yang dulunya selalu aku kirimkan kada Raya seorang demi seorang sudah tiada lagi di dunia ini. Kalau adapun, sudah terlalu uzur dan ada yang teruk nyanyuknya.

Bagi aku rasanya untuk tahun ini dan tahun-tahun seterusnya, fokusku adalah kepada amal ibadah. Kuih Raya, baju Raya dan kad Raya hanya sampingan. Raya ini persiapan aku simple sahaja. Lagipun, aku hanya tinggal berdua dengan ibu_suri. Tanggungjawapku kepada anak-anak hanya sekadar pemantauan. Tidak lagi perlu memikirkan secara berat tentang makan minum dan pakai mereka. Hatta zakat fitrah pun mereka lunaskan sendiri!

14 ulasan:

NzA berkata...

kalau dulu minggu pertama puasa dah mula mengirim kad..seronok bila terima kad dari rakan2 dan murid2 tetapi sekarang mereka sekadar ucap dan mengirim kad raya melalui sms, FB dan blog je....zaman banyak berubah dah IM.....

MulutPayau berkata...

Dah lama tak terima kad raya dan hantar kad.....teringin juga nak hntar kad raya pada kwan2 macam dulu2....tapi tak brapa rajin nak g pilih kad dan nak ke pjbt pos...semuanya pakai SMS jer...

hani@debumelukut berkata...

dulu kalau bulan puasa, tunggu posmen hari hati..seronok bila ada yg mengingati..kumpul dan gantung kad2 tu sebagai hiasan hari raya.

Ann Huda (Ate) berkata...

Ya, bila usia semakin meningkat, kita mengharapkan peningkatan amal jua. Harus ada perbezaan dulu dan sekarang. Hari ini mesti lebih baik dari esok...itulah tarbiah, harus melahirkan perubahan yang lebih baik.

Citarasa Rinduan berkata...

selamat pagi IM

ayu masih amalkan sbb ayu lebih suka gaya lama..
betul tu, mungkin 5-6 tahun mendatang ayu pun akan lupakan semua itu

ainnoraini berkata...

teringat zaman dulu2..mmg dinanti-nantikan kad raye ni..zaman dah byk berubah..tapi semua tu dijadikenangan yg cukup indah untuk dikenang2kan...

rindu pulak pada zaman tu...

insan_marhaen berkata...

nza,
masa sekolah dulu paling suka hantar dan banyak terima kad Raya. Sampai posmen pun tanya: artis mana ni? banyak sungguh kad raya dia...

Mp,
dulu memang IM hantar kad raya banyak. pernah cecah 100 keping.

hani,
IM simpan kad Raya yang diterima dalam kotak.

Ate,
yelah... bukan zaman je berubah. amal kita juga kena berubah!

CR,
IM juga lebih suka cara konvensyenal. guna sms dan Fb ni tak sentimental.

ain,
boleh kenang ajela. tapi ia tetap berlalu.

Mario berkata...

wah....bole gantung2 la ek kad2 raya tu...mesti nmpk meriah kan..skrg mana de lg...

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Zaman sudah berubah, kad raya semuanya dah digantikan dengan alat-alat perhubungan yang kian canggih. Gaya lama tetap jadi sentimental..

NUR berkata...

IM..
rindu juga nak dapat kad raya.. tahun ni dah dapat satu.. tapi kurang sentimental..

Kakzakie berkata...

Kakak pun lama tak hantar kad raya. Semangkin canggih atau semakin longgar ukhuwah entahlah...

Keimanan kita perkukuh itu yg penting IM...

insan_marhaen berkata...

mario,
sekarang orang gantung lampu lip lap.

abd razak,
kita semakin kehilangan suasana sentimental itu.

nur,
ibu_suri dapat juga satu kad tapi dari WAH CHAN jewelleries.

kakzakie,
ziarah menziarahi bila Raya ni boleh menambat ukhuwwah..

Areef Ibn Naim berkata...

salam,

segalany dh berubah... mengikut zaman... :)

hrusli61 berkata...

Tak apalah Buu, raya tetap raya tetapi amalan Ramadhan sama-sama kita tingkatkan.

Selain Malam Al Qadr, pada malam raya satu lagi malam yang besar ganjaran pahalanya.

Jangan terlepas beribadah pada malam itu juga.